Shoutbox






Isnin, 24 September 2012

aku budak psikologi





ROOMATE:  Akak ambil seni kan?

AKU:  Taklah.

ROOMATE:  Jadi akak ambik apa?

AKU:  Ambik psikologi lah. dah dua kali kau tanya.

ROOMATE:  ...kerut dahi...

AKU:  Kenapa?

ROOMATE:  Ambik psikologi tapi belajar seni

AKU:  Hahahahaha


ni mesti pasal dia nampak aku main lukis lukis aritu. dia puji cantek. "pandai akak lukis" start dari kejadian tu, dia asyik kata aku ni budak seni. belajar kat sekolah seni. oit oit, tak nampak ke buku buku aku semua pasal psikologi dan kaunseling. tak percaya sungguh budak nih. dan satu lagi, im not really pandai lukis.


Hadoiii...




Jumaat, 21 September 2012

piss off





if you dont know me, then ask me
if you dont agree with me, then argue with me
if you dont like, then say it to me
but dont start judge me silently
act such a loser dummy
biar miskin duit dik, jangan miskin attitude



Khamis, 20 September 2012

weird name



nama fb pelik?
better aku pertimbangkan nik "mija mija"
hahaha
btw, tQ norlin pasal baru kini kau add aku
kalau aku comel, kau gojes.. heh.



Rabu, 19 September 2012

RIP

pulang kelas tadi, dapat berita kurang baik. my bobobi dah meninggal. tengok tak bergerak dah. sayu hati tengok. sori bobobi.. aku tak jaga korang baik baik. patutlah semalam terasa nak habiskan masa layan korang dua. rupanya nak tinggalkan aku. what a nice farewell. si dampar dulu pun sama. dia menghilang sekian lama. tiba tiba balik. esoknya mati. semuanya just nak ucapkan selamat tinggal. aku harap bobobi tenang kat sana. hmmmmm.

malam ni.. masa aku jemur kain, nampak ramai betul yang tengah bergayut. kat bawah sampai ada yang duduk bersila. amboii, ramai betul orang tengah asyik masyuk bercinta. agaknya diorang ni pun user digi easy kot. kan freeee. aku pun baru je lepas langgan. pengguna digi boleh just tukar pelan ke *128#. user line lain yang berminat nak terai, boleh la beli sim kad dia. tak silap rm16 lebih. dalam tu ada kredit rm8 dan bonus bonus lain lagi. memang best. tapi just untuk 3 buddyz. kire berbaloi la kan. malangnya kekasih hati ada seorang jek. yang simpan skandal 2 3 orang tuh buleh la bergayut sampai lebam. dari pagi sambung ke pagi esoknya pulak. selesai yang sorang, kol yang sorang lagik. keh keh keh. ah, apesal la mama tak guna digi. sekarang puas dapat borak dengan bobet selalu. sehari tak dapat dengar suara dia, jadi rindu sangat. kalau dulu tiap kali kol taktahu apa benda nak cakap. kan jarang kol. jadi taktau bagaimana nak mula. taktau apa topik nak dibualkan. huhu. 

ohh,heiii. aku ada satu benda nak kongsi . barang baik. untuk perempuan je tau. 





tadaaaa
spray starch untuk mengeraskan tudung
ada ni tak payah ambik masa berjam jam untuk betulkan tudung
tak risau tudung di tiup angin. rilek jek
ada baju yang susah nak sterika tu boleh guna ni jugak
rege mahal sikit ar. aku beli kat giant lebih kurang rm7 lebih
yang penting puas hati
boleh jimat masa



Isnin, 17 September 2012

trust




people said
trust takes years to build,
seconds to break
and forever to repair

i guess it true
totally true..



Sabtu, 15 September 2012

muka ketat




orang yang tak pernah mengenali aku.. tak pernah melihat aku sebelum ni.. mesti pikir aku ni sombong. sebab muka aku pesen yang jual mahal gitu. tak friendly. muka ketat. bukan sengaja buat muka cuka pun. natural macam tu. tapi orang pikir macam bengis. sebab tu aku selalu senyum. jumpa sesapa je mesti senyum. maniskan muka. walau tak kenal. supaya orang senang nak dekat. ni mesti masa kecik kecik dulu suka merajuk. muka merajuk mulut muncung tu permanent sampai sekarang. demm!


pasal hostel lagi






dah masuk seminggu duduk hostel. a bit boring la. ahh,dah bizi karang rindu pulak nak time macam ni. manusia memang macam tuh. ada je benda nak dirungutkan. apa pun tak boleyyyy. hubungan dengan roommate? so far so good. i feel goooooodddd. tapi nampak cam diorang segan segan lagi. mebi sebab aku super senior diorang. patutnya aku tak payah gelarkan diri aku ni "akak". guna "aku" "kau" lebih mesra kot. hewhewhew. tapi karang hilang rasa hormat pulak. tak suka tak suka.

hah,lagi satu. sebelum ni bila dapat tau aku seorang jek dapat hostel kat sini, rasa sedikit sedih. yelaaa,sebelum ni ada geng. nak pegi kafe berdua bertiga. nak pegi jenjalan pun sesama. then, kalau dah berasingan tak tahu la macam mana kannnn. mesti sunyi gila. but! jengg jengg jengggg. member dapat rayuan. (guna orang dalam... hampeh) diorang tinggal sini gak. hooreyyyyy! walaupun dah tak serumah, tapi at least boleh berjumpa dan beronggeng bersama. kihkihkih.

dapat tau duit ptptn masih menggunung dalam bank, kemain tinggi selera aku beli banyak banyak makanan. dah tak pandai ikat perut. sebab tau duit still banyak untuk aku mentekedarah. entah dah berapa kilo lemak dalam perut nih pun aku tak tahu. duit dah abeh karang baru beringat nak diet. ah, terpaksa diet. wktu malam je makan nasik. then akan timbul la bebelan bobet. bising sebab tak makan. actually,aku suka buat dia macam tu. comel je kan bila laki risau. hikk. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...