Shoutbox






Isnin, 11 Julai 2016

Lebaran

Dear Diary,

Selamat Hari Raya. Dah raya ke enam baru nak wish kan. Ape daa. Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ni Allah murahkan rezeki saya. Dapat emas buat kali kedua. Dah dua kali berturut-turut. Lahaulawala quata illa billah. Allah beri saya hadiah hari jadi yang punya nilai tersendiri.

Ramadhan tahun ni sambut sederhana saja. Raya pun sama. Beli baju raya pun takda. Bulan puasa, biasa makan meriah bila masuk berbuka. Beli macam-macam juadah. Sampai tak habis makan. Kucing la biasanya yang take over. Tapi pada tahun ni biasa je. Jarang beli kat bazar. Mungkin dalam proses nak jimat budget. 2 orang dah tak kerja kan. Huhuhu. So masak sendiri je lah. Lagi sedap. Lebih terjamin kebesihannya. Halalan Thoiban gituhh. Sahur pun minum air masak saja. Sekadar ambik berkat bersahur. Nampaknya dah 2 kali Ramadhan tak wish dia selamat bersahur dan berbuka puasa. Dulu pas saya sahur, biasa saya tak tidur. Saya tunggu dulu. Semata-mata nak wish selamat bersahur je pun. Hihi. Penghujung Ramadhan pula biasanya dia share gambar lampu pelita kat rumah dia. Tak pernah missed. Kalau dia lupa, saya akan mintak. Mengadakan. Haha. Pastu sehari sebelum raya, dia dah bizi tolong tolong masak. Kekadang beberapa hari sebelum tu dia akan cat rumah. Hmm, rindunya. Rasa sayu hati bila kenang. Allah, rindu sangat.. Hari jadi saya tahun ni pun dia ada wish. Walaupun lambat 2 hari. Alhamdulillah, dia ingat juga. Terima kasih Allah, kerana Kau beri dia kekuatan untuk wish. Saya tahu, bukan mudah untuk dia.. Dengan beberapa kerat ayat yang dia bagi dah buat hari saya ceria giler giler. Senyum sampai telinga. Allah, Kau berilah segala kebaikan untuknya, terimalah segala doanya, majukan bisnesnya dan kerjayanya, sihatkan tubuh badannya dan keluarga.


Apa pun selamat hari raya semua. Yeayy!!!

Rabu, 29 Jun 2016

Kerja

Dear Diary,


Sedar tak sedar dah nak masuk 3 bulan tak bekerja. Dalam banyak-banyak kerja yang saya apply, hanya 1-2 buah company yang panggil interview. Alhamdulillah, at least ada. Walaupun resultnya negatif. Rata-rata mahukan individu yang punya transport sendiri. Senang nak arah ke sana ke mari. Haih. Takpe lah. Belum rezeki nak dapat kerja makan gaji.

So saya try fikir cara lain. Ya, cara lain untuk make money. Sambil gegoyang kaki kat rumah. Takde lah nampak hopeless sangat. Bisnes. Ya, bisnes. Saya ada terfikir untuk bisnes sebelum ni. Dan saya memang dah join beberapa drophip pakaian tahun lepas. Apa kata buat dengan serius. Maka dalam masa bulan tu saya fokus kaw kaw dengan bisnes. Promote je pun. Tak keluar modal. Ingatkan senang. Rupanya luar biasa susahnya. Jika setakat promote macam tu saja memang lah senang. Tapi kena ingat, zaman sekarang ramai dah yang celik akal untuk tambah pendapatan. Even dia dah ada kerja tetap. Jalan mudah, join dropship. Student lagi ramai yang join. So saingan promote sesuatu produk memang hard gile. Saingan dengan rakan dropship yang sama produk satu hal. Dengan dropshipper yang jual produk lain pun satu hal. 

Namun, lama-lama saya dapat catch up rentak bisnes macam ni. Yeyy! Yang penting adalah doa dan kesungguhan. Saya mula belajar untuk edit gambar sendiri. buat storytelling sendiri, belajar cara close sales yang berkesan dan macam-macam lagi. Kenapa kena edit sendiri? kenapa tak pakai saja gambar yang disediakan supplier? Sebab saya taknak iklankan gambar yang sama dengan gambar rakan dropship saya yang lain. Walaupun edit tak cantik mana. Sobs. Saya banyak iklankan kat group-group FB. So chance untuk bertembung dengan mereka sangat lah tinggi. Nanti prospek pun confused. Tak tahu nak beli dengan siapa. Gambar sama je. Rasanya hampir setiap jam juga saya promote. Boleh nampak tak kesungguhan saya macam mana. Hakhakhak.

Dan hasilnya,


TARAAAAA!!!!




Supplier hadiahkan saya emas. Sugoiii!!!! Sebab berjaya jadi penjual item terbanyak bulan lepas. Hik. Alhamdulillah. Walaupun emas 0.5g saja, tapi tersangat bernilai untuk saya. Apapun semua atas izin Allah. Dia lah yang banyak beri ilham pada saya. Menggerakkan hati prospek untuk mahu membeli dengan saya. Komisen yang saya dapat, takda lah banyak mana. Tapi cukuplah sekadar dapar bayar astro bulan bulan. huhu. Ringan juga beban akak saya. Memandangkan abang saya pun belum dapat kerja sekarang. Pun sama diberhentikan kerja. Semua ujian ni terselindung hikmah. Itu saja yang saya percaya.


Bila dah berniaga ni, banyak sebenarnya yang saya dapat belajar. Yang mencelikkan mata dan hati saya. Saya belajar bahawa rahmat Allah tu luas dan rezeki tu dalam genggamanNya. Semasa saya kerja Petronas dulu, yang saya gerunkan adalah manager. Seram sejuk bila dengar dia marah. Paling tak best, terpaksa menipu. Allah, nampak sangat tak berkat duit gaji tu kan. Lepas tu, kalau ada rakan sekerja yang tak bagi kerjasama, mulut dan hati ni memang merungut tak sudah sudah. Ada saja yang tak puas hati. Bila berniaga ni, masya Allah.. saya rasa lebih tenang. Pengharapan saya pada Allah saya letak setinggi-tingginya lepas saya berusaha. Saya juga belajar untuk redha bila takda customer dan bersabar melayan karenah customer yang pelbagai. Saya cuba manfaatkan ilmu psikologi yang saya belajar dengan mereka. Alhamdulillah, berkesan.

Apapun, bukan senang nak make money. Now, saya tahu sangat betapa sukarnya nak cari duit. Lebih lebih zaman sekarang ni. Saya cuma nak Allah sentiasa cukupkan rezeki saya sekeluarga saja. Dan untuknya juga. Saya pernah berangan-berangan sebelum ni, nak bisnes sama-sama dengan dia. Tolong bisnes dia ke. huhu. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua ye. Yosh! Teruskan usaha!


Ahad, 3 April 2016

Anggur

Dear diary,

This month, my contract had been terminated. No longer working. Farewell Petronas. I miss him. Pada waktu tough macam ni biasanya saya ngadu dengan dia, then dia akan bagi idea baik punya. bukan sekadar beri idea, but motivate sekali. "abang akan selalu jadi motivator buat sayang." Hmm, how i miss that statement so much.. For me, dialah seorang kekasih, seorang abang, bestfriend.. 3in1. thats make him so special in my heart till now.

What did I do now? Nothing. Just gegoyang kaki hadap laptop ala bos tanpa gaji. sometimes turun bawah borak sembang dengan mama. Pastu naik atas hadap laptop semula. 2 hari duduk rumah, saya dah list apa bisnes yang possible saya boleh buat dengan modal yang rendah. List then blank, tak tau nak mula. Allah. it;s okay.. pelan2. Hmm. Baru dua hari tanam anggur kan. mana tau seminggu dua dah boleh jadi tauke anggur. Keep strong Mija!!!


Last month pegi KK, everywhere I go.. saya nampak bayang dia. Anjung Senja, Pasar Filipin, KK Plaza, 1 Borneo.. Haih. My sister ajak masuk kedai Adidas. Teringat saat kami masuk dalam tu, i remember the way he look pada sepasang kasut Adidas yang dia suka. Nak beli ke tak nak. Nak beli ke tak nak. Ok, cute. Then layan dia cari jersi, seriously jadual kami sangat pack masa tu. Sememangnya dia dah plan perjalanan dengan baik dan teratur. Jauh jugak kami berjalan, pegi Anjung Senja sebab nak makan pisang cheese saja. hihi. beriya-iya dia tunjuk kat abang waiter yang ambik order kami, pisang cheese kat situ dapat review baik dalam blog. Alahai. Dah kenyang, pegi beli souveniour pulak, jalan kaki lagi. singgah kedai buku Times, bersejuk-sejuk kat sana. Kaki masa tu takyah cakap la. Sakit sebenarnya. dah melecet. tapi tetap buat selamba. biasa la kasut baru bawa jalan. tapi bila tengok dia, tengok dia seronok jalan2 terus hilang rasa sakit. sejuk mata turun ke hati turun ke kaki. ajaib. Kat sana dua tiga kali kami beli sayap ayam, dia selalu betulkan. bukan sayap, tapi kepak ayam. Whatever. yang penting rasa sedap. huhu. Paling saya suka bila dia call mak dia. nampak diorang ni rapat sangat. dia panggil papa dia taiko ok. hehe.



Sepanjang bersama juga, dia kerap merokok. saya naik risau. Kat rumah pun macam tu ke. tak boleh jadi ni. dah warning jangan sedut asap banyak sangat. grrr grrr.. now, dapat tahu dia mula hisap vape. Hmm. I hope, dia jaga kesihatan dengan baik. Dulu, saya sangat takut kalau dia jatuh sakit. syukur sebab dia jenis yang jarang jatuh sakit. tapi bila dah sakit tu lamanya nak sembuh. paling lama pun demam 2 minggu. pernah satu ketika, dia kena demam denggi. risaunya saya hanya Allah yang tahu. sampai kena tahan masuk wad. bila dapat chance sembang dengan dia, dengar suara dia pun saya rasa rawan. rindu, sedih, bimbang. semua perasaan ada. saya menangis, menangis dan menangis. saya siap bernazar lagi supaya dia cepat sembuh. dan sampai sekarang nazar tu still kena buat. benda yang baik pun. so tak kisah. yang penting dia sihat selalu.



Saya taktau apa status dia sekarang. dah ada makwe baru.. dah tunang.. dah kahwin ke. Siapa tahu, lepas pegi umrah dapat petunjuk. Lagipun mesti mak nak cepat dapat menantu. boleh tolong2 kat dapur. Nad pun dah kahwin. Maaf mak tak sempat nak jadi menantu mak. tak dapat nak rasa asam pedas mak dan sambal mak yang jadi kegemaran keluarga mak...  Hmm. Sejujurnya, bila fikir tentang tu, hati saya bagai ditusuk2 benda tajam. tapi bila fikir tentang kebahagian dia, saya rela dan redha. Siapa saya untuk diingati lagi. Malah saya berharap, dia cepat temu pengganti. pengganti yang jauh lebih baik dari saya, pastinya... yang boleh manjakan dia, faham buruk baik dia, terima diri dia seadanya, yang takkan marah dan merajuk dengan dia kalau dia terlupa tarikh penting.. yang selalu memaafkan kesalahan dia.. sentiasa selalu ada di sisi dia di saat dia perlu.. dan segala perkara yang saya tak dapat beri sewaktu kami bersama.. Sampai saat ini, nama dia sentiasa meniti dibibir dalam setiap doa. Insya Allah, hingga nyawa berpisah dari jasad.




Khamis, 7 Januari 2016

Last Song

My heart cry for a while..


Ahad, 25 Oktober 2015

Lagu

Dear Diary,

Lately saya terhibur dengan satu rancangan realiti show gegar vaganza. kitorang satu rumah gelak tak hengat. tak kering gusi melihat Haji Nabil. mulut beliau tak berubah. tetap laser kan. hihi.

saya paling suka dengar suara nizam laksamana. perghh, nyanyi sambil senyum tu. yelah, dah nama pun lagu sendiri. mestilah bawa sedap. lagu lagu 90an. our favourite. lagu yang kami boleh nyanyi sing along. rindunya nak nyanyi sama sama. rindu nak dengar nyanyian dia. sambil sambil buat kerja, biasanya dia pasang radio. so bila tengah koling koling tu, ada masanya dia akan bagi kuat volume. then tanya tahu ke tak lagu tu. sambil sambil dia nyanyi nyanyi kecil. hehe. comel. saya ni bab ingat tajuk lagu lemah sikit. lagu memang pernah dengar. kalau lagu tu saya tahu, kami akan nyanyi sama sama. kalau tak dia akan nyanyi sorang. saya hanya dengar sambil senyum senyum je menikmati nyanyian beliau. antara lagu yang saya suka dia nyanyi.. err.. haaahhh. lagu mengulit kenangan. sebab lagu tu ada beralun kan. sedap didengar. hikk. Ada satu lagu tu. Tajuk Jemu. saya mati mati pertahankan tu lagu Kristal. dia kata tu lagu May. saya kata tak. Tu lagu Kristal. Last last dia suruh tengok sendiri kat Youtube. hahaha. degil kan. Now dah masuk list lagu favourite. kalau pi KBOX mesti bawa lagu tu. best tarik. ingatkan masa pi KBOX dengan dia dulu nak bawa lagu tu. tapi malu lak. nyanyi lagu ganas ganas. ahahahahaha.  bila terkenang, boleh tersenyum. suara dia setiap hari seakan berbisik di telinga saya. rindu. itu saja yang boleh saya katakan.



Jumaat, 16 Oktober 2015

SYUKUR

Dear Diary,

yesterday my bobet ada hantar jemputan kenduri
kenduri mama dan papa pulang dari menunaikan haji
Allahu.. gembiranya saya
tak sangka mama dan papa pergi haji tahun ni
Alhamdulillah dipermudahkan dan dipelihara
kesal sekali tak dapat share bersama
mesti dia bimbang dengan keselamatan parents dia sepanjang kat sana kan
dengan isu crane tumbang dan rempuhan.
macam2.. haihh.


Alhamdulillah3x.. kini semuanya selamat.
Thanks Allah kerana melindungi
Jagakan mereka sekeluarga untukku ya Allah..
sampai bila bila..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...