Shoutbox






Rabu, 1 Disember 2010

sinetron yang tak boleh blahhh.

bertemu lagi aku dengan blog bersawang ni. brapa lama x update daaa. bz dengan exam. kononnya!

hari ini mood sangat baik. amat2 baik. senyuman x lekang dibibir. boleh bayangkan betapa gumbiranya makhluk ini. tak dapat? tu tanda imaginasi lemah. imaginasi lucah melucah boleh pulak. harap tidak.

mood yang amat baik ni spoil bila aku tiba kat rumah. haduiii! apehal lah aku tengok benda ni. ntah kenapa ia sungguh bikin hati ni panas. apa la yang best sangat tang sinetron indon ni ya. dulu,ya. memang aku pernah mengikuti beberapa sinetron indon dan sampai sekarang aku menyesal tengok cerita2 tu. hahahaha... tengok pun tak pernahnya habis. nak tengok macam mana kalo dah sampai 200-400 episod. ouwhhh,takda masa makk tawww! kalo bukan sebab nak temam mama, takda aku nak hadap sinetron ni. seriusss! aku dah insafff! walopun korang rasa cerita melayu mengarut, aku rasa cerita indon ni lebih mengarut,putar belit,dan tak best. drama ke movie sama saja. nak tau kenapa?

1. banyak sangat monolog. cerita jadi lembab macam kekura. contohnya macam cite safa dan marwah. adegan jawab panggilan.

kringgggggg!!! (bunyi telefon beliau)

"eh,mama? benar ini mama yang telifon. bermakna mama udah sadar. tapi ngapa ya mama telifon aku? ada hal apa ya?"

haihhhh, jawab je la bodohhhhh. kau nak bermonolog lagi buat apa!

dalam drama ketika cinta bertasbih juga sama. secara tidak sengaja tertengok adegan yang serupa. waktu telefon berdering. pelakon-pelakon dia sempat berdialog panjang membincangkan siapa yang menelefon. sampai telefon tu berhenti berdering. nak tau sapa yang call kau kena jawab ar. tanya orang sebelah kau buat apa! adehhh.

2. pegi ke muvie hantu indon lak. dahsyat... memang dahsyat. sapa taknak tengok pelakon-pelakon dia yang seksi-meksi ituh. tapi masalahnya watak hantunya cuma keluar dalam masa 15menet je dalam cerita. tapi scene perempuan pakai baju tutup 1/4 badan saja nak dekat sejam. yang tak pakai apa-apa pun banyak. dengan adegan yang panas. perghhh! ni porn ke cerita hantu... aku pun tak tau.

3. bab fokus, diorang memang hebat. tip top! kalo perasan la...bagi peminat sinetron memang perasan punya ni, waktu-waktu yang cemas diorang akan fokus sorang-sorang pelakon. kalo masa tu scene ada 20 orang, 20 orang tu la diorang fokuskan... dengan slow motion gituu... termasuklah tukang kebun yang muka nampak sebelah je... pastu mesti ada bunyi suspen. seiring la dengan riak wajah terkejut diorang. lambat... sangat lambat. tak heran cerita makan setahun nak abis. bukan tika waktu cemas saja, masa berdialog biasa juga. misalnya 4 orang berjumpa dengan watak utama nak ucap tahniah. 4 orang tu semua buka mulut. isi nak disampaikan lebih kurang sama aja pun.


so,kesimpulan dia bukan saja sinetron tu bosan malah menyampah nak tengok. ending pun dah boleh nak agak. so,apa yang menariknya? tapi kalo korang nak suka juga apa boleh buat. macam mama,kata malas dah nak tengok. tapi esok lusa tulat tengok gak. eh.. eh.. apa la mama ni. tapi bagi suri-suri rumah tangga memang diorang ni kerja tengok sinetron kan. tak boleh nak kata apa. huhuhu...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...