Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2011

selamat datang ke ZOMBIJAYA


sabtu lepas, singgah hariss (kedai buku) ushar novel FIKSYEN 302. jenguk rak tuh, jenguk rak ni, depan belakang tepi kanan.. hahhh???? tak hade? makna blom sampai sabah. arhhhhhhh! aku perasssss. aku terai tengok buku RAM yang lain. tengok yang banyak MIKHAIL. ntah apa pasal aku tak berminat nak beli. terus aku teringat novel keluaran Fixi yang aku teringin nak terai baca. okeh, nevermind. aku beli lain. Fiksyen 302, kau tunggu. ushar novel Fixi pulak. tak harap sangat ada sebab aritu cari pun ada 3 buah. aku tak tau ianya abis stok sebab banyak sambutan atau sebab takda permintaan. cari.. carii.... cariii... tak jumpa. cari lagi.. cari lagi dan lagi.. ahah! jumpa! yeah. tengok yang ada cuma DENDAM, KOUGAR, dan ZOMBIJAYA. okeh, sekarang masalah aku nak pilih mana satu. takut takut kang tak best rugi. dah ar tengah sengkek. ni la perangai aku tiap kali kena berdepan dengan pilihan, ambik masa yang lama. nak pilih novel pun ambik masa dekat 10menet. gila lama. dunno why sepasang mata aku asyik melekat di novel ZOMBIJAYA, judul cerita pun dah menarik.. ZOMBIJAYA.. cover dia pun ganas. pehh pehh. oraitt,aku pilih kau. tak best aku bakar.



penulis buku, Adib Zaini. kredit to mamamuvies


1st aku buka buku ni, aku tertarik dengan syarat-syarat yang Fixi kenakan bagi siapa-siapa yang berminat nak antar karya dia orang ke Fixi. sekitar 60,000 perkataan, bertemakaan urban & kontemporari, bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan, boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya, fikir 'pulp', dan judul harus satu perkataan saja. aku taknak lah cite apa apa pasal isi cerita ZOMBIJAYA nih.. sinopsis ke hape ke. tau ramai yang dah baca novel ni kan. yang belum baca tu beli dan baca sendirik. serius best. baca buku ni macam kita tengok wayang. imaginasi menjadi liar. ini cerita kalau dimuvikan pun bagus. tapi mungkin tak sebagus imaginasi kita sendirik. aku tertarik dengan watak Nipis. mamat kepala ada skru longgar. aku suka dengan gaya penulisan Adib Zaini, si penulis buku. sangat santai baca. tak payah nak kerut kerut dahi baca. novel ni novel dewasa. aku rasa kurang sesuai untuk bebudak bawah umur baca pasal ada bab yang lucah. dialog-dialog dia tak payah cakap ar. memang main lepas. Babi, sial, slut.. dem! tapi aku suka. dat y aku suka layan novel ahadiat akashah dulu. tapi novel Fixi lebih auta. selamba kritik pasal politik. two thumbs up for ZOMBIJAYA. aku akan beli lagi novel Fixi lain buat koleksi. yeah.


ilustrasi dalam novel.. cool isn it?


p/s: dah tau macam mana pe el rakyat malaysia bila negara di landa virus zombie. wuhuuuuuuuuuuu~

Selasa, 6 Disember 2011

membunuh itu seronok. bunuh diri itu bodoh.

ada sapa2 yang nak blanja wa buku ni tak. nak beli tapi duit cukup2 buat blanja makan sampai abeh sem ni je. arghhhhh!!!! *frusttttt


1st aku baca novel dulu op kos la novel sintan2.. jiwang.. air mata liur meleleh bila baca. tapi sejak aku didedahkan dengan novel Mandatori hasil karya Ramlee awang Murshid nih aku terus jatuh cinta. sebab hape? novel-novel beliau terselit kisah percintaan yang tidak meloyakan dan keterlaluan, aksi, kekeluargaan, agama, kehidupan dan paling best.. THRILLER.. ada munuh-munuh.. tembak-tembak.. beng beng beng. bila baca buku nih aku tau jiwa aku macam mana. paling aku suka, ending-ending dia kita tak dapat nak agak. kekadang kita tak expect pun rupanya itulah ending dia.



novel-novel RAM yang wa dah baca. setakat ni semua beh. puas ati. tak nyesal beli. baru ckit. yang lain-lain wa tak mampu beli buat koleksi. tsk tsk tsk.



bawah ni lak novel-novel yang wa teringin gler nak baca.



buku-buku keluaran Fixi yang berunsur indie. menjadi pilihan bagi mereka yang berjiwa kental, tak berapa nak jiwang, sukakan gaya pembacaan yang bebas dan santai. senang cite senang paham lah kalo baca. tak terikat sangat ngan gaya penulisan macam novel-novel komsas yang boring tahap gaban ituh. serius paling aku tak suka baca buku komsas ke sastera waktu sekolah menengah dulu. no wonder my sastera got C only. kah kah. orang kata buku keluaran Fixi ni beh layan. aku nak terai beli satu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...