Shoutbox






Rabu, 10 Julai 2013

memories last year student


DINNER


sem last ni sem yang banyak menghabiskan duit. antara penyumbangnya ialah dinner dan retreat. actually membelanjakan duit untuk dua event bukanlah banyak mana. dalam rm100 lebih je lah. tapi sangat berbaloi. kenangan bersama dengan coursemate lah yang paling berharga. dah last year kan. dan rasanya sem ni jugak paling banyak kitorang bergambar dan ambik gambar. sebagai bukti kenangan kitorang. rakam semua moment moment hebat. lepas ni dah taktau bila nak jumpa dan terjumpa. paling last pun masa konvo. ohhh,sedih. 




ini adalah cenderahati daripada bebudak junior. khas untuk akak akak dan abang abang senior. auwwww. terharu sangat. tQ semua adik adik. cantik hadiah ni. rasa nak makan. nasib baik dah kenyang mentekedarah makanan hotel. jarang jarang dapat rasa kan. dappppp. tapi tak selazat menu masakan set cina yang dihidang tika dinner hostel dulu. bergenang air mata sebab sedap sangat. dasat tak. bab makan pun emosi lebih tau. takk, kita emosi sebab kita bersyukur berpeluang merasa makanan yang sedap sedap. yummmmm.





bajet untuk bercantik cantik ke dinner tak ada. semua guna barang yang memang dah sedia ada. atas bawah. tak keluar satu sen pun. mekap mekap pun takda. huhu. ni pun just pakai lip balm kawan. supaya tak nampak pucat. huehue.





RETREAT



hah, ini pulak masa retreat. retreat tu satu aktiviti yang pihak sekolah buat untuk sesi kaunseling kelompok dengan bakal-bakal kaunselor. tujuannya untuk memberi pengamalan untuk kitorang menjadi ahli kelompok, yang dipimpin sendiri oleh pensyarah-pensyarah kitorang. sambil-sambil timba ilmu, dapat lah enjoy. yeahhh! bagi kitorang enjoy tu lah yang jadi matlamat utama ke kundasang. kekeke. i 1st time pegi kundasang masa tu. memang daripada dulu lagi berhajat ke tempat ni. nak bersejuk sejuk. tak dapat pegi oversea sini pun jadilah kan. salji je tak hade. 






tempat retreat ni di PUSAT LATIHAN DAKWAH KUNDASANG. sebelum ni plan nak pegi di kem bina negara, kat kundasang jugak. tapi memandangkan permohonan lambat diterima, maka terpaksalah bawa diri ke tempat lain. masa ni ramai yang merungut sebab terpaksa tambah kos. semua ada hikmah. tak dapat yang diinginkan, Allah bagi yang lebih baik lagi. so, pengalaman sini memang teramat best. paling best bila boleh nampak gunung kinabalu secara dekat dan jelas. fuhhh, hampir tiap masa kitorang bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung kinabalu. makanan pun sedapp. cuma banyak lalat jek. sebab berhampiran dengan pusat tu ada kebun sayur dengan baja organik. itu pasal lah. air tuk mandi macam air batu. nak cuci muka pun pikir dua kali. sejukkkkkk. but, seriously we had fun together. one day, jika ada rezeki. i wanna go there again =)




2 ulasan:

Fatimah Nabila berkata...

Nk g kundasang..xbrkesmptan lgi..hu3..

jA_ae(N) berkata...

mai la kundasang. best wohhh. macam tempat hanimun =p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...