the outcome. always unpredictable.
Rabu, 19 Oktober 2011
Khamis, 13 Oktober 2011
insomnia
Sabtu, 13 Ogos 2011
No W0NdEr la MaK i pUN tAK suKa Y0u..!!
Mendapat ilham menulis hasil pemerhatian terhadap sikap seorang jiran yang berjaya menggenangkan air mata di kelopak mata seorang ibu mertua ketika si menantu ini melarang anak-anaknya yang ketika itu bermain-main bersama nenek mereka. Bukan itu sahaja, si menantu ini juga berjaya membuatkan suaminya yang dulunya anak yang baik tapi kini mengecilkan hati seorang ibu. Syabas.
Kepada orang perempuan, saya nak berpesan lah khusus yang dah bersuami dan bakal bersuami.. tak usah lah nak sibuk jika suami nak berbuat jasa dengan ibu dia. dats y la mertua dengan menantu selalu ada masalah.. selalu tak ngam. Itu kerana ibu adalah ibu. Seorang ibu menganggap bila anaknya dah berkahwin, mereka seolah-olah akan kehilangan perhatian dan kasih sayang seorang anak. Yelah, bila berkahwin anak mempunyai keluarga sendiri. Tumpuan lebih untuk mengurus rumah tangga daripada memikirkan perihal ibu bapa. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Sesetengah ibu kadang-kadang akan terasa anak lelakinya lebih mengutamakan isteri berbanding ibu. Saya faham, ada ibu mertua yang tak berapa nak baik. Keras kepala. Keras hati. Kita dah buat baik bagai nak rak pun dia tetap nak cari kesalahan kita. Tetap tak suka kita. Tetap nak mencik kita. Tak mau ngaku menantu. I hate u. Po eber! Senang cerita macam si nyonya Mansoor dalam cerita Kassim Selamat. Mau tak sakit jiwa bermertuakan beliau. Sebab apa ibu mertua bersikap over gitu. Tak lain tak bukan sebab kasih seorang ibu terhadap anak. Sehingga timbul sikap pentingkan diri yang tak agak-agak. Sila jangan jadikan itu kunci untuk jadikan suami anda seorang anak derhaka. Sabarlah. Jangan sesekali kenal erti putus asa. Sakit memang sakit. Berat mata memandang berat lagi tuan empunya bahu yang memikul. Satu penderaan mental yang zalim. Bersabarlah dalam mengambil hati seorang ibu. Anggap ibu suami anda sebagai ibu sendiri. Treat beliau sebagaimana anda treat ibu anda. Anda dan ibu mertua kan sesama perempuan. Mesti tau punya cara-cara nak melembutkan ati yang sekeras gua batu tuh. Takda masalah yang takda jalan penyelesaian. Pasti ada.
Ingat, seorang anak lelaki walaupun dah berkahwin tanggungjawab dia terhadap ibu dan ayah dia tak lepas, tak selesai. Tak macam orang perempuan, bila dah bersuami tanggungjawab terhadap ibu dan ayah terlepas. Anak lelaki dia wajib terus bagi perhatian, ambil tahu, ambil kisah, buat budi, pelihara, jaga, tatang ibu bapa dia sepanjang hayat dia. meskipun dah berkahwin empat, anak sedozen.. tangunggjawab terhadap ibu ayah tetap ada.. tak akan lepas. Kesian ramai anak lelaki jadi anak derhaka, bukan dia nak derhaka, tapi sebab pengaruh isteri. So saya seru semua wanita termasuk lah saya sendiri, moga kita boleh jadi isteri yang taat kepada suami dan menantu yang baik kepada ibu dan ayah suami kita. Sebagai menantu, taraf anda anak juga, walaupun tak sehebat anak kandung, anak juga. Semoga anak lelaki anda juga akan berbuat begitu kepada anda setelah dia dewasa dan berkahwin kelak.
layan bidio ni.. tak suka? uhh, wateberrr.
“jadilah anak menantu, jangan jadi anak hantu”
Jumaat, 5 Ogos 2011
can't YOU accept ME for who I am?
sedikit lirik yang ku selitkan disini. nak full lirik cari sendirik.
so,meh kita sayang menyayang. tanpa mengira faktor fizikal dan material.Khamis, 4 Ogos 2011
nak kaya?? baca ni.



· Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.
Bukan kah doa itu senjata bagi orang2 mukmin. Tak akan pernah rugi bagi mereka yang sentiasa berdoa dan meminta-minta kepada tuhannya.
· Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah.
Bersedekah dengan ikhlas tanpa harap sebarang pulangan. Biarlah setakat ganjaran yang berlipat ganda daripada tuhan. kebaikan bukan tuk di balas. tp tuk diingati dan dihargai. tu dah cukup memadai.
· Jika masih ada ibu bapa berbuat baiklah kepada mereka.
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah jalan percuma yang Allah beri untuk hambanya mendapatkan tiket masuk syurga.
· Beristighfar banyak-banyak.
Beristighfar senantiasa bagi menghapus segala dosa-dosa kecil.
· Solat duha.
Solat duha di waktu pagi bagi membuka pintu rezki.
· Baca Surah al-Waqiah.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
· Beri makan haiwan.
seorang blogger mengatakan beliau memilih utk mengasihi haiwan kerana hatinya bertambah tenang, gembira, dan rezki yang tidak putus2.
· Jangan menyeksa binatang.
hatta babi dan anjing sekalipun kita dilarang oleh agama untuk menderanya. so pikirlah sendiri.
· Jaga silaturahim.
(peliharalah) hubungan silaturrahim, maka Allah akan memelihara kamu.. termasuklah pintu rezki kamu.
· Bayar zakat.
zakat adalah pembersih harta. sudah banyak pengakuan orang yang setelah membayar zakat, mereka malah mendapat kemudahan rezki. ha,apa lagi. sile2 bayar zakat. jangan dekut.
· Buat baik dan tolong orang yang lemah.
tolong orang yang memerlukan bantuan.. pasti mereka membalasnya dengan kalungan doa. doa yang paling fofular oleh orang2 yang mendapat bantuan.."moga Allah murahkan rezeki kamu". ha,doa free. taknak ker?
· Tunaikan hajat orang.
tunaikan hajat orang.. insya Allah, Allah akan memudahkan hajat dan urusan kita termasuklah kemudahan rezki.
Isnin, 1 Ogos 2011
my super duper skincare
* berbaloi gak le labur duit tuk beli barang2 kat bawah ni semua. dibeli secara online. moh i share kat uols barang apa yang i guna sebagai rutin kebelakangan nih. zasssss..!!!








