sesi kaunseling kelompok.. banyak membuka mata, minda dan hati.. tentang manusia dan kehidupan. aku yang memegang dua peranan.. menjadi kaunselor dan dalam masa yang sama menjadi klien gara-gara nak tolong kawan. lagipun memang sukarela. sebelum kita mahu memahami klien, kita kena merasa duduk di kerusi klien dulu. baru tahu bagaimana perasaan mereka. dalam proses pencarian klien, haihhh... bagaikan satu beban. macam-macam masalah. dah dapat cari setting kat luar, awalnya setuju.. last2 minit kena rejek pulak. terpaksa cari klien baru.. cari budak-budak kaunselor tahun satu pulak... cari yang adik-adik.. dengan harapan dia orang dapat la membantu menyempurnakan tugasan disamping bantu dia orang gak.. kan nanti dia orang bakal buat tugasan yang sama. tahu la macam mana sesi kaunseling kelompok tu buat macam mana. tapi takda sapa yang nak. ada pun sorang dua. tu pun last minit tak jadik. cis ciss! ntah apa pasal la budak tahun satu tahun satu tahun nih bz bukan main lagi. tahun kita orang dulu semua berebut nak join kalu ada senior yang ajak buat sesi. sebab nak dapat pengalaman. minggu nak submit dah dekat. now kira ada satu minggu lagi nak submit. masa-masa kritikal ni terpaksa la mintak bantuan kawan-kawan. Alhamdulillah, ada jugak kawan yang sudi membantu. sesi kaunseling kelompok pun dijalankan walaupun ada empat klien saja. patutnya 6 ke atas. ah,gasaklah. dah usaha cari tak jumpa kan. masing-masing ada komitmen lain.
melakukan sesi kaunseling kelompok adalah satu pengalaman yang begitu bernilai. melaluinya, kita akan berasa lebih bersyukur hidup di dunia ini, kerana di dalam sesi kita akan nampak bahawa seberat-berat masalah yang kita tanggung, ada orang lebih lebih berat lagi tanggungan masalah yang perlu dipikul dan diselesaikan, melalui sesi ini, dapat kita lihat hidup kita selama ni tidak lah sesusah mana. ada yang lebih susah lagi daripada kita, melalui sesi kita lebih tahu menghargai diri sendiri dan orang lain terutamanya ibu bapa yang telah banyak melakukan pengorbanan untuk membesarkan kita. melalui sesi ini jugak, kita sedar kita selama ni banyak menilai orang dari segi luaran. kita hakimi orang tanpa mengenali dia siapa dia, latar belakang dia, sikap sebenar-benar dia. dalam sesi ini kita dapat melihat potensi diri melalui kaca mata orang lain. biasa kita tak sedar kelebihan sendiri sehinggalah ada orang yang beritahu yang kita ni ada kelebihan itu ini. benarlah orang kata.. sharing is caring. bila kita berkongsi, jelas ada yang perihatin. jom join sesi kaunseling kelompok. tak rugi, untung pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan