Shoutbox






Sabtu, 13 Ogos 2011

No W0NdEr la MaK i pUN tAK suKa Y0u..!!

Mendapat ilham menulis hasil pemerhatian terhadap sikap seorang jiran yang berjaya menggenangkan air mata di kelopak mata seorang ibu mertua ketika si menantu ini melarang anak-anaknya yang ketika itu bermain-main bersama nenek mereka. Bukan itu sahaja, si menantu ini juga berjaya membuatkan suaminya yang dulunya anak yang baik tapi kini mengecilkan hati seorang ibu. Syabas.




Kepada orang perempuan, saya nak berpesan lah khusus yang dah bersuami dan bakal bersuami.. tak usah lah nak sibuk jika suami nak berbuat jasa dengan ibu dia. dats y la mertua dengan menantu selalu ada masalah.. selalu tak ngam. Itu kerana ibu adalah ibu. Seorang ibu menganggap bila anaknya dah berkahwin, mereka seolah-olah akan kehilangan perhatian dan kasih sayang seorang anak. Yelah, bila berkahwin anak mempunyai keluarga sendiri. Tumpuan lebih untuk mengurus rumah tangga daripada memikirkan perihal ibu bapa. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Sesetengah ibu kadang-kadang akan terasa anak lelakinya lebih mengutamakan isteri berbanding ibu. Saya faham, ada ibu mertua yang tak berapa nak baik. Keras kepala. Keras hati. Kita dah buat baik bagai nak rak pun dia tetap nak cari kesalahan kita. Tetap tak suka kita. Tetap nak mencik kita. Tak mau ngaku menantu. I hate u. Po eber! Senang cerita macam si nyonya Mansoor dalam cerita Kassim Selamat. Mau tak sakit jiwa bermertuakan beliau. Sebab apa ibu mertua bersikap over gitu. Tak lain tak bukan sebab kasih seorang ibu terhadap anak. Sehingga timbul sikap pentingkan diri yang tak agak-agak. Sila jangan jadikan itu kunci untuk jadikan suami anda seorang anak derhaka. Sabarlah. Jangan sesekali kenal erti putus asa. Sakit memang sakit. Berat mata memandang berat lagi tuan empunya bahu yang memikul. Satu penderaan mental yang zalim. Bersabarlah dalam mengambil hati seorang ibu. Anggap ibu suami anda sebagai ibu sendiri. Treat beliau sebagaimana anda treat ibu anda. Anda dan ibu mertua kan sesama perempuan. Mesti tau punya cara-cara nak melembutkan ati yang sekeras gua batu tuh. Takda masalah yang takda jalan penyelesaian. Pasti ada.






Ingat, seorang anak lelaki walaupun dah berkahwin tanggungjawab dia terhadap ibu dan ayah dia tak lepas, tak selesai. Tak macam orang perempuan, bila dah bersuami tanggungjawab terhadap ibu dan ayah terlepas. Anak lelaki dia wajib terus bagi perhatian, ambil tahu, ambil kisah, buat budi, pelihara, jaga, tatang ibu bapa dia sepanjang hayat dia. meskipun dah berkahwin empat, anak sedozen.. tangunggjawab terhadap ibu ayah tetap ada.. tak akan lepas. Kesian ramai anak lelaki jadi anak derhaka, bukan dia nak derhaka, tapi sebab pengaruh isteri. So saya seru semua wanita termasuk lah saya sendiri, moga kita boleh jadi isteri yang taat kepada suami dan menantu yang baik kepada ibu dan ayah suami kita. Sebagai menantu, taraf anda anak juga, walaupun tak sehebat anak kandung, anak juga. Semoga anak lelaki anda juga akan berbuat begitu kepada anda setelah dia dewasa dan berkahwin kelak.


layan bidio ni.. tak suka? uhh, wateberrr.



“jadilah anak menantu, jangan jadi anak hantu”

Jumaat, 5 Ogos 2011

can't YOU accept ME for who I am?‏








bangun pagi tengok tv. tengok tv nampak klip video stacy. memang best lagu "kisah dongeng" ni. masa mula-mula dengar dulu tak suka. now dah jatuh cinta. weee~~ lirik lagunya menyentuh hati dan penuh erti. siyess,aku sedih menghayatinya. aku sedih dengan apa yang penulis lirik ni ingin sampaikan pada pendengar. sedikit lirik yang ku selitkan disini. nak full lirik cari sendirik.


"ku sedar ku tak seberapa
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini

apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi"

"belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini

sanubariku memerlukan
kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati"




benar, siapa yang sudi berteman hidupkan dengan orang yang tak sempurna? mahu ke bersuamikan orang cacat? mahu ke beristerikan perempuan yang takda rupa? mahu ke berkekasih hatikan orang yang triple gemuk? mahu ke berkahwin dengan orang berpenyakit yang hidupnya bergantung spenuhnya pada ubat? atau benar.. cinta dan penerimaan yang sebegitu rupa hanya kisah dongeng saja. anyway,orang-orang sebegini memang selalu menolak untuk dikasihi kerana tidak mahu didampingi atas rasa simpati. namun,percayalah. mereka juga manusia biasa yang punya perasaan. memerlukan cinta dan perhatian. lagu yang mewakili curahan hati orang kurang sempurna. damn nice! clap3x. so,meh kita sayang menyayang. tanpa mengira faktor fizikal dan material.



p/s: by chance, masa update ni WHI bincang sal "intimasi OKU". ada seorang lelaki OKU berkahwin dengan perempuan normal. so sweet couple!!! si suami sangat baik dan positif. gud for him.

Khamis, 4 Ogos 2011

nak kaya?? baca ni.

di era kegawatan ekonomi yang melanda pelusuk dunia, manusia berpusu-pusu mencari peluang rezeki bagi memperoleh pendapatan menampung kehidupan seharian. di ceruk mana pun asal ada chance merekaa akan tibai. tak dapat banyak sikit pun jadilah. ada juga yang dah dapat banyak, nak tambah lagi banyak. biasalah manusia. rakus kemain. tak heran manusia mampu berbuat apa sahaja bagi mendapatkan duit lebih. ada yang sanggup terima rasuah, ada yang sanggup berbuat khianat, sanggup jumpa bomoh, sanggup meminjam pada along, sanggup menindas orang yang lemah, dan bermacam-macam kesanggupan lagi. isk2.





biar segala usaha dilakukan, keringat diperah, tulang empat kerat dibanting, harta tergadai, tetap tidak memadai. memikirkan caranya pun sudah memberi gila, apatah lagi apabila segala yang diusahakan gagal. maka timbullah cerita di dada2 akhbar dan di kaca2 tv berkenaan dumb people yang membunuh diri sendiri. menurut statistik, 6 orang bunuh diri sehari di Malaysia. salah satu antara sebab dumb2 people ini menjadikan diri mereka arwah mungkin disebabkan masalah kewangan yang mendorong kepada gangguan emosi dan tekanan perasaan.





now,saya berkongsi beberapa tips yang saya peroleh daripada buku "Tau Tak Apa" hasil karya Dr. Hm Tuah Iskandar. sangat berguna, sangat terbukti keberkesanannya jika dilakukan secara konsisten, penuh komitmen, dan penuh sabar. orang yang sabar sahaja yang berhak memperoleh nikmat berkat daripada kesabarannya. betul x? wokeyy,mata pandang bawah. sile2 lah baca tips2 berikut.




anda nak kaya??

· Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.

Bukan kah doa itu senjata bagi orang2 mukmin. Tak akan pernah rugi bagi mereka yang sentiasa berdoa dan meminta-minta kepada tuhannya.


· Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah.

Bersedekah dengan ikhlas tanpa harap sebarang pulangan. Biarlah setakat ganjaran yang berlipat ganda daripada tuhan. kebaikan bukan tuk di balas. tp tuk diingati dan dihargai. tu dah cukup memadai.


· Jika masih ada ibu bapa berbuat baiklah kepada mereka.

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah jalan percuma yang Allah beri untuk hambanya mendapatkan tiket masuk syurga. kalau ibu bapa tiada, berbuat baiklah pada orang tua.


· Beristighfar banyak-banyak.

Beristighfar senantiasa bagi menghapus segala dosa-dosa kecil.


· Solat duha.

Solat duha di waktu pagi bagi membuka pintu rezki.


· Baca Surah al-Waqiah.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.


· Beri makan haiwan.

seorang blogger mengatakan beliau memilih utk mengasihi haiwan kerana hatinya bertambah tenang, gembira, dan rezki yang tidak putus2.


· Jangan menyeksa binatang.

hatta babi dan anjing sekalipun kita dilarang oleh agama untuk menderanya. so pikirlah sendiri.


· Jaga silaturahim.

(peliharalah) hubungan silaturrahim, maka Allah akan memelihara kamu.. termasuklah pintu rezki kamu.


· Bayar zakat.

zakat adalah pembersih harta. sudah banyak pengakuan orang yang setelah membayar zakat, mereka malah mendapat kemudahan rezki. ha,apa lagi. sile2 bayar zakat. jangan dekut.


· Buat baik dan tolong orang yang lemah.

tolong orang yang memerlukan bantuan.. pasti mereka membalasnya dengan kalungan doa. doa yang paling fofular oleh orang2 yang mendapat bantuan.."moga Allah murahkan rezeki kamu". ha,doa free. taknak ker?


· Tunaikan hajat orang.

tunaikan hajat orang.. insya Allah, Allah akan memudahkan hajat dan urusan kita termasuklah kemudahan rezki.




~ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah~

Isnin, 1 Ogos 2011

my super duper skincare


lately,im soooooo impresss with my skin improvement. seronok aja di belai. secara tidak langsung i rasa masalah kulit muka i boleh di atasi. yippiiii..! bila pandang cermin, teraseww diri ni cun melecun n cantek taw. auwww. ahakkk.. *pasan x hengat punya orang..0h0h0h0h0! * berbaloi gak le labur duit tuk beli barang2 kat bawah ni semua. dibeli secara online. moh i share kat uols barang apa yang i guna sebagai rutin kebelakangan nih. zasssss..!!!







whitening gluta soap (WGS)


malas nak ulas panjang2. dah penah post sebelum nih akan kemabelesannya.
yg nih i buat sebagai pencuci muka.
sental setiap kali nak cuci muka.
pas bangun tido, tengah hari, time mandi petang, n sebelom tido.
ha,ambik you. sampai 4 kali i cuci muka. biar putih dan hilang segala raja parut kat muka.





99face+miracle mask


okeh,yg nih paling best. paling mabeles.
paling cepat nampak kesannya. dalam sehari penggunaan sahaja.
99face yg botol panjang tuh, i guna sebelom tido. sebelum tu cuci muka dulu ye adik2 akak2 makcik2.
99face buat muka lembut mcm bayi.
penggunaan yang berterusan boleh buat muka jadi mulus.bila kulit mulus nak make up pun seronok.
yang paling best 99face ni boleh memudarkan parut, mengecutkan jerawat dan mengurangkan pengeluaran minyak di muka.. bg yg oily skin sangat2 la seswai.
jerawat tak berani bertapak kat muka lama2 taw bila guna mende nih.
2 kali seminggu pula i akan guna miracle mask sebagai bedak sejuk.
fungsinya sama tuk memudarkan jerawat dan secara tidak langsung bisa memutihkan muka uols. cunn!





white-l glutathione


ni supplement kesihatan.
sangat banyak kebaikannya tuk kesihatan dalaman.
antaranya mengatasi masalah kanser, masalah mata dan juga bisa memutihkan whole ur body.
selalunya orang ambik supplement ni sebab nak gebuskan kulit.
makan 2 kali sehari.
makan ni kena pantang minum kaffein.
arghhh,x dpt aku minum neskepe.
im a bit addicted to kaffein. huuu.
nak cantik punya pasal kena berpantang.







dr. jart silver


yg ni pula as bb cream.
guna kalo nak jalan2. kalo setakat keluar depan rumah atau pi rumah jiran,baik tak payah. membazir aja.
boleh buat sebagai sunblock n pengganti foundation.
suitable tuk kulit berminyak.
bb cream ni bertindak sebagai agen pemutih gak.
*nampak sangat aku gila nak putihkan muka.. kahkahkah*





dodo palgantong powder



loose powder yang super duper hebat.
wangiiii..! bila tepek kat muka rasa ringan aja.
bedak ni boleh kontrol minyak di muka.
yang best muka nampak natural bila pakai.
x la macam tepung komak. kui kui kui.






egyptian magic cream (EMC)


yg ni as moisturizer.
guna selepas cuci muka dan sebelum letak bb cream.
kesannya boleh buat muka jd glowing mowing.




p/s: sori,pic owner tak dapat disertakan. kerna beliau tidak suka tunjuk muka kat umum. apatah lg bila dah cun melecun sekarang nih. kah kah kah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...