Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Khamis, 29 Disember 2011

korban ibu korban bapa


sengaja buat entry ni sebab sekarang saya sangat merindui abah dan mama.. uhh uhh..


teringat tentang aktiviti pada sesi kaunseling yang saya lakukan 2 minggu lepas, mengingati pengorbanan ibu dan pengorbanan bapa. sengaja saya pisahkan sebab pengorbanan ibu bapa tak sama tapi tujuan mereka serupa. normal jika sentuh pasal ibu bapa, pasti ada yang menitiskan air mata. itu sudah dapat dijangka. memang itu motif aktiviti tu dilakukan, sambil mendengar, kaunselor fokus kepada reaksi dan bahasa tubuh klien. cerita yang berbeza, namun punya pengertian yang sama. apa yang saya dapat? banyak. nak kongsi? jangan harap. malas nak taip. *kes derita siapkan assignment. hinssss.





now, kita yang memegang peranan sebagai seorang anak.. mari renungkan apa yang diperkatakan ini sambil membayangkan wajah ibu ayah kita. bagi student yang belajar jauh seperti saya *jauh la sangat* , senang la ckit. sebab kerinduan mereka terhadap ibu bapa di tahap maksima. apa lagi yang tak pernah berjauhan. tapi bagi student yang memang nak lari daripada kongkongan ibu bapa. tu saya tak tau nak cakap apa la. buat masa sekarang ni, mungkin mereka gembira dah bebas, tapi saya percaya akan tiba masa di mana mereka memerlukan keprihatinan dan kasih sayang ibu dan ayah.





semua pun tahu, setiap ibu bapa di dunia ni sanggup lakukan apa saja untuk melihat anaknya cemerlang. mama saya selalu kata, membesarkan kami, menyekolahkan kami adalah satu pelaburan. mean, mama mahu usaha dan pengorbanan dia selama ni berbaloi. bila kita lihat di luar sana, ada ibu bapa yang sanggup tak makan asalkan anaknya makan. ada ibu bapa yang sanggup tak bertukar baju asalkan anak ada pakaian baru. kasihnya ibu dan ayah pada anak masing-masing sampaikan bila anak kena dakwa di mahkamah, tak ada orang lain yang sanggup mengaku kawan, mengaku sedara, tapi emak dan ayah tetap mengaku itu anak mereka. emak dan ayah hadir pada setiap hari perbicaraan.




itulah hebatnya ibu bapa atau biasa juga orang panggil mummy daddy, father mother, papa mama, umi walid dan segala macam lagi. apabila ibu bapa dah melakukan semuanya yang baik-baik untuk kebaikan anak, tapi anak masih nak pilih jalan yang tak baik, tu bukan salah ibu bapa sangat. kesnya samalah macam isteri. semua kesalahan isteri tertanggung atas bahu suami. tapi setelah dia mengajar, membimbing, menasihati, dan memerintah isterinya melakukan sesuatu yang baik, masih nak degil jugak, tu adalah urusan isteri. Tanggung sendirilah. ramai remaja mati di 'jalan yang lurus', itu pilihan dia. bukannya ibu bapa tak pernah beritahu, jangan bawa motor laju-laju, tapi pantang nampak jalan lurus, hahh! matilah di 'jalan yang lurus'.




so,berbaktilah anda kepada ibu bapa selagi mereka ada.. yang dah tak ada, sedekahkan lah mereka dengan ribuan doa.. moga anak-anak anda kelak juga berbuat perkara yang sama. ramai anak yang bila ditanya, apa perkara yang paling mereka sesali. jawapan? putuskan awek? bukan. tak belajar bagus-bagus? bukan. tak ambik duit rm1 juta yang tercicir di tepi jalan? bukan. jadi model kolam renang majalah mangga? bukan. jawapan adalah tak sempat berbakti dan membalas jasa ibu bapa ketika masih hidup.



layan bidio di bawah..





p/s: copp.. coppp.. sedikit tips tuk mereka yang tengah nak menghadapi final exam macam saya, sebelum tiba hari menjawab paper pertama, kol mak ayah. minta ampun minta maaf, minta halal makan minum dan mohon doa mereka untuk berjaya. insya Allah, lapang dada kita ketika menjawab setiap soalan exam. satu persatu keluar jawapan. pehh,dasat tuh. bagi yang baca buku lar. tak caya? cuba. wish uols the best! yeah.




Selasa, 14 Disember 2010

camat ari ulang tahun!!





14hb dis... tarikh mama diteran kuar oleh nenek aku. epi besdeii mama!!! sori,tahun ni adiah lambat nak bagi. mesti mama ingat aku takda adiah nak bagi. No.. No... No.. mesti ada punya la. sengaja plan lambat bagi. bagi mama tak aspect dapat adiah dari anak bongsu dia tahun ni. kekekeke.. hmm,ingat nak beli mama dompet la. cian, tahap darurat dah dompet mama aku yang sekarang ni. anyway, ija sayang mama sampai bila-bila. mmuuaaahhhhhh!!! nanti ija beli adiah yang lebih grand bila dah kerja nanti okeyyyy!

Selasa, 30 Jun 2009

when you're gone




Baru hari ni akak aku balik, aku dah mula rindu dah. alahai… asal la dia cuti lama2. Kalo kejap takde la berat aku nak lepaskan. Hilang teman aku nak bercerita.. teman aku tengok tv… teman aku gosip2.. teman aku bertepuk tampar… takde la teman yg nak tolong bukak pintu bila balik sekola… teman aku tido… sobs sobs… papai mai bestfren. Muge cepat abes blaja.. tak sabar merasa gaji pertama dia. muhahaha! miss u sis.

Rabu, 10 Jun 2009

tentang bro

Tiap kali abg aku balik, aku mesti nak tau apa perkembangan terbarunya. Like who his new gf. Mari sama2 kita terjah! Yah! Erk,tak payah kut. Sebab hp dia tinggal kat atas meja. Dia lupa bawa pi praktikal. Heh! (kuar tanduk bercabang) mari kita jalankan siasatan ala2 CSI. Lets begin! 1st tgk inbox dia… tgk…tgk…tgk.. huh,empty?? Tgk sent item pulak. Empty gak? cis! mcm tau je. Tgk pi gallery gambar. Ha!! Dapat dah! Fulawehh, cun woh. Mcm heliza af je aku tgk. Tau la dia minat sgt dak heliza tu. Sampai cari awek pun muka ala dia. Gf abg aku yg dulu seksi je aku tgk. Bodi mantop. Yg ni pakai tudung. Elok le tu. Sweet jek. Apa pun, misi berjaya. Mission accomplish.




gambo masa competition band kat kuitho..battle of the band ke x silap. ape2 je ah.

p/s: abg ada ati nk jd retis underground... retis bawah tanah. hahaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...