Shoutbox






Sabtu, 11 Mei 2013

pissed off again





assalamualaikum korang?

how ar u duin?



entry kali ni agak singkat. just nak express my feeling about what happened pagi tadi. 


ok, hari ni sabtu. sepatutnya tika itu i bangun lambat around jan 10-11. but i should woke up early in the morning. ada program perkongsian ilmu SPADA bersama pelajar tahun akhir psikologi kaunseling. me la tuh. wohoooo. dah tahun akhir beb. 


wait, taktau SPADA tu apa? alright, secara ringkasnya lah kan. SPADA ialah ringkasan untuk Special Programme for Alcohol and Drug Abuse. merupakan satu satunya sarjana kaunseling yang ditawarkan kepada kakitangan JPA, KKM, KPM dan lain lainnya. apa yang i tahu, aktiviti yang dijalankan program ni sangat aktif dan mencabar. yang seronoknya boleh travel ke negara luar. agak menarik bukan. berminat? sila KLIK SINI


dipendekkan cerita lah, sewaktu program tu berlangsung.. my tutor, salah seorang daripada pelajar SPADA tu ada menunjukkan contoh laporan dan kajian kes yang dia buat semasa menjadi student internship di UMS dulu. so, dia pass lah kat kitorang. suruh sorang demi sorang lihat. dia ada mention, jangan snap laporan tuh. kan hak persendirian kan. bimbang jatuh ke tangan ramai student karang semua pakat tiru bulat-bulat. so usaha, kreativiti dan inisiatif tu tak akan ada. 


dipendekkan cerita lagi, ada lah seorang hamba Allah yang bertuah tu.. bukan main lama lagi tengok buku laporan. kitorang dah jadi hilang sabar tunggu turn. rupanya diorang snap. aduhhh. ini lah orang tak reti bahasa. dah larang tapi buat jugak. betul ke budak dua ekor ni classmate aku, from kos kaunseling? kitorang kat belakang dah panggil panggil suruh cepat, jangan snap. dia buat tak tau buat tak dengar. Allah bagi betul betul tak dengar sepanjang hayat baru padan muka. so selfish!


teringat ada kawan pernah cerita, dua budak ni memadam nama student untuk pendaftaran tutorial dulu. disebabkan taknak masuk kelas tutorial awal pagi, diorang padam nama student dalam list tengah hari yang dah penuh. mula-mula taknak percaya, tak tengok depan mata sendiri kan. but, from what i had saw today, memang betul betul lah tu. dengan attitude yang macam ni tak berkat ilmu yang diorang dapat.


apalah makna hidup ini jika tidak tahu bersyukur? tidak tahu erti jujur? muhasabah teman, hidup ini tidak lama.


eh, terpanjang pulak. kata ringkas. hoho. maaf. itu sahaja.



review cerita 9.9.81

assalamualaikum =)

apa khabar readers?

harini i nak buat review filem. jom?



haritu sebenarnya just nak teman kawan jalan ke 1B beli barang. banyak barang dah habis. so i pun ambik peluang ni nak beli barang jugak. nak rembat sekali teh hijau. kehkehkeh. ingat nak ajak dia karoke. gian nak menyanyi. siap praktis vokal dalam bilik sebelum keluar. ahakahak. time majlis abang i kahwin aritu takda peluang nak menyanyi kan. kena jaga mama yang tengah sakit. itu lebih penting. kewajipan seorang anak.


i tak tanya lagi sama ada dia sudi ke tidak. tapi sebelum sempat i bertanya, dia dah cerita dulu pasal tadi kawan dia ada ajak dia karoke jugak. tapi dia taknak. letih kot. dengan pantas otak i berkata "cancelllllllllllllllllll". terus terang i agak upset jugak. keinginan terputus di tengah jalan. sebelum beli barang kitorang singgah makan. lapar gila. just makan sandwich. tak cukup untuk perutku yang semakin lama semakin meluas spacenya. hukhukhuk. 


tengah makan tu kawan kata nak tengok wayang. tapi macam tak sure lagi nak pegi ke tak. tengok keadaan dia macam tu, sepantas kilat i beri respon. sebelum dia ubah fikiran. "saya nakkkkkk" siap bagi signal. "saya ok saja. kalau ajak pegi karoke pun saya ok" auwwwww. motif agar dipertimbangkan lah cadangan nak pegi karoke tu kan kan. then dia respon "hmmm,tengok lah cerita apa best nanti". ok, itu menandakan dia lebih berkeinginan untuk menengok wayang. but honestly, i tak kesah pun. i pun memang dah lama tak tengok wayang. kalau sem 1 dulu.. pehhhhh, hampir tiap minggu. asal keluar tengok wayang. asal keluar tengok wayang. dasat memang dasat. duit pun keluar dengan dasatnya. hoho. 


see, i dah melalut. enough! lihat entryyyyy. back to the topik =p







ini lah cerita yang i dengan member tengok. kitorang menghabiskan masa sekitar 10minit tuk memilih filem apa nak layan. malang bagi kitorang takda cerita katun yang keluar masa tuh. cerita kelakar pun tak hade. so apa yang hade? cerita aksi, tapi macam tak best. selain cerita ni, pilihan kedua adalah ironman 3. the problem is kitorang belum pernah layan ironman 1 dan 2. bimbang tak berapa nak paham lak. so nak taknak pilih cerita yang maha seram nih. tengok poster pun dah gerun. meremang aku. tapi bukan poster ni yang ditayangkan kat papan kenyataan pawagam tuh. bawah nih.






arghhh.. maunya tak pikir dua empat kali. tengoklah poster tuh. pandangan macam nak terkam orang jer tau. SCARYYYYY! pastuh based on true story. fikir lagi lima enam kali.


tapi memandangkan takda choice lain, terpaksalah. untuk menyedapkan hati, kononnya filem ni filem seram china. mana kitorang tau? tuhhhh, tengok poster atas. ada tulisan china kan. fikiran stereotype kitorang mengatakan filem ni tak seram mana. hantu china mana seram. tak boleh saing dengan hantu siam. ohohoho. tak seram tak seram. jum tengokkkkk!!! RAHWWWRRRR!! ok tiba tiba nak semangat lebih. motip?


so, sambil tunggu filem ni mula, kitorang beli barang kejap. selesai kitorang teruskan nawaitu menengok filem seram ni. alangkah terperanjatnya kitorang bahawasanya filem ini bukan filem china? tapi filem thailand? damn punya poster. apahal kau bubuh tulisan china hahhh! siuttt.


nasib baik jugak kitorang pilih tempat duduk paling belakang. bahagian paling hujung. dekat dengan pintu. senang nak lari. dedua penakut. kahh!


secara keseluruhan, filem ni boleh tahan. yeppp, boleh tahan seramnya. still tak boleh lawan coming soon. filem tu memang gila. setakat ni takda yang dapat celen lagi. untuk filem ni.. yewhhhh. agak berjaya membuatkan i menutup mata hampir semua babak. hakhakhak. permulaan cerita agak porno sikit. sikit jerlah. ada adegan budak melancap. then dengar orang yang duduk sebelah kanan i asyik membaca jampi serapah  "eiii, disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting" berulang ulang. persis macam baca mantera uols. kalau jijik tutup mata tutup telinga. takyah tengok. bukan dia tunjuk pun. kemonlah kemon. 


sedikit sinopsis, cerita ni bermula apabila seorang wanita (heroin merangkap hantu) membunuh diri bila dapat tahu kekasihnya mati. perempuan ni cantik tapi ada mental problem. ada sembilan watak dan babak yang berbeza di mana ia saling berkaitan dengan kematian hantu tuh. ok, done.


so kalau nak layan genre seram. sudi sudilah pilih cerita yg awesome ni ea. =)



Jumaat, 3 Mei 2013

pengantin baru PART II





assalamualaikum sayangness

holasssss

anda sehat? saya sehat? semua sehat?


ok,sila berhenti. macam dr fadzilah kamsah dah (betul tak ejaan nama beliau ni). now nak sambung cerita pasal tragedi majlis perkahwinan abang i. PART II uols. tak pernah pernah dalam sejarah pembelogan i ada PART II. kehkehkeh. cerita panjang sangat. haruslah ada PART II. lenguh si jemari ni taip. lepas 3 hari baru ada nawaitu nak sambung. bertuah kan? i memang pemalas. admit.


hehehehe =)


hah, cerita semasa kat rumah pengantin perempuan kan. lama jugak kitorang tunggu mak ayah pengantin perempuan keluar. ajak bergambar bersama dengan pengantin. abah dah banyak kali tanya bila nak balik. nak kencing. adohhhhh. masa tu jugaklah abah nak kencing tau. bukannya nak kencing kat rumah pengantin perempuan tu jer. i pun naik risau. mesti kencing abah dah kat hujung hujung. seksa tahan. hakhakhak. so i pun tanya akak. how?? akak kata tunggu jer. nanti apa pihak perempuan kata. nanti ingat kitorang tak suka diorang lak kalau balik  awal.


dengan berat hati, i kata lah kat abah. "akak suruh tunggu jap. kita bergambar dulu. baru balik. abah sabar" tengok muka abah dah kelat. mungkin dah betul betul tak tahan. kesian. 15minit tunggu, mak ayah pengantin perempuan pun keluar. alhamdulillah bagi pihak abah. hihi. tapi ada yang pelik. mak pengantin perempuan menangis. alololoh, mesti sedih sangat tengok anak dia dah jadi milik orang kan. 


i tengok dia peluk untie. peluk akak. then peluk i. mulut dia asyik kata "maaf maaf maaf" airmata semakin mencurah mencurah. i mula lah empati. bila turn i peluk, i peluk erat-erat. hope boleh menenangkan dia dan sebagai tanda sokongan. macam macam yang ada difikiran. mungkin dia minta maaf sebab tak boleh kawal rasa sedih dia kot. err, entahlah.


selesai bergambar, i berdiri sebelah adik bongsu pengantin perempuan. nama dia yayang. yayang lah yang cerita segala perkara dengan i dan akak. dia kata katering yang ditempah tak datang pagi tadi. jemputan pukul 7. awal gila. tapi katering tak datang. bila ditelefon, pihak katering hengat majlis tu hari esok. Allahuakhbar. bala bala. patutlah mak pengantin perempuan menangis macam mati laki. yayang kata mak dia dekat nak pitam. dah tu, kena masak sendiri pulak. tetamu yang dijemput terpaksa menunggu. cuba uols bayangkan. 


so sad kan =(


malamnya kitorang buat majlis khatam alQuran. sikit lagi lagi nak berakhir. wohooooooo!! i lah paling semangat buat keja. for the last bebehssssss. keja dah siap semua. tinggal nak mandi je lagi. tup tup, pihak pengantin perempuan dah datang. aikkkkkk.. bukan lepas isyak ke? baru 5minit lepas azan berkumandang. dah sampai? cepatnya solat? kan ayah dia tabligh? sedangkan imam masijd kampung pun solat dulu baru datang majlis. punya lah i thought macam macam kan. biasa orang perempuan. ahakhak. so i terus naik atas mandi. nasib baik abah dah siap mandi semua. akak pun sama.


selesai mandi, dah bersiap tanpa mekap terus turun bawah. hmm, ramai. tapi pelik, rombongan lelakinya manaaaaaa?? semua perempuan. imam yang ketuai majlis khatam alQuran pun hairan. dipendekkan cerita, jam 11 lebih kurang, turn i, akak dengan kazen-kazen bergambar sakan. semestinya dengan pengantin. mak abah, untie dan uncle pun tak terkecuali. pastu bergambar atas katil pengantin lak. kitorang taklah. pengantin jer. kikikiki. asyik bergambar hp kak ipar berdering. i tak ikuti perbualan dia. i terus keluar layan bebudak. then tengok mama keluar bilik abang i. tengok muka macam ada berita mutakhir. rupanya mak kak ipar dah masuk wad kecemasan. ujian lagi. sapa suka kan bila tengah gembira pastu dapat news mak masuk hospital? sapa? sapa suka? hoh


bergegas abang dan kak ipar keluar pegi hospital. tengok mata kak ipar pun dah merah merah. mama dan akak ikut sama. i tinggal dengan abah. nak ikut tapi kesian pulak abah mengemas rumah sorang. sejam macam tu, diorang balik. mama pun cerita, mak kak ipar i tu kena darah tinggi. tinggi sangat. hampir stroke. mulut dah kebas. oh tidakk. syukur tak apa-apa. kat sana yayang ada cerita lagi tentang situasi sebenar yang melanda keluarga diorang. rupanya keluarga belah laki dia semua put blame atas mak dia. kononya, keluarga belah laki dia nak masak sendiri. tapi mak kak ipar nak order katering. mungkin taknak menyusahkan. so bila dah jadi macam ni, semua salahkan mak kak ipar. dah lah hampir pitam katering tak datang. kena salahkan pulak. maunya tak kena darah tinggi. tekanan tahap maksima.


mama pernah bagitau dulu, mak kak ipar cerita dengan mama yang keluarga belah laki dia tak sukakan dia. sebab apa itu i taktau. kesian memang kesian. dah lah dia mualaf. takda saudara mara langsung kat labuan. takda tempat mengadu. yang paling sedih lah kan, laki dia paling teruk marahkan dia. laki dia tak hantar pun bini dia tu pegi hospital. yayang kata ayah dia malu sebab dia bawa banyak jemaah datang. padahal laki dia tak banyak tolong pun urusan majlis perkahwinan. sibuk dengan urusan masjid. uncle kata, orang tabligh sebilangannya, bukan semua memang macam tu. lebih utamakan jemaah dia berbanding keluarga. 


hmm, macam-macam kan. sabar je lah. nak cerita lebih lanjut bimbang salah. apa yang pelik pasal katering tu, diorang ada komfemkan pada hari jumaat, sehari sebelum majlis berlangsung. masakan lupa? macam ada unsur sabotaj lak. tapi kalau unsur sabotaj oleh keluarga belah laki dia tu, takkan dorang sanggup bersusah payah masak sendiri pada last minit di majlis perkahwinan? but seriously masakan diorang sangat sedap. mabeles. WOWWW. hanya Allah maha tahu. sesuatu perkara takkan terjadi tanpa izinNya. redha jer lah. syukur kitorang tak jadi hal-hal macam tu. ujian tu sangat berat untuk mama yang ada masalah jantung. terimakasih Allah. sungguh Engkau maha pengasih dan penyayang =)




selamat pengantin baru!!!!! =)




Khamis, 2 Mei 2013

D-TOX



assalamualaikum my dearness

sihat hari ni?

heeee =)



ada orang persoalkan y i suka guna gambar kucing dalam belog. FYI soalan tu memang i dah expect dari zaman pak belalang lagi. for sure orang akan soal. eventhough i dah boleh agak, tapi still i takda jawapan terbaik. jawapan terbaik? oh,tolonglah. ini bukan exam paper nak jawapan terbaik bagai. just jawap ikut naluri hati. i suka kucing. thats it. simply answer.

lately, i memang perasan kulit i memutih. walaupun taklah sparkling macam edward cullen dalam twilight tuh. maybe perkataan putih tak berapa sesuai. cerah. yesss, cerah lebih sesuai bukan. hik. namun, diriku tetap berduka kerana walaupun dah cerah kan kan.. tapi bila tiba period, pimples ni suka menempek kat muka. cissss. nak hilangkan parut satu hal. 

nak dipendekkan cerita, one day i main gugel. terserempak dengan artikel pasal usus kotor. bawah ni antaranya lah. take a look. manatau korang pun ada.


•Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
•Sembelit atau cirit-birit yang kerap
•Masalah-masalah kulit-jerawat, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
•Kuku dan rambut yang rapuh
•Sering sakit kepala
•Sakit leher , bahu , sendi dan otot
•Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
•Imsomnia –masalah tidur
•Meradang dan kemurungan
•Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
•Berat badan dan pembendungan air dalam badan (perut buncit)
•Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap


ok,tanda-tanda kat atas ni i tengah alami sekarang. OH MY ALLAH. usus i kotorrrrrrrrrrrrrrrr. especially bab sakit kepala dan perut buncit. AHAKAHAK. sepantas kilat i cari mana-mana produk or makanan yang boleh cuci usus. orang kata kalau beli supplement berkualiti tinggi pun kalau usus kita kotor, tetap tak beri kesan. ada pun lambat sangat. whatsss?? damn.



now pun tengah ada masalah kesukaran nak buang cik Ta. cik Ta ni bukanlah degil sangat nak berhijrah. dalam sehari tu ada. tapi tak keluar habis. sekerat sekerat. sangat lah tak puas. dah lah lama duduk dalam bilik air. lenguh kaki mencangkung. bila dah selesai mesti kaki cramp. terpaksalah tak bergerak untuk beberapa minit. kihkihkih.


tapi bobet kata kena tukar diet. i ingat nak beli teh detox tuh. ada kat watson. kawan pun ada cadangkan beli psyllium husk. sangat berkesan katanyaaaa. ohhhh, hmm. actually memang cara pemakanan seharian i tak tentu. tak sihat pun. sebab selalu tak makan sayur. HUAHUAHUA. lepas ni kena makan sayur lah kan. or buah ker. ngeeeheee.



Selasa, 30 April 2013

pengantin baru


assalamualaikum semua

yoshhhh!





alhamdulillah, majlis perkahwinan dah selesaii. weeeee. apa? siapa kahwin? me lahhh. kehkehkeh. perasan. lama lagi tau. (haish,kenapa lama sangat niii) my turn will be next. for sure. uols sabar jer k. yang kahwin baru- baru ni adalah abang i. yewhhh. dia dah kahwin. so sekarang family member i dah bertambah. seronok? itu dah tentu. suka? itu dah pasti.


sempena kahwin abg i ni, i terpaksa lah balik kan. walaupun tak dapat nak tolong lebih awal. ye lah, untie dah ada untuk tolong mama mana yang patut. anak dara dia pun ramai. so i just let them worked without me. hik. lagipun i study kan. mana boleh sesuka hati nak cuti. dah lah i sepatutnya pergi midterm sabtu lepas. syukurlah pensyarah tu faham. moga Allah murahkan rezeki pensyarah yang baik hati itu.


puan habibie.. terima kasih tau. sayang puan. =)


to be honest, untuk majlis perkahwinan tu, for the 1st time for my family, ianya sesuatu yang agak sukar. sukar sebab my mama tak berapa sehat. heart problem pulak tu. such a worried situation. thats why lah kitorang taknak masak sendiri. order catering. bayaran mahal itu tolak tepi. yang penting mama tak pitam nanti. tapi itulah orang kata kan.. kita merancang, Allah yang menentukan. selepas akad nikah mama sakit jugak. dah lah esoknya ada majlis persandingan. semua orang risau.


bukan apa, mama tu selalu push diri dia. dia boleh jer biar kitorang buat, tapi dia nak buat sendiri jugak. lagipun masa tu mama memang dah penat sangat. kitorang dah selalu ajak mama duduk rehat, bukan dengar. haihh. then, masa majlis tu banyak berlaku pembaziran.


seriously!


sangat membazir. abah memang pantang tengok benda membazir ni. especially makanan. tapi tak boleh nak buat apa. terima jer lah. syukur abah boleh datang teman mama. abah je boleh tahan mama buat something yang ridiculous. kalau tak, lagi banyak mama masak, lagi banyak jugaklah pembaziran berlaku.


esoknya, majlis persandingan. okehhh, tak lama lagi nak berakhir. mood memang dah rosak habis. tapi still can enjoy the moment jadi penyambut tetamu yang berjaya. auwwww. sepatutnya, jam 12 lebih dah kena get ready untuk pergi ke rumah pengantin perempuan. then sebelum tu ingat boleh lah take picture kejap kan. tapi masih ada tetamu yang datang makan. tunggu punya tunggu, jam dah menunjukkan pukul 12.30. dah agak lewat sikit. tiba-tiba semua rushing. tak keruan. uncle pun dah mula moody.


sesampai di sana, takda orang yang sambut. kitorang terpinga-pinga macam orang bodoh.  pengantin perempuan pulak yang keluar sambut rombongan.  aik, apa ni? then mak pengantin perempan pulak menyusul. mata dia merah-merah. ok,what happen? curioussssssssssssss!


hanya seorang dua saja yang menjemput kitorang makan. yang lain just tengok kitorang macam makhluk dari planet zuhal. untuk sesi bergambar dengan pengantin pulak, kitorang yang mulakan dulu. then ajak family dua pengantin ni bergambar bersama. di sinilah tau cerita sebenar.


nak tau?
nanti sambung eh. tuan punya belog dah malas taip. ahakhak!



Isnin, 29 April 2013

sepinya belog





assalamualaikum.

ahli syurga..

hihihi...



aminnn. pufffffff, lama gila tak hapdate belog ni. ya Allah, pemalasnya aku. dekat dua bulan. penuh sawang lelabah. haihhhh. insya Allah, lepas ni berusaha untuk mengaktifkan semula menulis entry yang mungkin entah apa apa.. tapi yang pasti berkenaan kehidupan seharian seorang individu normal.

itu sahaja



sekian




Selasa, 5 Februari 2013

krazee EX muncul semula

Assalamualaikum

yeahh. aku berjaya pujuk diri untuk update lagi. tahniah mija. clap clap clap. what a boring holiday. duduk terperuk kat rumah for whole days. btw, aku akan lebih lebih bersyukur bila mengenangkan waktu waktu aku berperang dengan assignment dan exam. i think this holiday sangat bagus untuk charge otak dan tubuh. alhamdulillah.








entry tak boleh tahan kan?? tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia muncul kembali. hati nie tertanya-tanya la kan. kenapa dia muncul semula? 


lately my ex disturbed my life. asyik mesej and call me. sangat  annoying. ya Allah. aku tak tahu apa mimpi dia contact aku semula. hendak dijadikan cerita, ada nombor yang tak dikenali mengetuk ngetuk hp ni meminta tuan punya hp angkat. dengar suara lelaki. tanya siapa tak bagitahu. eh, main-main pulak. terus aku letak. kau ingat aku ada masa nak layan orang poeber alone ker. 


tak sampai 20saat lepas tu, ada mesej masuk. bagitahu dia siapa. ohhhh... ok. dalam hati Tuhan saja yang tahu. terus aku ignore. dia suruh jawap call tetapi aku tak layan. entah apa urusan taktau. yang penting aku taknak jawab.. taknak layan.. taknak berhubungan.


untuk beberapa hari, dia still tak putus asa. kekadang macam gila pun ada. orang tak layan pun still mesej jugak. borak sendiri. dia sedang buat itu buat ini. ada aku kesahhhh. hohh. aku tau dia saja nak pancing. nak aku balas mesej dia. sekali dua ada jugak aku reply. kesian kan. tapi sepatah dua aje lah aku jawab. padan muka.


dan baru baru ni, dia suruh aku jawab call. ada benda nak cerita katanya. but i still dont wanna pick up his call. sebab aku tahu aku lemah. so aku biarkan. lepas beberapa panggilan, i think dia bengang. sebab dia mencarut. bila aku baca mesej dia yang macam tu, im just senyum sinis. syukur aku dah buat keputusan yang terbaik dulu. hope sangat dia tak ganggu lagi and get a better life.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...