Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

best leader. i admire you.




Sem lepas i met someone new in my life. new friend. new person. akmal shukri. dialah ketua aku dalam kumpulan fisiologi. not hensem but gud looking. big but not fat. kenapa aku nak cite pasal dia? sebab bagi aku dia ni something. mula mula jumpa lagi aku dah punya positive impression terhadap beliau. tutorial pertama, sebab aku datang lambat jadi aku tak punya kuasa tuk pilih kumpulan. so aku ditempatkan di kumpulan dua. dia ada dalam kumpulan tu. sebelum ni aku tak pernah nampak dia. sama sekola tapi tak sama kos. aku psikologi kaunseling. dia psikologi hubungan industri dan organisasi. masa tu belaja pasal fisiologi. dipendekkan cite la kan, tutor tanya satu soalan. aku tau jawapannya but not sure. tutor mintak wakil daripada kumpulan kami tuk explain. memasing taknak. tak berani. dan diorang semua saling pandang aku. ahh, benci. nak taknak aku kena explain. selesai aku duduk. aku dengar ada suara yang ucap terima kasih. dia lah akmal. aku angguk. dalam hati rasa kagum. pertama kali aku jumpa orang sebegini. rasa dihargai.

assignment pertama kami tak sama kumpulan. assignment kedua kami bertemu lagi. kekaguman aku pada dia bertambah tambah. aku nampak karisma yg ada pada dia. sebagai seorang ketua. ketua yang baik. cara dia arrange tugasan.. pehh. bibir dia tak penah lekang berterima kasih pada semua anak buah. masa bentang kat depan pun, dia siap tanya.. mizah ok, ok? mizah bole? alahaii, caringnya. buat laki bagus nih. hakhakhak. dia beri semangat pada semua ahli. semua dilayan fair and square. hasilnya, lecturer sangat puas hati dan kami di beri peluang untuk bentang masa kuliah. dpt extra mark. yeayy! selesai semua tugasan, dia say thanks lagi pada ahli sebab beri komitment yg terbaik. see,betapa baiknya beliau. betapa considernya beliau. huehuehue. last jumpa dia masa paper mandarin. baru tau dia pun ambik mandarin. ok,dia pandai macam aku. huehuehue. tengah tunggu masa mula nak jawab, he text me and wish me luck. but i cant do better. poor me. -__-" habis paper dia gtau dia pun rasa susah. ok,paper tu memang susah. damn mandarin! wish i can be ur teammate again. the best leader i ever had. 

Ahad, 31 Julai 2011

last day work




ari ni dah last kerja. selama 2 bulan lebih aku bekerja sepanjang cuti sem. kerja aku yang 2nd nih memang menyeronokkan. kadang2 memeraskan. kerja jaga parking,heh. memang tak mencabar. ari2 duduk, besar bontot aku jadinya weihh. 1st time masuk kerja, orang lama kat situ dah provoke aku. kerja cni kena lancang mulut, kena pandai bidas cakap orang. aku tanya la apa pasal. sebabnya ari2 akan ada customer yang mahu bertekak dengan kita. tak puas hati dengan sistem yang ditetapkan kat situ. ya,aku percaya. bagi aku itu lumrah. apa2 pekerjaan yang berkaitan dengan pengguna dan duit,akan berlaku la situasi sedemikian. kadang2 bukan salah kita. kita just menjalankan tugas. nama pun makan gaji. tapi yang kena maki hamun kita. yang kena marah kita. yang kena bebel kita. yang terima ayat laser dan pedas berdas-das kita. naik kematu telinga dengar. ikut hati memang rasa nak lempang dan karatedo saja sorang2. pikir mereka tu customer,aku maniskan muka jua. walopun kelat. macam mana tak kelat kalo customer tayang muka bak kena tampar malaikat. muka cam botol cuka. masam kemain. ari last ni pun ingat lah boleh bekerja dengan aman. rupanya ada juga customer yang naik antu. hohh! tak sudah2. tak reti2.


itu lah kenangan2 pahit sepanjang bekerja situ. banyak juga kenangan yang manis dan mencuit hati. aku pasti merindui semua-semua yang ada kat sana. rindu dengan customer2 yang bermacam2 ragam. ada customer yang diam, payah benau nak senyum. ada simpan emas dalam mulut kot. ada customer yang banyak mulut. ada customer yang asek2 nak minta diskaun. apa diskaun2. ingat ini tapak parking aku punya ke. ada customer yang nakal. mintak2 no.tel. sori,i dah berpunya you. ha,ada customer yang suka mengusik,especially staff2 airport kat situ. ari2 pun hadap muka diorang. pada abg rudy,ai lap u. ahakk. xde orang kau nak interview lagi kan. ada juga customer2 yang baik ati sangat. belanja kitorang mcd tuhhh. kepada my workmates, Kak Ema.. Kak Saniah.. Makcik Samsiah.. dan Kak Marlinah, tQ so much sebab jaga aku dengan baik. selalu beri tunjuk ajar. walopun aku yang paling muda kat situ dan berstatus anak dara,uhukkk.. tapi korang tak pernah nak buli2 aku. i will miss uols so damn muchhh!

Selasa, 31 Mei 2011

bila poket kosong bersuara minta diisi.


ahh! lama gila aku tak post. semua gara-gara nak fokus belajar. now aku cuti. wuhuuu! 3 bulan lebih tuh. dah penat belajar bagai nak gila, sekarang masa tuk berehat. Bobet aku kata, kalau tak dapat anugerah dekan tak tahulah. sebab kat sana masa banyak diisi dengan belajar. harap masinlah mulut dia. belajar bagai nak rak, kalau dapat result hampeh gak aku tejun kolam kekanak. kahkahkah.. balik kampung halaman, duk rumah seminggu. bosan dowh. terus pikir mau cari kerja. cari kerja yang boleh dapat cuti, bos baik hati, gaji tinggi. muehehehe.. aku cari dengan teman rapat aku. susah juga cari kerja ni. lagi-lagi time cuaca terik. cepat je rasa putus asa tu datang menerjah sanubari. merata tempat kitorang pergi, banyak kedai juga kitorang masuki. kaki dah penat, kepala dah berat. so kitorang pergi ke satu lokasi yang dijangka lokasi terakhir untuk pencarian kerja. Alhamdulillah, usaha yang tak sia-sia. bagai rezeki mencari tuan. kami berdua diterima bekerja di tempat yang sama. bos pun baik. cun dan putih gebu. mix melayu cina. tapi maaf bebanyak. dah tittle bini orang yer. laki dia pun orait. cuma gaji tak seberapa. tapi tu bukan menjadi masalah. pengalaman tu lebih berharga bukan. so tak payah lah demand sangat kalau cari kerja. bagi mereka yang kat luar sana, yang takdak kerja tu mai lah kerja. tak rugi, untung pasti, jika ikhlas di hati. tak kesah gaji tak seberapa tinggi, yang penting poket terisi. he he he..


Selasa, 4 Mei 2010

kaya dan planta,..

pergh! lama giler weii aku x update. br timbul nawaitu nk update la ni.


seminggu mama aku x hade...so aku memikirkan apa aku nk mkn tuk bfast. tiba2 rasa terliur nak makan roti. roti kahwin...kaya mix planta. yum! teringat aku dengan ex2 aku...upss,bkn ex buipren. tp kwn sekerja. ntah setia lg ke dorg tiga sekawan tu keje kat sana. keje x penahnya nak coti. nak mintak coti lama pun payah. last2 aku benti pas 2 bulan lebey keje. bukan sbb xtahan...err,kadang2 xtahan gak ah. tp sbb utama aku benti adlh kerana aku rasa x rasi keje situ.. bosan. naseb baik dpt kwn sekerja yg mcm mangkok...tiga2 masuk air...sampai aku pun terikut sekali. aku kira audiance la kat situ... dorg buat kelakar,aku gelak.... apa yg bestnya keje sana sbb aku kena layan customer. best layan customer. walopun kekadang sakit jiwa nak layan karenah dorg tp aku hepi....xde customer la yg buat aku rasa bosan mcm sial. mcm xde mkna dtg keje. mkn roti dgn kaya+planta sgt mengingatkan aku dgn bekas kwn2 sekerja aku tuh. sbb pg2 kitorg akan mkn bfast sesama... kalo bawa duit lebey,kitorg akan pakat kongsi duit tuk beli cucur pisang...cucur udang...cakoi..ubi keledek... roti bun.... kalo xde duit,ha...roti kaya n planta ni la jd pengalas perut. teringin sgt aku nk jenguk dorg. ingt bos aku tuh bt aku rasa berat kaki nk dtg sana... sapa suruh benti mengejut. dpt gaji terus cabut... haha.




kamek rindu korang gilak2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...