Shoutbox






Khamis, 31 Januari 2013

sujud together




Assalamualaikum

ehemm. bertemu lagi kita. lama jugak tak update kan. i know, aku ni bukanlah seorang yang rajin. bukan apa. motif asal menulis belog adalah untuk perluahan rasa, isi hati, sedikit pendapat dan buah pikiran etc. tetapi memandangkan lately bobet menjadi sasaran untuk setiap perluahan rasa dan aduan, dah jadi jarang nak luah kat sini pulak. teruk kan *gantung diri*. ()

sebelum ni kan kitorang just message jek. imagine dalam relationship kitorang selama 5 tahun, baru last year mula mengektifkan diri memasing dengan aktiviti bergayut. haiyohhhh. orang lain dari awal perhubungan dah asyik dengar suara manja romantis pasangan memasingkan. weirdo. bila dah hari hari dapat dengar suara dia, memang semua *actually not everything* aku luah ke dia. uols kan tahu orang perempuan lebih gemar bercakap bukan. yes, mungkin ada yang kata "aku lebih suka menulis". especially bagi penulis blogger yang tegar. walhal diorang sebenarnya suka bercakap. orang perempuan tak akan pernah lari dari fitrah ini. cuma weols boleh kategorikan. perkara yang boleh dikongsi dan tidak boleh. ada yang senang cerita pasal peribadi ke orang lain dan ada yang lebih gemar simpan sendiri. tapi still akan suka bercakap tentang perkara lain *non privacy one*.








sebenarnya inilah pertama kali aku update belog di subuh hari. mimpi apa lah tulis belog pepagi subuh ni kan. baik sambung tidur. hihi. saja lah. nah luahkan sedikit rasa bahagia dan kagum.

pagi ni, dalam jam 3 lebih aku bangun tidur. semua ahli keluarga mama, abang, akak *except abah* bangun bersama untuk tunaikan solat tahajjud secara berjemaah. ya Allah, lamanya tak berjemaah bersama. solat untuk meminta bantuan Allah sebagai satu usaha agar sakit akak sembuh. semalam akak mengadu tangan dia gatal-gatal. dah hampir dua minggu kot. nampak tak teruk sangat tetapi akak dah mengadu pedih pedih. so abang kata sebagai salah satu ikhtiar dan usaha, adalah dengan doa.

1st solat taubat, 2nd solat tahajjud dan last sekali solat hajat. seronok. rasa segar je badan. sewaktu solat hajat, apa lagi macam macam perkara dihajatkan. mintak perlindungan diri dan keluarga, kesihatan, rezeki dan tak lupa doa untuk bobet. apa yang menyayat hati, semasa nak mengakhiri doa abang menangis. rasa sayu je dengar. besarnya pahala abang menangis kerana Allah menangis kerana dosa-dosanya. aku yakin abang bakal jadi iman yang terbaik untuk bakal isterinya nanti. in shaa Allah. tak lama je lagi kan. hope bobet jugak bakal menjadi imam yang terbaik ayah yang hebat untuk keluargaku kelak. aminnn. (◡‿◡✿)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...