Shoutbox






Rabu, 25 Februari 2015

Sebak

Allahu Allah,

Hari ni taktau kenapa sedih sangat.

bila terlihat dan terbaca semula email yang saya simpan

email perbualan saya dan dia di tempat kerja

Allah,

rasa sebak sangat,

mengalir air mata tanpa henti.

Allah, bahagianya kami dahulu.

besarnya impian dan angan kami untuk bersama

tapi akhirnya musnah dalam sekelip mata.

sungguh, kami tak berdaya menahan kekuasaanMu

Moga ada hikmah terselindung darinya.




Sabtu, 21 Februari 2015

GIFT

Assalamualaikum,

hujung minggu ni rasa rajin lak nak mengemas. sebelum ni mengemas gak. tapi sekadar kemas katil je la. Memang katil aku worst sikit kalau hari biasa. seram tengok.


dah nama pun mengemas, for sure banyak barang yang kita rasa dah tak wujud kat donia akan timbul balik. dialog wajib, "eh, kat sini rupanya kau." walhal sendiri tak ingat kat mana kita dah humban kan. short term memory as well. 


pastu aku jumpa my precious box. kotak yang tersimpan seribu kenangan selama 7 tahun bersama. tersenyum. aku buka dan teliti satu persatu.





tadaaa. hihi. ni gambaran dari atas. actually, banyak benda dalam tu. segala buku FIXI, earphone, hadiah yang dia bagi dari jogjakarta dan macam-macam lagi. far relationship kan. nak bagi hadiah terpaksa la pinjam tenaga abang posmen. dan macam-macam bentuk kotak jugak aku terima. ni antaranya. kotak hadiah, kotak poslaju, kotak kasut. eh eh, kotak limau gong xi fat choi pun hado. dia ni memang main bedal je tau. bila dia kata dia pakai kotak limau, serius tak percaya. yelah, kotak limau kan bermacam jenis. rupanya kotak tebal yang kalau humban dari tingkat paling atas twin tower pun tak hancur. memang tergelak kecil aku dibuatnya. abang.. abang. *gegeleng kepala*







haa, yang ni kotak pertama yang aku dapat daripada dia. hmm, seingat aku sekitar tahun 2010 or 2011. kotak ni aku punya. kiranya aku dulu la yang share barang kat dia kan. then dia bagi kotak ni semula. dalam hati masa tu, "haish, kedekutnya nak beli kotak." tapi takpe. most important isi dalamnya tak sama. memandangkan masa tu nak raya, dapat la angpau. yeyyyy. senyum sampai telinga. mujur tak koyak. happy sangat. first present from him. sebelum dia hantar, dia ada bagi hint nak bagi something like perfume. brand victoria secret. waduhh, tak sabar. siap gugel. apa ke benda la victoria secret tu kan. selama ni tak tau pun. hinsss. so bila buka, nampak la wangian yang dia maksudkan. wangi. bau bubble gum. rasa nak makan. tapi aku jarang pakai. bimbang kot kot puak karnivor keluar. dia ingat makanan. 


pastu ada sampul duit raya, dalamnya ada RM10. sampai sekarang aku tak guna. still kemas terletak dalam sampul. then mercun pop pop pop yang mana tahap bahayanya dalam 10%. tak main pun. tak reti. nak bagi orang sayang. dua kali lima jugak kedekut. last buku KOPI dan camera ANNA SUI. bagi aku pemberian dia sangat bermakna sebab barang-barang tu barang kepunyannya sendiri.  


BTW, barang yang paling best ialah my second gift. gift apa? just KLIK SINI. sebab gift tu buat aku terharu dan nangis macam bebudak. rindu sebenarnya. rindu sangat. perasaan tu mungkin sukar difahami orang lain. hanya kami yang merasakannya. hanya kami..










eh eh, hp zaman batu bila ni. hahh, hp ni banyak kenangan awal perkenalan aku dengan dia tau. dengan hp ni jugak aku selalu spend masa panjang bersama dia sampai kul 4 pagi. seronok. memandangkan masa tu aku selalu tinggal seorang, so bila dia ada, aku rasa macam.. ohh, aku ada kawan yang sentiasa ada untuk aku. tak rasa keseorangan pun kat rumah.


1st kenal dia masa tu aku guna hp nokia yang ada lampu suluh tu. nokia apa ntah. lupa. sekarang harga rm99 je kalau tak silap. memandangkan dia nak tengok rupa aku macam mana, dan aku pun nak tengok dia macam mana, aku pun beli la hp ni. ikut kemampuan. student lagi kan. tak mahal pun. camera pun tak best. tak kisah. most important boleh hantar gambar. aku send gambar tutup mulut. kan tengah trend masa tu. comel la kononnya. taknak orang nampak whole face. taknak orang nampak baik takyah send or uploadkan. isk isk. tapi aku buat macam tu sebab malu. im super duper innoncent tau dulu. hukhuk. malu nak tunjuk muka. bukan lawa sangat pun. aku send dengan harapan dia pun akan send la gambar dia. tapi hampeh. beberapa bulan tunggu baru dapat tengok. grrr.


bila lihat benda ni semua, aku jadi rindu nak pos barang kat dia. itu salah satu kemanisan hubungan kitorang. dalam setahun, mesti kitorang share barang. tak kisah la barang apa pun. actually, aku ada barang lagi nak bagi kat dia. kekadang bila nampak barang best, aku kan beli. bila dah penuh kotak, baru bagi. present tuk besdei dia last year pun ada. hmm. bukan rezeki.


banyak barang dia yang aku still guna pakai. contohnya jam dan baju. jam tu memang tiap kali pi kerja aku akan guna. baju jersi yang dia bagi aku selalu sarung kalau nak keluar. kasut and so on. walaupun dia kata, just sedekahkan je kat orang. maaf, im resist. aku akan simpan sampai bila-bila. sebab bagi aku, setiap pemberian dia tu tanda kasih sayangnya dalam bentuk material. and im really appreciated it. insya Allah, aku akan sedekahkan jika aku memang tak punya apa-apa lagi untuk disedekahkan.


rindu nak bagi dia cokelat. he really love it damn much. kekadang sampai merengek-rengek nak. walhal benda tu ada kat tempat dia jugak. but i know why he like that. hehe. alahai, comel je tengok karenah dia. but now.. i can't experience it anymore.. Allah..




Isnin, 2 Februari 2015

New Manager

Assalamualaikum

Rabu lepas aku rasa down giler. gara -gara hal kecil je kot. tapi besar bagi aku. my department sekarang ni dah ada new manager. Liew Kok Beng namanya. before this, masa tahu dia ni nak jadi manager baru kitorang, memang dah seriau. mana taknya. rata-rata kata dia ni strict, cerewet, garang, kedekut, and bla bla bla. so semua tu dah hadam dalam kepala. thats why bila jumpa dia je muka jadi panas semacam. panik. dari riak muka kemain senyum kan. macam takde hape. dalam hati Allah saja yang tahu. memang ramai jugaklah yang kalau boleh calonkan lah orang lain. tapi dah rezeki dia. dia jugak lah jadi manager. tahniah.

1st day dia jadi manager takde apa berlaku. belum ada sapa yang kena humban kerusi ofis lagi. but dah tau dia ni jenis teliti, and yes, his strict. and yes again, agak cerewet. so 1 day, dia ada tanya aku bab kerja yang aku buat. memandangkan dia baru, dia tanya la. tak paham kan. cuma dia tanya at a wrong time la for me. masa tu memang aku banyak keje. then bila dia tanya melulu macam terus jadi blank. and ntah apa yang keluar dari mulut aku pun aku tak tahu dah. for sure aku sendiri pun memang tak paham apa yang aku cakap. bila ingat semula memang rasa nak gelak. haha. damn! buat malu. bila dah tak dapat jawab dengan baik, rasa diri ni useless je. 1st, sebab tak dapat nak tolong dia dapat jawapan yang dia nak. 2nd, fikir yang aku dah bagi dia bad impression tentang diri aku. arghhh, terus rasa kecewa dengan diri sendiri.

balik tu, dah solat semua mengadu ngadu dengan Allah, aku rasa nak cite dengan dia. selama ni kalau ada apa-apa prob kan aku share dengan dia. because he always there for me. dan semestinya dia sentiasa dapat buat aku cool down. nak kol, bimbang dia tak angkat pulak. dah la aku still taktau nak pakai kata ganti diri yang mana. hmm. wechat je la. cite cite and cite, then dia pun cakap "aa dia pun nak belajar la tu".  Aik, betul jugak. ntah ntah manager baru aku tu tak marah pun. dia cuma nak tau je. mungkin ni jawapan yang Allah bagi. tapi melalui dia. alhamdulillah, rasa tenang sikit. tak banyak. sampai bawak ke mimpi. hahaha. kelakar betul. tak pernah-pernah aku mimpi pasal kerja. dalam mimpi tu memang tunjuk manager aku tu tak marah. ok, tu baru mimpi. realitinya tak tau lagi.

keesokkan harinya, aku buat kerja macam biasa. tapi still tak boleh benti pikir pasal hal semalam. petang tu pulak ada meeting. haishhh. kalau manager tu cite pasal aku tak dapat jawap, tak ke haru. but everthing going fine. bila dia masuk bilik meeting dengan senyuman, terus hati aku rasa sejuk. so sepanjang dalam meeting tu, Allah tunjuk aku gaya manager tu bekerja. apa yang manager nak. punctuality, dicipline, and so on. aku just kena ikut rentak dia je. and kena tau banyak perkara pasni.
so, thats my story about my new manager for 1st week. bila dah lama, lagi banyak nak cite la kan. huhu. hope everyday will gonna be fine.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...