Aku tertarik dengan satu ayat yg aku baca dalam salah sebuah novel.
“jangan jadi manusia yg tolol kerana melihat badan katak yg menggelikan itu. Jika kau ada masa untuk melihat sang katak yang terponggok di tepi-tepi parit, di perdu-perdu rumput, di dalam lubang (di mana ada lubang, disitu dia menumpang) pasti kau akan tertanya-tanya kenapa sang katak sanggup terkebil-kebil tanpa bergerak selama dua belas jam kecuali pusing kanan dan kiri?”
Kononnya dengan melihat katak melompat akan menambah keyakinan kita terhadap kehidupan. Sumpah! Sampai sekarang aku masih tak paham kenapa tengok katak melompat boleh tingkatkan keyakinan. Lainlah kalao memancing dapat menguji kesabaran. Mungkin aku kena try observe katak melompat kot baru paham. Malangnya kawasan rumah aku ni jarang2 nampak katak. Katak pun jarang nampak aku.
Sebut tentang keyakinan, aku terpikir tentang cita-cita. Adanya keyakinan lahirlah cita-cita. Tapi malangnya aku belom dapat target cita-cita aku. Masih samar-samar lagi. Masih perlu di suluh dengan torchlight yg berkuasa tinggi. Aku cuma ada impian dan harapan. Cita-cita, impian dan harapan adalah perkara yang berbeza. Cita-cita dicipta dalam diri. Impian dicipta dalam hati dan harapan berada di mana-mana. Tapi… tak semua orang ada impian dan hanya beberapa orang saja menyedari harapan itu ada dekat dengan diri.
Aku punya impian. Yang hanya aku sendiri tahu. Harapan pula sentiasa muncul setiap detik masa berlalu. Terlalu banyak harapan. Antaranya mungkin tak akan tercapai. Tapi at least aku punya harapan untuk itu. Dan berusaha kearah itu. Yang pasti aku punya visi yang perlu aku laksanakan! Visi yang harus dijadikan kenyataan sebelom umo aku reach 30 tahun!
1. mesti dah ada keje.
2. duit simpanan mesti ada dalam RM10 000 ke atas...takleh kurang.
3. ada duit lebey beli tanah
4. dah ada rumah sendiri
5. ada lessen kete
6. dah ada lessen mesti mau ada kete le
7. pastikan mama n abah tak keje dah
8. bawa parents pi umrah
9. dah master memasak
10. dah pegang tittle bini orang.
11. berat badan naik 5-8 kilo.
12. dah lebih mature,berani dan yakin
semua ni possible untuk aku buat. aku pasti boleh!
fighting!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan