Shoutbox






Jumaat, 21 Ogos 2009

kisah satu malam

Sekitar pukul 6, terdengar suara budak menangis. Ingat kan hape.. ati mula berdebar.. rasa ingin tahu yang kuat membuat aku tekad menjenguk luar tingkap. Tengok takde apa. Suara tangisan pun tak lagi kedengaran. Aku pun buat tak tahu. Mungkin hanya mainan perasaan. Tak sampai dua second bunyi tu datang lagi. Malah makin kuat. Ahh,sudah. Aku pun dah naik geram. Tengah2 mghrib pun bising. Aku jenguk kat luar lagi. Tak ade. Tak puas ati aku pi semua letaknya tingkap kat umah aku. Aik,mana datangnya bunyi budak menangis? Suddenly, ku dengar bunyi tu jelas datangnya dari bilik aku.

“ma,buka pintu ma… buka la pintu.”

Buka pintu? Ha,aku pun buka la pintu. Emm,tengok tak de apa pun. Hanya nampak buku yang menggunung tak dikemas. Aku jenguk tingkap kat bilik aku. Laaa, si memet rupanya dok nangis bagai nak rak kat luar rumah. Ni mesti kes tak kena kasi masuk rumah. Tangisan tu diselangi dengan hilaian hantu yg di buat2 oleh mak dia demi menakut2kan anak beliau kat luar. Turut di sapot dan mendapat bantuan padu oleh makcik jiran sebelah dengan mengatakan ternampak lembaga putih,rambut panjang demi menjayakan lagi proses pengajaran si ibu… Tangisan si memet semakin menjadi2, kuat dan kuat.

“ma…buka pintu ba ma. Aku inda buat lagi. Ampun ma.. aku mo masuk.”

Itu lah dialog yg berulang kali keluar dari mulut kecil si memet. Alahai,sian je. Aku tak begitu berkenan cara mak si memet ni. Kot ye pun nak ngaja anak,jangan la buat cemtuh. Tak bagi anak masuk rumah time2 mghrib, buat lagi suara2 antu… isk! Masa mghrib la setan berpeleseran. Kang anak kena sembunyi dek antu kang baru padan muka! i know mereka bukan muslim tapi mesti dah sangat maklum hal2 macam tu kan…musti percaya jugak. Lebih2 lagi dok berjiran dengan dukun wannabe. Mesti selalu punya dengar cite2 sal jembalang ntah hape2. Di tambah lagi dengan tempat kitorang yang memang keras. Ada je orang nampak benda2 pelik.

nak sangat ajak si memet lepak jap rumah aku…yela,sementara mak dia tak kasi masuk. Risau jadi apa2 kang. Tapi aku takut kena sound mak dia. Pandai2 nak masuk campur tengah dia ngajar anak. Si memet aku tengok dah meraung2 tendang2 pintu nak masuk…. Kadang2 dia batok sebab nangis kuat sangat. Walopun aku bukan seorang ibu,belum ada anak lagi…tapi aku pun manusia. Aku juga seorang pempuan…bakal ibu. Banyak lagi kaedah nak ngajar anak. Kalo nak buat cemtu gak jangan buat masa mghrib. Kalo aku ibu,anak buat salah aku nak cubit2 je,tepuk2 pelan je dia… kalo dah too much sangat boleh la kena lempangan, penerajangan, rotan, sebatan, dan cara lain yang lebih soft hukumannya. Yg penting jangan bagi anak dok luar masa mghrib.

Walobgaimanapun,aku tau dan paham niat mak dia buat cemtuh. Tak lain dan tak bukan nak si memet berubah jadi yang lebih baik. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Right?





p/s: visi terbaru::: nak jadi ibu mithali untuk anak2 aku… hins hins

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...