assalamualaikum sayangness
holasssss
anda sehat? saya sehat? semua sehat?
ok,sila berhenti. macam dr fadzilah kamsah dah (betul tak ejaan nama beliau ni). now nak sambung cerita pasal tragedi majlis perkahwinan abang i. PART II uols. tak pernah pernah dalam sejarah pembelogan i ada PART II. kehkehkeh. cerita panjang sangat. haruslah ada PART II. lenguh si jemari ni taip. lepas 3 hari baru ada nawaitu nak sambung. bertuah kan? i memang pemalas. admit.
hehehehe =)
hah, cerita semasa kat rumah pengantin perempuan kan. lama jugak kitorang tunggu mak ayah pengantin perempuan keluar. ajak bergambar bersama dengan pengantin. abah dah banyak kali tanya bila nak balik. nak kencing. adohhhhh. masa tu jugaklah abah nak kencing tau. bukannya nak kencing kat rumah pengantin perempuan tu jer. i pun naik risau. mesti kencing abah dah kat hujung hujung. seksa tahan. hakhakhak. so i pun tanya akak. how?? akak kata tunggu jer. nanti apa pihak perempuan kata. nanti ingat kitorang tak suka diorang lak kalau balik awal.
dengan berat hati, i kata lah kat abah. "akak suruh tunggu jap. kita bergambar dulu. baru balik. abah sabar" tengok muka abah dah kelat. mungkin dah betul betul tak tahan. kesian. 15minit tunggu, mak ayah pengantin perempuan pun keluar. alhamdulillah bagi pihak abah. hihi. tapi ada yang pelik. mak pengantin perempuan menangis. alololoh, mesti sedih sangat tengok anak dia dah jadi milik orang kan.
i tengok dia peluk untie. peluk akak. then peluk i. mulut dia asyik kata "maaf maaf maaf" airmata semakin mencurah mencurah. i mula lah empati. bila turn i peluk, i peluk erat-erat. hope boleh menenangkan dia dan sebagai tanda sokongan. macam macam yang ada difikiran. mungkin dia minta maaf sebab tak boleh kawal rasa sedih dia kot. err, entahlah.
selesai bergambar, i berdiri sebelah adik bongsu pengantin perempuan. nama dia yayang. yayang lah yang cerita segala perkara dengan i dan akak. dia kata katering yang ditempah tak datang pagi tadi. jemputan pukul 7. awal gila. tapi katering tak datang. bila ditelefon, pihak katering hengat majlis tu hari esok. Allahuakhbar. bala bala. patutlah mak pengantin perempuan menangis macam mati laki. yayang kata mak dia dekat nak pitam. dah tu, kena masak sendiri pulak. tetamu yang dijemput terpaksa menunggu. cuba uols bayangkan.
so sad kan =(
malamnya kitorang buat majlis khatam alQuran. sikit lagi lagi nak berakhir. wohooooooo!! i lah paling semangat buat keja. for the last bebehssssss. keja dah siap semua. tinggal nak mandi je lagi. tup tup, pihak pengantin perempuan dah datang. aikkkkkk.. bukan lepas isyak ke? baru 5minit lepas azan berkumandang. dah sampai? cepatnya solat? kan ayah dia tabligh? sedangkan imam masijd kampung pun solat dulu baru datang majlis. punya lah i thought macam macam kan. biasa orang perempuan. ahakhak. so i terus naik atas mandi. nasib baik abah dah siap mandi semua. akak pun sama.
selesai mandi, dah bersiap tanpa mekap terus turun bawah. hmm, ramai. tapi pelik, rombongan lelakinya manaaaaaa?? semua perempuan. imam yang ketuai majlis khatam alQuran pun hairan. dipendekkan cerita, jam 11 lebih kurang, turn i, akak dengan kazen-kazen bergambar sakan. semestinya dengan pengantin. mak abah, untie dan uncle pun tak terkecuali. pastu bergambar atas katil pengantin lak. kitorang taklah. pengantin jer. kikikiki. asyik bergambar hp kak ipar berdering. i tak ikuti perbualan dia. i terus keluar layan bebudak. then tengok mama keluar bilik abang i. tengok muka macam ada berita mutakhir. rupanya mak kak ipar dah masuk wad kecemasan. ujian lagi. sapa suka kan bila tengah gembira pastu dapat news mak masuk hospital? sapa? sapa suka? hoh
bergegas abang dan kak ipar keluar pegi hospital. tengok mata kak ipar pun dah merah merah. mama dan akak ikut sama. i tinggal dengan abah. nak ikut tapi kesian pulak abah mengemas rumah sorang. sejam macam tu, diorang balik. mama pun cerita, mak kak ipar i tu kena darah tinggi. tinggi sangat. hampir stroke. mulut dah kebas. oh tidakk. syukur tak apa-apa. kat sana yayang ada cerita lagi tentang situasi sebenar yang melanda keluarga diorang. rupanya keluarga belah laki dia semua put blame atas mak dia. kononya, keluarga belah laki dia nak masak sendiri. tapi mak kak ipar nak order katering. mungkin taknak menyusahkan. so bila dah jadi macam ni, semua salahkan mak kak ipar. dah lah hampir pitam katering tak datang. kena salahkan pulak. maunya tak kena darah tinggi. tekanan tahap maksima.
mama pernah bagitau dulu, mak kak ipar cerita dengan mama yang keluarga belah laki dia tak sukakan dia. sebab apa itu i taktau. kesian memang kesian. dah lah dia mualaf. takda saudara mara langsung kat labuan. takda tempat mengadu. yang paling sedih lah kan, laki dia paling teruk marahkan dia. laki dia tak hantar pun bini dia tu pegi hospital. yayang kata ayah dia malu sebab dia bawa banyak jemaah datang. padahal laki dia tak banyak tolong pun urusan majlis perkahwinan. sibuk dengan urusan masjid. uncle kata, orang tabligh sebilangannya, bukan semua memang macam tu. lebih utamakan jemaah dia berbanding keluarga.
hmm, macam-macam kan. sabar je lah. nak cerita lebih lanjut bimbang salah. apa yang pelik pasal katering tu, diorang ada komfemkan pada hari jumaat, sehari sebelum majlis berlangsung. masakan lupa? macam ada unsur sabotaj lak. tapi kalau unsur sabotaj oleh keluarga belah laki dia tu, takkan dorang sanggup bersusah payah masak sendiri pada last minit di majlis perkahwinan? but seriously masakan diorang sangat sedap. mabeles. WOWWW. hanya Allah maha tahu. sesuatu perkara takkan terjadi tanpa izinNya. redha jer lah. syukur kitorang tak jadi hal-hal macam tu. ujian tu sangat berat untuk mama yang ada masalah jantung. terimakasih Allah. sungguh Engkau maha pengasih dan penyayang =)
2 ulasan:
ya Allah, kesiannyya banyak dugaan g kena hadapi masa tuu.. sekarang macam mana?
alhamdulillah. everything dah ok. under control. hihi.
Catat Ulasan