Shoutbox






Sabtu, 5 September 2009

play or u dead!



Kehidupan ibarat permainan. Kita akan menempuh tiap tekanan untuk menang dalam sesuatu permainan. Sekiranya tidak mampu untuk meneruskan atau kita lemah dan tidak cukup kuat untuk permainan itu, di situlah kita akan ‘Game over’. Bila usahawan mulai muflis dan tidak mampu bangkit semula,jalan yg dipilih adalah mati. Begitu juga bagi mereka yang putus cinta kerana tidak tahan menanggung kekecewaan. They choose to die. Mati adalah perkara paling mudah untuk selesaikan banyak masalah. Cuma masalah di dunia.

Ada dua golongan manusia di dunia ini iaitu manusia yg tak takut akan mati dan yg takut akan mati. Seseorang pernah berkata kepada saya, “cik adik,tak payahla pakai topeng. Takut sangat dengan H1N1. Tak bagi mati pun!” sungguh bongkak orang ini. Dia lupa dia tu lemah. Rasa dirinya dah cukup kuat melawan apa jua penyakit. Memain-mainkan amaran Tuhan. Betul2 tak takut mati. Mungkin orang seperti ini memang perlu hidup lebih lama supaya dapat lihat banyak kematian di sekelilingnya. Dengan ini mungkin dapat membuka mata bahawa mati ini tidak dijemput. Sehat atau tidak bukan lagi persoalan. Mungkin orang seperti ini juga sudah begitu selesa dengan kehidupannya sekarang di dunia. Begitu senang dengan kemenangan yang dikecapi dalam setiap permainannya. ‘Game over’ mungkin tiada dalam kamus hidupnya. Berbeza dengan mereka yg punya strategi permainan yg baik. Tahu apa yg perlu dilakukan dan mengikut syarat permainan. Mereka tidak takut untuk mati kerana yakin permainan mereka cukup bagus. Sekiranya mati pun mereka tidak menyesal malah bersedia

untuk itu.

Manusia yang takut mati akan buat apa saja

untuk terus hidup.

Ini bagus kerana mereka sayang akan nyawa

yang hanya satu. Tetapi jika ianya

melampui batas sehingga melawan dan

mencabar Pencipta, itu sama saja

seperti menempah maut. Mempelajari ilmu kebal,ilmu hitam dan sebagainya adalah salah. Sekebal mana

manusia dapat menahan tusukan pisau?

Bgaimana dengan panahan

petir? Kepanasan api? Setakat membakar

lengan apa la sangat. Tidak

cukup membuktikan

seseorang itu kebal. Hanyalah dengan izin

Tuhan. Bukankah itu menunjukkan manusia itu sangat lemah?

Di mana kekebalannya? Di mana kekuatannya? Takut akan

mati ini bagus bergantung pada niat. Jika takut sebab terpaksa meninggalkan

dunia itu adalah salah. Takut kerana ingin lebih berbuat kebaikan itu sangat terpuji. Ada juga yang

takut mati kerana berat untuk meninggalkan

yang tersayang ataupun ada banyak

benda

lagi yg belum di buat

ketika hayat hidupnya.

Ada satu lagi golongan manusia iaitu mereka yg suka akan mati. Ini mungkin kerana terlalu banyak tekanan dan nasib yang tidak selalu baik. Pernah dengar kisah seorang pekerja kerajaan membunuh seluruh ahli keluarganya termasuk dirinya sendiri kerana hilang pekerjaan? Ingatlah Tuhan itu tidak akan memberi ujian yg tidak mampu dijalani oleh seseorang manusia. Ada juga yang teringin untuk mati kerana tidak sanggup lagi untuk melakukan kesalahan…kerana tidak mahu melihat kerosakkan dunia. Lebih baik mati daripada diri terus ditenggelami oleh dosa sendiri.


Anda golongan

yg mana??




tulisan hanya untuk muhasabah diri di bulan Ramadhan. selamat berpuasa!


moral op da story: gune la mask untuk elak H1N1.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...