teringat tentang aktiviti pada sesi kaunseling yang saya lakukan 2 minggu lepas, mengingati pengorbanan ibu dan pengorbanan bapa. sengaja saya pisahkan sebab pengorbanan ibu bapa tak sama tapi tujuan mereka serupa. normal jika sentuh pasal ibu bapa, pasti ada yang menitiskan air mata. itu sudah dapat dijangka. memang itu motif aktiviti tu dilakukan, sambil mendengar, kaunselor fokus kepada reaksi dan bahasa tubuh klien. cerita yang berbeza, namun punya pengertian yang sama. apa yang saya dapat? banyak. nak kongsi? jangan harap. malas nak taip. *kes derita siapkan assignment. hinssss.
now, kita yang memegang peranan sebagai seorang anak.. mari renungkan apa yang diperkatakan ini sambil membayangkan wajah ibu ayah kita. bagi student yang belajar jauh seperti saya *jauh la sangat* , senang la ckit. sebab kerinduan mereka terhadap ibu bapa di tahap maksima. apa lagi yang tak pernah berjauhan. tapi bagi student yang memang nak lari daripada kongkongan ibu bapa. tu saya tak tau nak cakap apa la. buat masa sekarang ni, mungkin mereka gembira dah bebas, tapi saya percaya akan tiba masa di mana mereka memerlukan keprihatinan dan kasih sayang ibu dan ayah.
semua pun tahu, setiap ibu bapa di dunia ni sanggup lakukan apa saja untuk melihat anaknya cemerlang. mama saya selalu kata, membesarkan kami, menyekolahkan kami adalah satu pelaburan. mean, mama mahu usaha dan pengorbanan dia selama ni berbaloi. bila kita lihat di luar sana, ada ibu bapa yang sanggup tak makan asalkan anaknya makan. ada ibu bapa yang sanggup tak bertukar baju asalkan anak ada pakaian baru. kasihnya ibu dan ayah pada anak masing-masing sampaikan bila anak kena dakwa di mahkamah, tak ada orang lain yang sanggup mengaku kawan, mengaku sedara, tapi emak dan ayah tetap mengaku itu anak mereka. emak dan ayah hadir pada setiap hari perbicaraan.
itulah hebatnya ibu bapa atau biasa juga orang panggil mummy daddy, father mother, papa mama, umi walid dan segala macam lagi. apabila ibu bapa dah melakukan semuanya yang baik-baik untuk kebaikan anak, tapi anak masih nak pilih jalan yang tak baik, tu bukan salah ibu bapa sangat. kesnya samalah macam isteri. semua kesalahan isteri tertanggung atas bahu suami. tapi setelah dia mengajar, membimbing, menasihati, dan memerintah isterinya melakukan sesuatu yang baik, masih nak degil jugak, tu adalah urusan isteri. Tanggung sendirilah. ramai remaja mati di 'jalan yang lurus', itu pilihan dia. bukannya ibu bapa tak pernah beritahu, jangan bawa motor laju-laju, tapi pantang nampak jalan lurus, hahh! matilah di 'jalan yang lurus'.
so,berbaktilah anda kepada ibu bapa selagi mereka ada.. yang dah tak ada, sedekahkan lah mereka dengan ribuan doa.. moga anak-anak anda kelak juga berbuat perkara yang sama. ramai anak yang bila ditanya, apa perkara yang paling mereka sesali. jawapan? putuskan awek? bukan. tak belajar bagus-bagus? bukan. tak ambik duit rm1 juta yang tercicir di tepi jalan? bukan. jadi model kolam renang majalah mangga? bukan. jawapan adalah tak sempat berbakti dan membalas jasa ibu bapa ketika masih hidup.
layan bidio di bawah..
p/s: copp.. coppp.. sedikit tips tuk mereka yang tengah nak menghadapi final exam macam saya, sebelum tiba hari menjawab paper pertama, kol mak ayah. minta ampun minta maaf, minta halal makan minum dan mohon doa mereka untuk berjaya. insya Allah, lapang dada kita ketika menjawab setiap soalan exam. satu persatu keluar jawapan. pehh,dasat tuh. bagi yang baca buku lar. tak caya? cuba. wish uols the best! yeah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan