sebagai mukadimah, meh nak cite sat pasal kereta. pernah nampak ada satu kereta ni kat Malaysia rupa kotak. Huduh je aku tengok. mama pun kata yang sama. tak suka. bila terserempak dengan kereta ni mesti senyum, tapi ada orang yang membelinya. bermakna ada yang pandang kereta tu cantik. dia tengok lawa, kita tengok nak muntah.
cantik? comel? tampan? macho? jambu air? ohhh, sesungguhnya ianya begitu subjektif. ukuran cantik antara individu dengan individu yang lain tak pernah sama. ada yang anggap yang putih tu cantik. berapa ramai orang putih yang kahwin dengan Negro hitam berkilat ituh. tentu dia anggap hitam itu menawan. Anggapan cantik ke tidak tak pernah sama. ada orang suka gemuk (macam saya), ada orang yang suka tinggi menggalah, ada orang suka yang cekeding, ada orang suka yang sedang-sedang, ada orang suka yang besar macam bapak gajah. kesukaan manusia tidak sama. jadi, pasal apa nak rasakan diri tu tak cantik? kan ukuran cantik berbeza-beza antara manusia dengan manusia. kadang-kadang kalau kita rajin perhati orang disekeliling kita, kita boleh tengok orang cantik pasangannya ya Allah ya Rabbi, tak hensom langsung. kalau orang hensom tengok gerenti tak puas ati. dah dia yang hensom macam Radhi Khalid tak ada yang nak, yang hidung terletak muka ala pelakon boliwud, yang tak hensom macam Abon pula yang dapat bini macam perghhhhh!!!! mau tak makan ati. itulah yang biasa terjadi kan. isterinya ya Allah, cantik bukan main tapi suaminya masyaAllah buruk bukan main dan begitulah sebaliknya. suaminya pendek, isterinya tinggi. macam mana boleh terpikat? kita tengok tak cantik, tak padan. tapi dia tengok cantik. ada orang terpikat dengan seseorang hanya disebabkan tengok si simpulan ada taik lalat kat dagu macam datok ct. dan lebih pelik lagi ada yang terpikat gara-gara tengok kasut orang tu. tengok kasut pun berahi. timbul asmara. timbul sayang. hebat tak hebat. kah kah kah.
so, apa pasal nak mengurung diri? kemonlah. kenapa rasakan cinta dan kasih sayang itu terletak pada muka dan bodi? tak, tak, tak. jangan silap. rasa cinta bukan wajah ukurannya, tapi perangai, sikap, keseluruhan tubuh badan, pegangan, pendirian, karisma, dan cara pertuturan. Muka hanya menyumbang sebahagian kecil. berapa ramai yang memilih pasangan atas dasar kecantikkan pastu kahwin. bila dah nampak perangai sebenar yang tak seindah rupa ituh, terus rumah tangga berantakan. penamatnya cerai. jadi, janganlah hukum diri anda dengan penjara diri yang memenjara yang bukan-bukan. dan sila jangan jadikan kecantikan paras rupa itu dasar utama dalam memilih pasangan mahupun kawan.
p/s: jika belum dapat teman bukan kerana tidak cantik atau tampan, cuma belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik atau tampan itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri korang. dan satu lagi, kalu la betul-betul rasa diri tu memang tak cantik, dah suruh pikir diri tu cantik tapi still rasa diri tu tak cantik.. ahahhh!!! ada satu cara. penuhkan ilmu di dada. jadi orang yang cerdik pandai. orang pandai kan senang orang nak dekat. pasti jodoh pun melekat. better kan buruk tapi pandai daripada muka cantik tapi otak bingai. harap muka cun tampan tapi tak boley pakai. layan video di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan