Shoutbox






Ahad, 31 Julai 2011

last day work




ari ni dah last kerja. selama 2 bulan lebih aku bekerja sepanjang cuti sem. kerja aku yang 2nd nih memang menyeronokkan. kadang2 memeraskan. kerja jaga parking,heh. memang tak mencabar. ari2 duduk, besar bontot aku jadinya weihh. 1st time masuk kerja, orang lama kat situ dah provoke aku. kerja cni kena lancang mulut, kena pandai bidas cakap orang. aku tanya la apa pasal. sebabnya ari2 akan ada customer yang mahu bertekak dengan kita. tak puas hati dengan sistem yang ditetapkan kat situ. ya,aku percaya. bagi aku itu lumrah. apa2 pekerjaan yang berkaitan dengan pengguna dan duit,akan berlaku la situasi sedemikian. kadang2 bukan salah kita. kita just menjalankan tugas. nama pun makan gaji. tapi yang kena maki hamun kita. yang kena marah kita. yang kena bebel kita. yang terima ayat laser dan pedas berdas-das kita. naik kematu telinga dengar. ikut hati memang rasa nak lempang dan karatedo saja sorang2. pikir mereka tu customer,aku maniskan muka jua. walopun kelat. macam mana tak kelat kalo customer tayang muka bak kena tampar malaikat. muka cam botol cuka. masam kemain. ari last ni pun ingat lah boleh bekerja dengan aman. rupanya ada juga customer yang naik antu. hohh! tak sudah2. tak reti2.


itu lah kenangan2 pahit sepanjang bekerja situ. banyak juga kenangan yang manis dan mencuit hati. aku pasti merindui semua-semua yang ada kat sana. rindu dengan customer2 yang bermacam2 ragam. ada customer yang diam, payah benau nak senyum. ada simpan emas dalam mulut kot. ada customer yang banyak mulut. ada customer yang asek2 nak minta diskaun. apa diskaun2. ingat ini tapak parking aku punya ke. ada customer yang nakal. mintak2 no.tel. sori,i dah berpunya you. ha,ada customer yang suka mengusik,especially staff2 airport kat situ. ari2 pun hadap muka diorang. pada abg rudy,ai lap u. ahakk. xde orang kau nak interview lagi kan. ada juga customer2 yang baik ati sangat. belanja kitorang mcd tuhhh. kepada my workmates, Kak Ema.. Kak Saniah.. Makcik Samsiah.. dan Kak Marlinah, tQ so much sebab jaga aku dengan baik. selalu beri tunjuk ajar. walopun aku yang paling muda kat situ dan berstatus anak dara,uhukkk.. tapi korang tak pernah nak buli2 aku. i will miss uols so damn muchhh!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...