Shoutbox






Rabu, 7 Disember 2011

kenal diri dan personaliti.. baik ke busuk hati.


oleh kerana saya suka sangat lah membuat ujian personaliti dan membaca kajian-kajian personaliti dari tokoh barat dan islam, saya nak kongsi apa yang saya dapat melalui hasil penelitian saya terhadap hal ini. saya ambil kajian personaliti mengikut bulan. bukan zodiak tapi bulan. tak sama ye. ini persamaan yang saya dapati hasil pemerhatian dan kajian mereka. tak wajib betul. harus salah. kerana kajian ini mereka kebanyakkan berteraskan pengalaman dan teladan. kita sendiri pun boleh lakukan kajian sendiri. buat le pada keluarga dan rakan-rakan. bagus untuk kita sentiasa berusaha mengenal diri. dari sana kita akan tahu kelebihan apa yang kita ada dan tak ada pada orang lain dan kelemahan kita. yang elok kita kukuhkan, yang tak berapa nak elok tu kita elokkan. saya tekan sekali lagi, ini hanya kajian psikologi. jangan yakin sangat, takut takut menjadi syirik. okeh, lets begin.



JANUARI

bercita-cita tinggi, rajin dan setiap yang dibuatnya nampak keuntungan, agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi serta mudah mendisiplinkan diri.


FEBRUARI

biasanya bijak, mudah menawan orang lain, keras hati untuk mencapai matlamat dan bercita-cita tinggi, tapi boleh menjadi terlalu boros.


MAC

sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, cepat panas hati, sangat peka pada orang lain tapi kelam kabut dalam memilih pasangan.


APRIL

sangat aktif dan dinamik, sangat diplomatik (pandai memujuk), pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, agresif tapi kelam kabut dalam membuat keputusan.


MEI

bermotivasi tinggi, bersikap sistematik (otak kiri), memahami apa yang terlintas di hati orang lain, pandai berdebat, rajin dan agak boros.



JUN

berfikiran jauh dan berwawasan, sukar melakukan sesuatu dengan segera, mudah berkawan dan pandai berkawan, kedegilan yang tak terkawal.



JULAI

lurus, berjiwa sentimental, mudah dan rajin belajar, suka duduk di rumah, tidak agresif kecuali terpaksa.



OGOS

orang mudah tertawan padanya, berani, tegas dan bersikap kepimpinan, pandai memujuk orang lain, cepat berfikir, bersikap kelam kabut dan suka mencari kawan.


SEPTEMBER

sangat cermat, teliti, dan teratur, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sempurna, banyak berfikir, dan pandai mendorong diri sendiri.


OKTOBER

tak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan, ambil berat tentang orang lain, orang yang adil dan mudah patah semangat.


NOVEMBER

banyak idea, personaliti yang dinamik, apabila berkehendakkan sesuatu akan diusahakan sehingga berjatya, mudah mengambil berat terhadap orang lain, dan pandai mendorong diri sendiri.


DISEMBER

kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, cepat marah tetapi perangainya mudah berubah-ubah.



pasti antara anda berfikir, "ohh,rupanya personaliti aku macam ni. tapi kenapa aku malas. sini kata aku rajin." itu berlaku kerana faktor persekitaran. ce try push diri tuh, tak payah push pun takpa sebab asalnya anda memang rajin, tapi banyak sangat bisikan setan anda layan. itu pasal le. hak hak hak. Kadang-kadang personaliti nih dipengaruhi oleh faktor urutan keluarga gak. Boleh nampak sendiri kan perangai kita dengan adik beradik lain berbeza. Tabiat si along lain, angah lain, alang lain, ucu lain dan unggal lain. Erk, unggal tu tunggal. Biasa mereka di panggil nama kan. Kalau lahir sama bulan boleh jadi itu faktor keserasian antara mereka. Pale hotak sama. Minat yang sama. Boleh ngam dan boleh jadi geng. antara tokoh psikologi yang saya tahu mengkaji personaliti mengikut urutan dalam keluarga ni ialah Alfred Adler dalam teori Adlerian Individual Psychology. Teori beliau ini adalah teori bagi kami sebagai kaunselor untuk memahami klien dan permasalahan mereka. Kan lai lai.. (mari-mari tengok)


SULUNG



Sikap pelindung, suka bertolak ansur, lebih pandai membawa diri, ego, most of them berjaya dalam hidup, lebih pandai mengambil hati orang tua, dan mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi.


ANAK TENGAH



Lebih berdikari berbanding si sulung atau adik beradik yang lain, lebih percaya dengan keyakinan sendiri, suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri, sering merasakan diri mereka terpinggir, terlalu mengalah oleh itu mudah menerima tekanan.



ANAK BONGSU



Happy go lucky, yakin diri, manja (op kos le), besar kepala, berkeinginan dan bercita-cita tinggi, sukar membuat keputusan sendiri.



ANAK TUNGGAL



Sering merasakan diri mereka kesunyian, lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai, lebih bijak bergaul, lebih cepat matang, terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia dah meningkat, sukar bertolak ansur dengan orang lain.


hahh, napa ada yang tersenyum napa ada yang berkerut dahi tuh. ada yang mengena dan ada yang tidak bukan? Ini hanya teori berdasarkan kajian. Kalau anda rasa itu bukan personaliti anda memang bukanlah tu. Pada yang berkerut dahi tadi tuh, sila layan kajian kat bawah ni pula. kajian berkenaan hubungan pasangan mengikut urutan keluarga. Eh.. eh.. laju je yer. Dah gateii le tuh. Percaya atau tidak orang-orang tua dulu berpegang dengan konsep untuk mengetahui ciri atau sifat peribadi seseorang calon pasangan yang dipilih. Kajian ini dilakukan oleh tokoh barat, Dr. Kevin Leman. Lets take a look.


Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.


Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


Dah puas mengenal diri dan pasangan? Janganlah teruja sangat. Jadikan kajian-kajian di atas ni sekadar satu panduan, bukan kepercayaan. Apa yang lebih penting, sudah mengenal diri.. kita tau apa potensi diri kita yang kita ada.. yang perlu kita kukuhkan. Dan kelemahan kita boleh kawal kerana kelemahan kadang-kala menjadi sumber kekuatan. *pasangan untuk anak tunggal tak hade lak. anak tunggal jangan sedih ye. huehuehue.



p/s: apehal selalu kena kait dengan kedegilan dan keras kepala nih (lahir bulan jun+ bongsu). aku dengar kata okayyy!! hohh..!!!




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...