Shoutbox






Jumaat, 24 Disember 2010

be creative to be fantastic

sepanjang cuti ni otak rasa kosong manjang. terasa bodoh lak kalo x belajar. bosan pi tengok tv.. surf tenet. buku yang tinggi bak gunung kinabalu langsung tak toleh.

kat tv pagi ni tonton "pop corn". rancangan mengenakan orang. aku memang suka tengok rancangan genre macam ni. rancangan lain seperti "wakenabeb", "bang-bang boom", " boiling point" dan sebagainya. bukan apa, kekadang cara diorang kenakan orang tu langsung tak terlintas di fikiran. kalo ada pun tak tahu bagaimana ianya boleh berjaya. bila fikir memang la nampak senang kenakan orang ni kan. saiko cket... buat marah cket... lakon cket... dah mengena jerat. tapi kalo cara yang diguna tu orang banyak buat... ia dah jadi cliche. dah tak menjadi. orang dah boleh aspect. ada camera hidden ke hape ke... orang dah boleh nak agak. misalnya kejutan hari jadi. bagi orang yang sentiasa ingat hari jadi dia bila, kejutan tu takkan menjadi. boleh jadi menjadi kalo dia pura-pura surprise padahal dah tau pon. tak semua orang tu bendul. senang dipermainkan. so bila aku tengok rancangan "pop corn" tu tadi, aku rasa diorang sangat kreatif!

hey,bila sebut pasal mengenakan orang ni automatik otak kita akan fikir secara kreatif kan. perasan tak... bila kita nak kenakan orang macam-macam idea timbul.. selalunya idea yang jahat-jahat la... yang nakal-nakal giteww. orang yang kreatif ni begitu mementingkan reaksi orang ramai berkenaan hasil kerja mereka. sudah tentu otak ligat memikirkan sesuatu yang gempak dan semestinya lain dari lain... yg luar biasa. patutla group engineer dan art ni kreatif belaka eh. damn!



mari selongkar sedikit peribadi orang kreatif. hope boleh bagi sedikit rangsangan dan motivasi..

1) fleksibel (mampu sesuaikan diri mengikut persekitaran)


2) bertindak secara spontan (tidak menyembunyikan perasaan,pikiran-pikiran mereka atau tingkah laku yang dibuat-buat)


3) berani hadapi kegagalan (berkemampuan untuk bertahan dan mengabai cemuhan)


4) open mind (punya otak yang gila-gila)


5) rendah hati (mengakui kesalahan)

u all rasa kreatif? ada ciri seperti di atas?? ha,kira hebat le tuh. hehehe.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...