Shoutbox






Khamis, 30 Mei 2013

happy for her




beberapa hari ini i see my friend asyik sangat tersenyum senyum. kekadang senyuman dia tu tak kena tempat tak kena situasi. dia senyum sengsorang.

bila tanya kenapa senyum? ada barang baik happen ke?
dia bertambah senyum. tersipu sipu. pelik.

kitorang cuba usik. hah,ni mesti dah jumpa someone special kan? siapa? zul? azhar? saiful?
dia geleng tapi tetap meneruskan senyuman. kitorang geleng pening kepala melihat perangai kawan yang sorang ni. apa kena lah kan.

tika perjalanan dari sekolah ke bus stop, i yang super curious bertanya lagi. i guna apa yang i belajar. orang cenderung untuk share walaupun ianya sulit jika pada masa tu hanya korang berdua sahaja. tanpa kengkawan lain. awak dan dia. of course depend pada kepercayaan dia pada awak jugak. berbekalkan teknik persuasion yang i ada, akhirnya dia membuka mulut. yesss!

"aku tak suka perasaan ni"

hmm? tak suka tapi kemain senyum sampai ke telinga

"kenapa?"
"aku rasa aku dah jumpa orang yang aku suka"

weeeeeeee. now my turn pulak senyum. teruja. macam i pulak yang dah fallin in love kan. no. ini empati namanya. kehkeh.

dipendekkan cerita lah kan, dia kenal guy tu dalam satu web mencari jodoh. sebelum ni dia memang pernah bagitau. kenal kenal kenal.. dalam satu hari dah bertukar contact no. mungkin itu perkara biasa bagi sesetengah orang. tapi untuk my friend yang satu orang ni dia susah sikit nak bagi contact no.

hmm, menarik. =)

dua hari berikutnya, dia bertambah selesa bercerita dengan i tentang guy tu. tak payah nak korek. lelaki itu orang pahang. now bekerja di johor. dia kata lelaki tu agak tua. dia tak bagtau secara tepat. segan kot. tapi dia kata umur macam abang-abang dia. so around 30+. huiyoooo.

disebabkan lelaki tu dah agak tua bangka, usia yang memang dah patut kahwin, dan memandangkan lelaki tu juga anak sulung, so lelaki tu memang tengah cari calon isteri. dalam perkenalan diorang tu, lelaki tu terus terang kata yang dia tengah cari seorang isteri dan kalau boleh hubungan tu serius. hopefully. hopefully.

sometimes lah kan, bila lelaki kata begitu kita tak rasa apa. perasaan suka tu akan ada, tapi yelah. just biasa-biasa je kot. mesti ada persoalan "yeke?" betul ke?" untuk kes kawan i ni, bila lelaki tu kata macam tu, dia terus menangis. maknanya kata kata lelaki itu memang lahir dari hati. ikhlas. bila lahir dari hati, maka kata kata dia tu sampai jugak ke hati kawan i. padahal kenal tak sampai pun seminggu. tapi my friend kata macam dah lama kenal. attraction yang ada pada lelaki tu kuat sangat. gitewww. maybe itulah jodoh dia kan.


semalam i tanya soalan cepu emas
"agak agak bila dapat rasa nasi minyak kau?" aku usik.
"mungkin tahun depan?" dia senyum tapi nampak yakin.

pehhh, i sendiri pun tak sure bila nak kahwin. tak boleh jadi niii. orang yang belum kenal lama nak kahwin dulu. i yang dah kenal 5 tahun lebih pulak belum lagi. tak tau bila. arghhhhhhhhhh!!!!!!! *tumbuk tumbuk lantai*


apa apa pun, im happy for u Suria. =))))




Ahad, 12 Mei 2013

ibu






assalamualaikum ahli syurga



ada yang bertanya, bukan seorang dua tapi ramai lagi mereka yang masih musykil dengan sambutan hari ibu.


semuanya bergantung pada niat dik, jika adik sambut adalah untuk menceriakan, mengembirakan hati ibu, mak, mummy, mum, amma, ummi, omma kenapa tidak.


Yang penting kena ingat mendoakan kesejahteraan ibubapa setiap waktu adalah suatu tanggungjawab bukan pilihan.


Redha seorang ibu jauh lebih baik berbanding redha seorang lelaki atau perempuan yang baru sahaja kita kenal tapi manis berkata-kata.


Mati itu pasti, hidup? InsyaAllah.


selamat hari ibu ma. sayang mama selamanya. =)


Sabtu, 11 Mei 2013

pissed off again





assalamualaikum korang?

how ar u duin?



entry kali ni agak singkat. just nak express my feeling about what happened pagi tadi. 


ok, hari ni sabtu. sepatutnya tika itu i bangun lambat around jan 10-11. but i should woke up early in the morning. ada program perkongsian ilmu SPADA bersama pelajar tahun akhir psikologi kaunseling. me la tuh. wohoooo. dah tahun akhir beb. 


wait, taktau SPADA tu apa? alright, secara ringkasnya lah kan. SPADA ialah ringkasan untuk Special Programme for Alcohol and Drug Abuse. merupakan satu satunya sarjana kaunseling yang ditawarkan kepada kakitangan JPA, KKM, KPM dan lain lainnya. apa yang i tahu, aktiviti yang dijalankan program ni sangat aktif dan mencabar. yang seronoknya boleh travel ke negara luar. agak menarik bukan. berminat? sila KLIK SINI


dipendekkan cerita lah, sewaktu program tu berlangsung.. my tutor, salah seorang daripada pelajar SPADA tu ada menunjukkan contoh laporan dan kajian kes yang dia buat semasa menjadi student internship di UMS dulu. so, dia pass lah kat kitorang. suruh sorang demi sorang lihat. dia ada mention, jangan snap laporan tuh. kan hak persendirian kan. bimbang jatuh ke tangan ramai student karang semua pakat tiru bulat-bulat. so usaha, kreativiti dan inisiatif tu tak akan ada. 


dipendekkan cerita lagi, ada lah seorang hamba Allah yang bertuah tu.. bukan main lama lagi tengok buku laporan. kitorang dah jadi hilang sabar tunggu turn. rupanya diorang snap. aduhhh. ini lah orang tak reti bahasa. dah larang tapi buat jugak. betul ke budak dua ekor ni classmate aku, from kos kaunseling? kitorang kat belakang dah panggil panggil suruh cepat, jangan snap. dia buat tak tau buat tak dengar. Allah bagi betul betul tak dengar sepanjang hayat baru padan muka. so selfish!


teringat ada kawan pernah cerita, dua budak ni memadam nama student untuk pendaftaran tutorial dulu. disebabkan taknak masuk kelas tutorial awal pagi, diorang padam nama student dalam list tengah hari yang dah penuh. mula-mula taknak percaya, tak tengok depan mata sendiri kan. but, from what i had saw today, memang betul betul lah tu. dengan attitude yang macam ni tak berkat ilmu yang diorang dapat.


apalah makna hidup ini jika tidak tahu bersyukur? tidak tahu erti jujur? muhasabah teman, hidup ini tidak lama.


eh, terpanjang pulak. kata ringkas. hoho. maaf. itu sahaja.



review cerita 9.9.81

assalamualaikum =)

apa khabar readers?

harini i nak buat review filem. jom?



haritu sebenarnya just nak teman kawan jalan ke 1B beli barang. banyak barang dah habis. so i pun ambik peluang ni nak beli barang jugak. nak rembat sekali teh hijau. kehkehkeh. ingat nak ajak dia karoke. gian nak menyanyi. siap praktis vokal dalam bilik sebelum keluar. ahakahak. time majlis abang i kahwin aritu takda peluang nak menyanyi kan. kena jaga mama yang tengah sakit. itu lebih penting. kewajipan seorang anak.


i tak tanya lagi sama ada dia sudi ke tidak. tapi sebelum sempat i bertanya, dia dah cerita dulu pasal tadi kawan dia ada ajak dia karoke jugak. tapi dia taknak. letih kot. dengan pantas otak i berkata "cancelllllllllllllllllll". terus terang i agak upset jugak. keinginan terputus di tengah jalan. sebelum beli barang kitorang singgah makan. lapar gila. just makan sandwich. tak cukup untuk perutku yang semakin lama semakin meluas spacenya. hukhukhuk. 


tengah makan tu kawan kata nak tengok wayang. tapi macam tak sure lagi nak pegi ke tak. tengok keadaan dia macam tu, sepantas kilat i beri respon. sebelum dia ubah fikiran. "saya nakkkkkk" siap bagi signal. "saya ok saja. kalau ajak pegi karoke pun saya ok" auwwwww. motif agar dipertimbangkan lah cadangan nak pegi karoke tu kan kan. then dia respon "hmmm,tengok lah cerita apa best nanti". ok, itu menandakan dia lebih berkeinginan untuk menengok wayang. but honestly, i tak kesah pun. i pun memang dah lama tak tengok wayang. kalau sem 1 dulu.. pehhhhh, hampir tiap minggu. asal keluar tengok wayang. asal keluar tengok wayang. dasat memang dasat. duit pun keluar dengan dasatnya. hoho. 


see, i dah melalut. enough! lihat entryyyyy. back to the topik =p







ini lah cerita yang i dengan member tengok. kitorang menghabiskan masa sekitar 10minit tuk memilih filem apa nak layan. malang bagi kitorang takda cerita katun yang keluar masa tuh. cerita kelakar pun tak hade. so apa yang hade? cerita aksi, tapi macam tak best. selain cerita ni, pilihan kedua adalah ironman 3. the problem is kitorang belum pernah layan ironman 1 dan 2. bimbang tak berapa nak paham lak. so nak taknak pilih cerita yang maha seram nih. tengok poster pun dah gerun. meremang aku. tapi bukan poster ni yang ditayangkan kat papan kenyataan pawagam tuh. bawah nih.






arghhh.. maunya tak pikir dua empat kali. tengoklah poster tuh. pandangan macam nak terkam orang jer tau. SCARYYYYY! pastuh based on true story. fikir lagi lima enam kali.


tapi memandangkan takda choice lain, terpaksalah. untuk menyedapkan hati, kononnya filem ni filem seram china. mana kitorang tau? tuhhhh, tengok poster atas. ada tulisan china kan. fikiran stereotype kitorang mengatakan filem ni tak seram mana. hantu china mana seram. tak boleh saing dengan hantu siam. ohohoho. tak seram tak seram. jum tengokkkkk!!! RAHWWWRRRR!! ok tiba tiba nak semangat lebih. motip?


so, sambil tunggu filem ni mula, kitorang beli barang kejap. selesai kitorang teruskan nawaitu menengok filem seram ni. alangkah terperanjatnya kitorang bahawasanya filem ini bukan filem china? tapi filem thailand? damn punya poster. apahal kau bubuh tulisan china hahhh! siuttt.


nasib baik jugak kitorang pilih tempat duduk paling belakang. bahagian paling hujung. dekat dengan pintu. senang nak lari. dedua penakut. kahh!


secara keseluruhan, filem ni boleh tahan. yeppp, boleh tahan seramnya. still tak boleh lawan coming soon. filem tu memang gila. setakat ni takda yang dapat celen lagi. untuk filem ni.. yewhhhh. agak berjaya membuatkan i menutup mata hampir semua babak. hakhakhak. permulaan cerita agak porno sikit. sikit jerlah. ada adegan budak melancap. then dengar orang yang duduk sebelah kanan i asyik membaca jampi serapah  "eiii, disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting" berulang ulang. persis macam baca mantera uols. kalau jijik tutup mata tutup telinga. takyah tengok. bukan dia tunjuk pun. kemonlah kemon. 


sedikit sinopsis, cerita ni bermula apabila seorang wanita (heroin merangkap hantu) membunuh diri bila dapat tahu kekasihnya mati. perempuan ni cantik tapi ada mental problem. ada sembilan watak dan babak yang berbeza di mana ia saling berkaitan dengan kematian hantu tuh. ok, done.


so kalau nak layan genre seram. sudi sudilah pilih cerita yg awesome ni ea. =)



Jumaat, 3 Mei 2013

pengantin baru PART II





assalamualaikum sayangness

holasssss

anda sehat? saya sehat? semua sehat?


ok,sila berhenti. macam dr fadzilah kamsah dah (betul tak ejaan nama beliau ni). now nak sambung cerita pasal tragedi majlis perkahwinan abang i. PART II uols. tak pernah pernah dalam sejarah pembelogan i ada PART II. kehkehkeh. cerita panjang sangat. haruslah ada PART II. lenguh si jemari ni taip. lepas 3 hari baru ada nawaitu nak sambung. bertuah kan? i memang pemalas. admit.


hehehehe =)


hah, cerita semasa kat rumah pengantin perempuan kan. lama jugak kitorang tunggu mak ayah pengantin perempuan keluar. ajak bergambar bersama dengan pengantin. abah dah banyak kali tanya bila nak balik. nak kencing. adohhhhh. masa tu jugaklah abah nak kencing tau. bukannya nak kencing kat rumah pengantin perempuan tu jer. i pun naik risau. mesti kencing abah dah kat hujung hujung. seksa tahan. hakhakhak. so i pun tanya akak. how?? akak kata tunggu jer. nanti apa pihak perempuan kata. nanti ingat kitorang tak suka diorang lak kalau balik  awal.


dengan berat hati, i kata lah kat abah. "akak suruh tunggu jap. kita bergambar dulu. baru balik. abah sabar" tengok muka abah dah kelat. mungkin dah betul betul tak tahan. kesian. 15minit tunggu, mak ayah pengantin perempuan pun keluar. alhamdulillah bagi pihak abah. hihi. tapi ada yang pelik. mak pengantin perempuan menangis. alololoh, mesti sedih sangat tengok anak dia dah jadi milik orang kan. 


i tengok dia peluk untie. peluk akak. then peluk i. mulut dia asyik kata "maaf maaf maaf" airmata semakin mencurah mencurah. i mula lah empati. bila turn i peluk, i peluk erat-erat. hope boleh menenangkan dia dan sebagai tanda sokongan. macam macam yang ada difikiran. mungkin dia minta maaf sebab tak boleh kawal rasa sedih dia kot. err, entahlah.


selesai bergambar, i berdiri sebelah adik bongsu pengantin perempuan. nama dia yayang. yayang lah yang cerita segala perkara dengan i dan akak. dia kata katering yang ditempah tak datang pagi tadi. jemputan pukul 7. awal gila. tapi katering tak datang. bila ditelefon, pihak katering hengat majlis tu hari esok. Allahuakhbar. bala bala. patutlah mak pengantin perempuan menangis macam mati laki. yayang kata mak dia dekat nak pitam. dah tu, kena masak sendiri pulak. tetamu yang dijemput terpaksa menunggu. cuba uols bayangkan. 


so sad kan =(


malamnya kitorang buat majlis khatam alQuran. sikit lagi lagi nak berakhir. wohooooooo!! i lah paling semangat buat keja. for the last bebehssssss. keja dah siap semua. tinggal nak mandi je lagi. tup tup, pihak pengantin perempuan dah datang. aikkkkkk.. bukan lepas isyak ke? baru 5minit lepas azan berkumandang. dah sampai? cepatnya solat? kan ayah dia tabligh? sedangkan imam masijd kampung pun solat dulu baru datang majlis. punya lah i thought macam macam kan. biasa orang perempuan. ahakhak. so i terus naik atas mandi. nasib baik abah dah siap mandi semua. akak pun sama.


selesai mandi, dah bersiap tanpa mekap terus turun bawah. hmm, ramai. tapi pelik, rombongan lelakinya manaaaaaa?? semua perempuan. imam yang ketuai majlis khatam alQuran pun hairan. dipendekkan cerita, jam 11 lebih kurang, turn i, akak dengan kazen-kazen bergambar sakan. semestinya dengan pengantin. mak abah, untie dan uncle pun tak terkecuali. pastu bergambar atas katil pengantin lak. kitorang taklah. pengantin jer. kikikiki. asyik bergambar hp kak ipar berdering. i tak ikuti perbualan dia. i terus keluar layan bebudak. then tengok mama keluar bilik abang i. tengok muka macam ada berita mutakhir. rupanya mak kak ipar dah masuk wad kecemasan. ujian lagi. sapa suka kan bila tengah gembira pastu dapat news mak masuk hospital? sapa? sapa suka? hoh


bergegas abang dan kak ipar keluar pegi hospital. tengok mata kak ipar pun dah merah merah. mama dan akak ikut sama. i tinggal dengan abah. nak ikut tapi kesian pulak abah mengemas rumah sorang. sejam macam tu, diorang balik. mama pun cerita, mak kak ipar i tu kena darah tinggi. tinggi sangat. hampir stroke. mulut dah kebas. oh tidakk. syukur tak apa-apa. kat sana yayang ada cerita lagi tentang situasi sebenar yang melanda keluarga diorang. rupanya keluarga belah laki dia semua put blame atas mak dia. kononya, keluarga belah laki dia nak masak sendiri. tapi mak kak ipar nak order katering. mungkin taknak menyusahkan. so bila dah jadi macam ni, semua salahkan mak kak ipar. dah lah hampir pitam katering tak datang. kena salahkan pulak. maunya tak kena darah tinggi. tekanan tahap maksima.


mama pernah bagitau dulu, mak kak ipar cerita dengan mama yang keluarga belah laki dia tak sukakan dia. sebab apa itu i taktau. kesian memang kesian. dah lah dia mualaf. takda saudara mara langsung kat labuan. takda tempat mengadu. yang paling sedih lah kan, laki dia paling teruk marahkan dia. laki dia tak hantar pun bini dia tu pegi hospital. yayang kata ayah dia malu sebab dia bawa banyak jemaah datang. padahal laki dia tak banyak tolong pun urusan majlis perkahwinan. sibuk dengan urusan masjid. uncle kata, orang tabligh sebilangannya, bukan semua memang macam tu. lebih utamakan jemaah dia berbanding keluarga. 


hmm, macam-macam kan. sabar je lah. nak cerita lebih lanjut bimbang salah. apa yang pelik pasal katering tu, diorang ada komfemkan pada hari jumaat, sehari sebelum majlis berlangsung. masakan lupa? macam ada unsur sabotaj lak. tapi kalau unsur sabotaj oleh keluarga belah laki dia tu, takkan dorang sanggup bersusah payah masak sendiri pada last minit di majlis perkahwinan? but seriously masakan diorang sangat sedap. mabeles. WOWWW. hanya Allah maha tahu. sesuatu perkara takkan terjadi tanpa izinNya. redha jer lah. syukur kitorang tak jadi hal-hal macam tu. ujian tu sangat berat untuk mama yang ada masalah jantung. terimakasih Allah. sungguh Engkau maha pengasih dan penyayang =)




selamat pengantin baru!!!!! =)




Khamis, 2 Mei 2013

D-TOX



assalamualaikum my dearness

sihat hari ni?

heeee =)



ada orang persoalkan y i suka guna gambar kucing dalam belog. FYI soalan tu memang i dah expect dari zaman pak belalang lagi. for sure orang akan soal. eventhough i dah boleh agak, tapi still i takda jawapan terbaik. jawapan terbaik? oh,tolonglah. ini bukan exam paper nak jawapan terbaik bagai. just jawap ikut naluri hati. i suka kucing. thats it. simply answer.

lately, i memang perasan kulit i memutih. walaupun taklah sparkling macam edward cullen dalam twilight tuh. maybe perkataan putih tak berapa sesuai. cerah. yesss, cerah lebih sesuai bukan. hik. namun, diriku tetap berduka kerana walaupun dah cerah kan kan.. tapi bila tiba period, pimples ni suka menempek kat muka. cissss. nak hilangkan parut satu hal. 

nak dipendekkan cerita, one day i main gugel. terserempak dengan artikel pasal usus kotor. bawah ni antaranya lah. take a look. manatau korang pun ada.


•Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
•Sembelit atau cirit-birit yang kerap
•Masalah-masalah kulit-jerawat, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
•Kuku dan rambut yang rapuh
•Sering sakit kepala
•Sakit leher , bahu , sendi dan otot
•Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
•Imsomnia –masalah tidur
•Meradang dan kemurungan
•Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
•Berat badan dan pembendungan air dalam badan (perut buncit)
•Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap


ok,tanda-tanda kat atas ni i tengah alami sekarang. OH MY ALLAH. usus i kotorrrrrrrrrrrrrrrr. especially bab sakit kepala dan perut buncit. AHAKAHAK. sepantas kilat i cari mana-mana produk or makanan yang boleh cuci usus. orang kata kalau beli supplement berkualiti tinggi pun kalau usus kita kotor, tetap tak beri kesan. ada pun lambat sangat. whatsss?? damn.



now pun tengah ada masalah kesukaran nak buang cik Ta. cik Ta ni bukanlah degil sangat nak berhijrah. dalam sehari tu ada. tapi tak keluar habis. sekerat sekerat. sangat lah tak puas. dah lah lama duduk dalam bilik air. lenguh kaki mencangkung. bila dah selesai mesti kaki cramp. terpaksalah tak bergerak untuk beberapa minit. kihkihkih.


tapi bobet kata kena tukar diet. i ingat nak beli teh detox tuh. ada kat watson. kawan pun ada cadangkan beli psyllium husk. sangat berkesan katanyaaaa. ohhhh, hmm. actually memang cara pemakanan seharian i tak tentu. tak sihat pun. sebab selalu tak makan sayur. HUAHUAHUA. lepas ni kena makan sayur lah kan. or buah ker. ngeeeheee.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...