Shoutbox






Jumaat, 16 Disember 2011

pelik betul kau orang ni!


pernah tak, tak tahu-menahu tiba-tiba orang dengki. jeles. iri hati. kita punyalah heran, tak pasal-pasal ngata kita bukan-bukan, fitnah yang ntah hape-hape. pelik apa pasal dalam billion trilion manusia kat dunia ni yang dia benci adalah kita? dah lah tak tahu punca. kalau ada sebab tak apa lah jugak, ni tak tahu menahu. pernah? kalau belum pernah, esok lusa tulat or someday anda akan dapat. bila? tunggu saja la. pasti dapat. tak lama, sekejap, tak sekejap, lama. anda akan merasakannya. sebab apa? sebab anda hidup dikelilingi kelompok manusia yang pelbagai sifat, pelbagai karenah, pelbagai ragam. dan ingat, orang yang dengki dengan kita ni selalunya orang yang kita kenali, dan orang itu mengenali kita. ramai tauke Cina tak bersekolah pun, tapi dah jadi tuan punya kilang. kenapa kita tak pertikaikan latar belakang pendidikan dia? kenapa kita pertikaikan kejayaan kawan kita yang dulunya bukan main bangang kat sekolah, tapi kini jadi profesor? benarlah ungkapan yang berbunyi, kita akan memusuhi orang yang kita kenal berbanding dengan yang kita tak kenal. dan orang yang memusuhi kita adalah orang yang pernah kita kenal. kita tak kenal pun mat salih yang mencipta perisian komputer maka kita tak dengki pun kat dia, tapi kita kenal Mamat yang naik pangkat mengalahkan kita sekarang, maka kita pun dengki kat dia. tapi bagi saya, tak salah kita dengki dengan kejayaan orang. asal tak memburukkan dan menyusahkan hidup orang lain dah lah. bersainglah secara sehat, barulah berkat. betul tak? *angguk sendirik.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...