Shoutbox






Sabtu, 13 Julai 2013

me and them







assalamualaikum ahli syurgawi =)



masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk korang kan? hihi. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. moga dalam bulan keberkatan ni amalan bertambah dan diistiqomahkan. 


sedar tak sedar, dah masuk 3 minggu saya berpraktikal di RAY. so far so awesome. tak pernah rasa bosan melayan budak-budak kat sini. diorang sangat comel, hensem hensem cantik cantik belaka. dahlah kebanyakkan klien saya lelaki. hampir semua kot. huhu. naseb baik diorang ni muda belia. kalau tak dah selamat dingorat. ahak. ok, saya gatal. maaf.


pintu rumah sehari tak kena ketuk ketuk tak sah. bila rasa stress, jumpa budak-budak ni, tengok telatah mereka.. senyuman mereka.. terasa hilang segala negative feeling. 


bersyukur teramat amat dapat praktikal kat sini. banyak benda yang saya belajar. terutamanya, pengalaman bekerja. bersama staff yang lebih tua dan berpengalaman. tapi sebagai manusia biasa, harus ada perasaan tak senang dengan sesetangah sikap staf kat situ.


antaranya, bila mereka suka menjerit jerit dengan bebudak kat RAY. i know, kalau mereka rasa cara lembut tu tak berkesan. but i think cara mereka sekarang pun tak ok. sebab itu lagi membuatkan mereka memberontak. Rasulullah SAW sendiri dah tunjukkan cara terbaik untuk mengajar. tidak sesekali dia mengasari. walaupun orang itu golongan yahudi. apatah lagi ni anak-anak yatim. kalau menjerit je takpa lagi, ni siap ungkit pasal keluarga diorang sekali. takkan taktau anak-anak tu kebanyakkan daripada latarbelakang keluarga yang kacau bilau dan susah. cuba kalau kita yang dikata begitu, apa perasaan kita. tapi saya ingin percaya, apa je yang mereka buat atas dasar sayang. bukan untuk memuaskan nafsu amarah semata-mata.


mau saja saya bagitau hal ni pada pengetua sewaktu meeting. lebih lebih lagi bila tau ada staf yang menampar salah seorang daripada klien saya. atas kesalahan yang bagi saya tak layak untuk dia mendapat hukuman begitu. thanks to bobet sebab selalu menenangkan diri ini. yelah, lelaki. lebih rasional. hinssss.


satu lagi yang saya tak suka, masa meeting aritu nampak sangat diorang ni macam tak hormat dengan pengetua. contohnya, masa pengetua bercakap kat depan.. ada yang main handset, makcik-makcik berborak kat belakang. langsung tak hormat. seriously saya tabik springgggggg dengan pengetua RAY ni sebab dia mampu kawal keadaan dan diri sendiri. walaupun muda lagi, 32 tahun.. tapi memang nampak karisma dan keupayaan dia sebagai pemimpin. syabasss. baik dan hensom lak tau. hewhew.



hah,itu yang negatif. mana boleh kita pandang yang negatif je kan kan. yang positifnya kat sini pulak ada staf-staf yang memang baik hati dan bersifat keibuan. bagi kitorang bekal nasik pagi pagi. tak selalu. kadang kadang je. then, akak akak dapur pun baik-baik belaka. kalau ada lebih-lebihan makanan yang tak habis di makan anak-anak yatim kat situ, diorang akan bagi kitorang. jangkaan awal kitorang meleset 100%. ingatkan duk merantau ni susah nak cukup makan. badan boleh jadi slim lah. rupanya makin mengembang. terlebih makan lak. isk isk.



lihatlah wajah-wajah ceria mereka. =)













maaf, gambar tak jelas. snap dengan handset jek. pastu diorang gerak gerak. tak pandai duduk diam. excited semacam bila nampak ada orang nak gambar. kelakar je tengok. hihi. memang lah diorang ni. comel sangat.


sepanjang saya menjadi kaunselor diorang  (macam dah lama je kan.. huhu), saya dapati diorang ni datang dari latarbelakang yang berbeza dan sejarah keluarga yang berbeza. tak semua mereka anak yatim. ada yang daripada keluarga yang dah bercerai dan ada yang daripada keluarga yang susah. kalau yang susah, selalunya adik beradik diorang ramai. berbelas-belas gitu. bermacam macam kes jugak saya jumpa. ada yang bapanya kaki pukul, ibunya kaki maki, ada klien yang pernah dirogol oleh bapa kandung dan bapa tiri dan pelbagai lagi. kesian. bersama mereka.. mengenali mereka.. kehidupan mereka... saya lebih mensyukuri apa yang saya ada. bersyukur dibesarkan daripada keluarga yang baik.. suasana yang baik.


alhamdulillah.. terima kasih Allah =)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...