Shoutbox






Jumaat, 19 Julai 2013

jealousy

assalamualaikum!




hei hei, ingat tak sebelum ni i pernah cerita tentang seorang kawan yang bertemu jodohnya di internet? yesss. ini kisah dia lagi. sambil-sambil tu i kongsikan sedikit gambar yang kitorang take masa kat kundasang. kundasang lagi.. yeah, my 2nd time. wohooo.






me at kundasang. ailaik




ni dia. comel tak diorang?



you know what, semalam i dapat tau yang diaaaaa.. dah tunanggggggggggggggggggggg. tahniah my buddy. taktau lak bila dia tunang. mudahnya urusan diorang kan. memang betul lah mereka ni berjodoh.


im really happy for you. and jealous. grrrrr. tak tunggu pun aku kahwin dulu tau.


lagi gambar mereka.. =)










bakal-bakal pengantin ni insya Allah hujung tahun ini mereka nikah. paling awal pun mungkin sebelum konvo pada bulan 11. semoga dipermudahkan lagi.





Sabtu, 13 Julai 2013

me and them







assalamualaikum ahli syurgawi =)



masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk korang kan? hihi. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. moga dalam bulan keberkatan ni amalan bertambah dan diistiqomahkan. 


sedar tak sedar, dah masuk 3 minggu saya berpraktikal di RAY. so far so awesome. tak pernah rasa bosan melayan budak-budak kat sini. diorang sangat comel, hensem hensem cantik cantik belaka. dahlah kebanyakkan klien saya lelaki. hampir semua kot. huhu. naseb baik diorang ni muda belia. kalau tak dah selamat dingorat. ahak. ok, saya gatal. maaf.


pintu rumah sehari tak kena ketuk ketuk tak sah. bila rasa stress, jumpa budak-budak ni, tengok telatah mereka.. senyuman mereka.. terasa hilang segala negative feeling. 


bersyukur teramat amat dapat praktikal kat sini. banyak benda yang saya belajar. terutamanya, pengalaman bekerja. bersama staff yang lebih tua dan berpengalaman. tapi sebagai manusia biasa, harus ada perasaan tak senang dengan sesetangah sikap staf kat situ.


antaranya, bila mereka suka menjerit jerit dengan bebudak kat RAY. i know, kalau mereka rasa cara lembut tu tak berkesan. but i think cara mereka sekarang pun tak ok. sebab itu lagi membuatkan mereka memberontak. Rasulullah SAW sendiri dah tunjukkan cara terbaik untuk mengajar. tidak sesekali dia mengasari. walaupun orang itu golongan yahudi. apatah lagi ni anak-anak yatim. kalau menjerit je takpa lagi, ni siap ungkit pasal keluarga diorang sekali. takkan taktau anak-anak tu kebanyakkan daripada latarbelakang keluarga yang kacau bilau dan susah. cuba kalau kita yang dikata begitu, apa perasaan kita. tapi saya ingin percaya, apa je yang mereka buat atas dasar sayang. bukan untuk memuaskan nafsu amarah semata-mata.


mau saja saya bagitau hal ni pada pengetua sewaktu meeting. lebih lebih lagi bila tau ada staf yang menampar salah seorang daripada klien saya. atas kesalahan yang bagi saya tak layak untuk dia mendapat hukuman begitu. thanks to bobet sebab selalu menenangkan diri ini. yelah, lelaki. lebih rasional. hinssss.


satu lagi yang saya tak suka, masa meeting aritu nampak sangat diorang ni macam tak hormat dengan pengetua. contohnya, masa pengetua bercakap kat depan.. ada yang main handset, makcik-makcik berborak kat belakang. langsung tak hormat. seriously saya tabik springgggggg dengan pengetua RAY ni sebab dia mampu kawal keadaan dan diri sendiri. walaupun muda lagi, 32 tahun.. tapi memang nampak karisma dan keupayaan dia sebagai pemimpin. syabasss. baik dan hensom lak tau. hewhew.



hah,itu yang negatif. mana boleh kita pandang yang negatif je kan kan. yang positifnya kat sini pulak ada staf-staf yang memang baik hati dan bersifat keibuan. bagi kitorang bekal nasik pagi pagi. tak selalu. kadang kadang je. then, akak akak dapur pun baik-baik belaka. kalau ada lebih-lebihan makanan yang tak habis di makan anak-anak yatim kat situ, diorang akan bagi kitorang. jangkaan awal kitorang meleset 100%. ingatkan duk merantau ni susah nak cukup makan. badan boleh jadi slim lah. rupanya makin mengembang. terlebih makan lak. isk isk.



lihatlah wajah-wajah ceria mereka. =)













maaf, gambar tak jelas. snap dengan handset jek. pastu diorang gerak gerak. tak pandai duduk diam. excited semacam bila nampak ada orang nak gambar. kelakar je tengok. hihi. memang lah diorang ni. comel sangat.


sepanjang saya menjadi kaunselor diorang  (macam dah lama je kan.. huhu), saya dapati diorang ni datang dari latarbelakang yang berbeza dan sejarah keluarga yang berbeza. tak semua mereka anak yatim. ada yang daripada keluarga yang dah bercerai dan ada yang daripada keluarga yang susah. kalau yang susah, selalunya adik beradik diorang ramai. berbelas-belas gitu. bermacam macam kes jugak saya jumpa. ada yang bapanya kaki pukul, ibunya kaki maki, ada klien yang pernah dirogol oleh bapa kandung dan bapa tiri dan pelbagai lagi. kesian. bersama mereka.. mengenali mereka.. kehidupan mereka... saya lebih mensyukuri apa yang saya ada. bersyukur dibesarkan daripada keluarga yang baik.. suasana yang baik.


alhamdulillah.. terima kasih Allah =)



Rabu, 10 Julai 2013

memories last year student


DINNER


sem last ni sem yang banyak menghabiskan duit. antara penyumbangnya ialah dinner dan retreat. actually membelanjakan duit untuk dua event bukanlah banyak mana. dalam rm100 lebih je lah. tapi sangat berbaloi. kenangan bersama dengan coursemate lah yang paling berharga. dah last year kan. dan rasanya sem ni jugak paling banyak kitorang bergambar dan ambik gambar. sebagai bukti kenangan kitorang. rakam semua moment moment hebat. lepas ni dah taktau bila nak jumpa dan terjumpa. paling last pun masa konvo. ohhh,sedih. 




ini adalah cenderahati daripada bebudak junior. khas untuk akak akak dan abang abang senior. auwwww. terharu sangat. tQ semua adik adik. cantik hadiah ni. rasa nak makan. nasib baik dah kenyang mentekedarah makanan hotel. jarang jarang dapat rasa kan. dappppp. tapi tak selazat menu masakan set cina yang dihidang tika dinner hostel dulu. bergenang air mata sebab sedap sangat. dasat tak. bab makan pun emosi lebih tau. takk, kita emosi sebab kita bersyukur berpeluang merasa makanan yang sedap sedap. yummmmm.





bajet untuk bercantik cantik ke dinner tak ada. semua guna barang yang memang dah sedia ada. atas bawah. tak keluar satu sen pun. mekap mekap pun takda. huhu. ni pun just pakai lip balm kawan. supaya tak nampak pucat. huehue.





RETREAT



hah, ini pulak masa retreat. retreat tu satu aktiviti yang pihak sekolah buat untuk sesi kaunseling kelompok dengan bakal-bakal kaunselor. tujuannya untuk memberi pengamalan untuk kitorang menjadi ahli kelompok, yang dipimpin sendiri oleh pensyarah-pensyarah kitorang. sambil-sambil timba ilmu, dapat lah enjoy. yeahhh! bagi kitorang enjoy tu lah yang jadi matlamat utama ke kundasang. kekeke. i 1st time pegi kundasang masa tu. memang daripada dulu lagi berhajat ke tempat ni. nak bersejuk sejuk. tak dapat pegi oversea sini pun jadilah kan. salji je tak hade. 






tempat retreat ni di PUSAT LATIHAN DAKWAH KUNDASANG. sebelum ni plan nak pegi di kem bina negara, kat kundasang jugak. tapi memandangkan permohonan lambat diterima, maka terpaksalah bawa diri ke tempat lain. masa ni ramai yang merungut sebab terpaksa tambah kos. semua ada hikmah. tak dapat yang diinginkan, Allah bagi yang lebih baik lagi. so, pengalaman sini memang teramat best. paling best bila boleh nampak gunung kinabalu secara dekat dan jelas. fuhhh, hampir tiap masa kitorang bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung kinabalu. makanan pun sedapp. cuma banyak lalat jek. sebab berhampiran dengan pusat tu ada kebun sayur dengan baja organik. itu pasal lah. air tuk mandi macam air batu. nak cuci muka pun pikir dua kali. sejukkkkkk. but, seriously we had fun together. one day, jika ada rezeki. i wanna go there again =)




Isnin, 1 Julai 2013

praktikal

assalamualaikum cutenesss
apa khabar?




FYI, now i ada kat rumah anak yatim tambunan for my practical session. alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. hope, penghujungnya pun akan dipermudahkan. insya Allah. 

opss, lupa pulak nak snap gambar beg i yang besar gedabak ituh. just 2 beg. pluss beg sandang = 3. kuantiti sikit. tapi weight berat. berkilo kilo. urghhhhh. syukurlah akak yang baik hati sudi tolong teman. kebetulan sabtu tu dia tak kerja. soooo, hape lagi. hangout ler. huehuehue. dapat tengok wayang lagi. weeee. filem world war Z menjadi pilihan. baca review kengkawan semua kata best. lepas tengok, baru tau hakikatnya filem ni memang sangat sangat awesome. hingga ku terjatuh cinta dengan brad pitt. auwwww.






esoknya akak terpaksa balik awal pagi buta meninggalkan i seorang di hotel. sebab petangnya dia kena kerja. alahai, kesian akak kena terkejar kejar pulak kan. at last!!! i dapat gak merasa tinggal seorang diri dalam hotel. walaupun sekejap. so pagi tu i bangun, mandi, then bersiap untuk pergi ke Centrepoint nak ambil cop. buat cop supaya nampak lebih profesional gittew kan. tuan kedai kata dia open jam 10.30. i pegi tepat jam 10.30 sebab bimbang rakan seperjuangan dan sepraktikal sampai awal. tapiiii dia tak buka kedai lagi. maka i jalan jalan dalam mall tu tanpa hala tuju. nak makan tapi risau lambat nanti. so i singgah la ke kedai body shop. saja nak tengok barangan make up walaupun tak reti make up. huhu. macam biasalah, pekerja kedai bodyshop memang mesra pelanggan. dia layan i and siap tolong make up lagi. 

for free. i like. =)


dipendekkan cerita, perjalanan ke tambunan mengambil masa selama sejam lebih. hampir hampir 2 jam gak. kedatangan kitorang disambut oleh dua orang staf. and diorang jugaklah yang tolong kitorang angkat barang yang maha berat dan banyak tu, dengan bantuan dua orang anak yatim. kesian. maaf tau dik. 







kehidupan di sini tenang dan cuaca pulak sejuk. dugaan paling berat untuk kitorang kat sini ialah saat mandi dan bangun pagi. seriously, duk sini memang jimat sabun dan shampoo. sebab kekadang tu kitorang tak mandi pun. sebab sejuk sangat. ahakkk. 


staf kat sini pun baik baik belaka. tapi haritu jumpa penyelia lapangan, dia pesan jangan percaya sangat dengan staf staf kat sini. mungkin kita nampak diorang baik dan mesra. tapi berhati hati lah. ok, bila beliau kata macam tu persepsi kitorang terus berubah. yang peliknya, pengetua pun cakap hal yang sama. tapi ayat dia tak direct macam penyelia. 








tarikh 24 jun i lapor diri is my belated birthday. me dah 23tahun. dah makin dewasa. auwww. tQ pada yang wish. tQ pada fadli yang sentiasa menjadi orang terawal wish, dan my bff yang sentiasa menjadi orang terakhir wish. tepat jam 12 kau wish kan. bertuahhh. dan atas ni cupcake yang rakan sepraktikal i belikan. tak sedap. hahaha. dia rasa sendiri pun tak sedap. but i appreciate it dear. tQ kak dayang. =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...