Ramai orang kehilangan motivasi diri dan keyakinan diri pasal dia sangka hanya dia seorang yang tak bertuah, tak beruntung, takda apa-apa kat dunia ni, orang lain semuanya okeh. Dia seorang je bodoh. Semua orang pandai. Then mula la kata, dah memang aku lahir bodoh. Aku belajar banyak mana pun tetap bodoh gak. Pulakk. Atas pemikiran itulah orang yang rasa dia bodoh memang nampak bodoh. Dah la bodoh, otak lak bingai. jangan sangka orang yang kita nampak pandai tu, akan berjaya dan kita tidak. Kelulusan tak tinggi, tapi hidup bahagia dah kira ok sangat la tu. Walaupun tak jawat jawatan sehebat mana tapi jujur, kau orang memang seorang yang mabelesss! Walaupun kerja tak glamor, tapi hasilnya luar biasa. Contoh, makcik yang jual goreng pisang di tepi jalan. Takat mana saja pelajaran dia. Tapi dia tetap berusaha. Seawal pagi dia dah mula buka gerai. Petang kul 5 baru balik. Agak-agak berapa dia punya pendapatan kalau seketul pisang goreng rege 15sen? Pulak tu hari-hari berniaga. Kerja memang tak glamor tapi pendapatan tak payah tunggu hujung bulan. Jam tu jugak dapat dan boleh belanja balik. Penat memang penat, tapi hati puas. Sebab apa? Sebab usaha yang dia lakukan.
Usaha tu lebih besar nilainya berbanding sesuatu pencapaian. So,kalau kita dah berusaha berhempas pulas, tapi fail.. janganlah bersedih. Bukan semua benda dalam dunia ni kalau kita nak kita akan dapat. Kadang kala, kita tak diberi apa yang kita nak sebab benda tu memang tak baik buat kita. Macam kita nak kahwin dengan anak raja. Kita rasa kalau kahwin dengan anak raja pasti bahagia dan hidup senang. Konon perfect. Segalanya-galanya ada. Haaa,memang le. Kita belum dapat lagi memang ingat macam tu. Tapi bila dah dapat nanti, tahulah kekurangan dia. Macam-macam. Baru kita tahu kalau kahwin dengan orang biasa lagi best. Hikmah di sebalik kegagalan dan kepayahan sangat besar. Orang yang malas untuk berusaha je yang banyak alasan nih. Kemain lagi alasan dia. Modal tak cukup la untuk berniaga, takda kemahiran itu ini lah, takut orang persendalah. Tu la pemikiran kita tidak terkecuali saya, tak cuba lagi tapi dah macam-macam dalam pikiran. Cepat sangat putus asa. Bila ada kemahuan adalah jalannya. Bila taknak seribu alasannya. Jawapan pada semua persoalan, nak berjaya antara nak atau tak nak saja. So,nak yang mana? Hahh,pilih2. tak tau jugak? tanya sama pokok...........
lirik yang mendalam. aku suka lagu2 muhasabah diri macam nih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan