Shoutbox






Isnin, 19 Disember 2011

selamat datang ke ZOMBIJAYA


sabtu lepas, singgah hariss (kedai buku) ushar novel FIKSYEN 302. jenguk rak tuh, jenguk rak ni, depan belakang tepi kanan.. hahhh???? tak hade? makna blom sampai sabah. arhhhhhhh! aku perasssss. aku terai tengok buku RAM yang lain. tengok yang banyak MIKHAIL. ntah apa pasal aku tak berminat nak beli. terus aku teringat novel keluaran Fixi yang aku teringin nak terai baca. okeh, nevermind. aku beli lain. Fiksyen 302, kau tunggu. ushar novel Fixi pulak. tak harap sangat ada sebab aritu cari pun ada 3 buah. aku tak tau ianya abis stok sebab banyak sambutan atau sebab takda permintaan. cari.. carii.... cariii... tak jumpa. cari lagi.. cari lagi dan lagi.. ahah! jumpa! yeah. tengok yang ada cuma DENDAM, KOUGAR, dan ZOMBIJAYA. okeh, sekarang masalah aku nak pilih mana satu. takut takut kang tak best rugi. dah ar tengah sengkek. ni la perangai aku tiap kali kena berdepan dengan pilihan, ambik masa yang lama. nak pilih novel pun ambik masa dekat 10menet. gila lama. dunno why sepasang mata aku asyik melekat di novel ZOMBIJAYA, judul cerita pun dah menarik.. ZOMBIJAYA.. cover dia pun ganas. pehh pehh. oraitt,aku pilih kau. tak best aku bakar.



penulis buku, Adib Zaini. kredit to mamamuvies


1st aku buka buku ni, aku tertarik dengan syarat-syarat yang Fixi kenakan bagi siapa-siapa yang berminat nak antar karya dia orang ke Fixi. sekitar 60,000 perkataan, bertemakaan urban & kontemporari, bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan, boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya, fikir 'pulp', dan judul harus satu perkataan saja. aku taknak lah cite apa apa pasal isi cerita ZOMBIJAYA nih.. sinopsis ke hape ke. tau ramai yang dah baca novel ni kan. yang belum baca tu beli dan baca sendirik. serius best. baca buku ni macam kita tengok wayang. imaginasi menjadi liar. ini cerita kalau dimuvikan pun bagus. tapi mungkin tak sebagus imaginasi kita sendirik. aku tertarik dengan watak Nipis. mamat kepala ada skru longgar. aku suka dengan gaya penulisan Adib Zaini, si penulis buku. sangat santai baca. tak payah nak kerut kerut dahi baca. novel ni novel dewasa. aku rasa kurang sesuai untuk bebudak bawah umur baca pasal ada bab yang lucah. dialog-dialog dia tak payah cakap ar. memang main lepas. Babi, sial, slut.. dem! tapi aku suka. dat y aku suka layan novel ahadiat akashah dulu. tapi novel Fixi lebih auta. selamba kritik pasal politik. two thumbs up for ZOMBIJAYA. aku akan beli lagi novel Fixi lain buat koleksi. yeah.


ilustrasi dalam novel.. cool isn it?


p/s: dah tau macam mana pe el rakyat malaysia bila negara di landa virus zombie. wuhuuuuuuuuuuu~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak beli pecah dulu..tapi serius kaver dia yang paling lain berbanding novel fixi yang lain..cekik dah beli?

jA_ae(N) berkata...

tu la pasal. cerita pun menarik. bukan stakat kaver. pecah cari tak jumpa. memang nak beli yg tu pun. setakat ni baca zombijaya dan ngeri. yg lain2 on the way. kalo ada bajet. heh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...