Shoutbox






Ahad, 25 Januari 2015

Mengumpat

Assalamualaikum guys,

baru-baru ni ada dengar ceramah ustaz kazim
pasal umpat mengumpat ni
so dapat la hadam sedikit ilmu bab mengumpat ni cane
sebab kita kekadang tak sedar kan dah termengumpat orang
mulut kemain sedap cite
tak sangka dah termengumpat
isk isk

kita pun memang dah maklum
dari bangku sekolah lagi
cikgu kata tak baik cakap pekara buruk orang
ustaz ustazah kata berdosa keji orang
ibarat memakan daging saudara sendiri
cuma masalahnya tengah cite perihal orang tu tak rasa macam makan daging orang pun
macam makan bertih jagung lak .. sedap dan manis
mungkin sebab tu la makin rancak
orang yang dengar pun bagi respon baik
so ada pengukuhan positif di situ. ada galakan.

aku sendiri.. Allahu Akhbar.
memang sejak tahun lepas lagi try hard untuk taknak cite aib orang
especiall kalau orang tu memang aku kenal
tapi bab hiburan macam retis still teringin nak ambik tahu
and tumpang kutuk sekali bila tahu
Astaghfirullah
walhal entah ye entah kan tidak news tu kan

so apa pengertian mengumpat?
mengumpat ialah menceritakan perihal orang lain yang mana orang itu tidak suka perihalnya diceritakan
misalnya mengumpat tubuh badannya (ok, benda ni aku selalu buat. bila tengok orang lalu lalang gatal mulut ni nak mengutuk orang kan. walaupun tak kenal. just untuk bahan gelak actually. but still salah kan isk)
next, mengumpat keturunannya
lagi? mengumpat orang yang dah mati
mengumpat cara perilakunya, cara dia bercakap, cara dia berjalan
mengumpat juga menceritakan perkara jahat yang memang betul dia ada buat di mana melibatkan dosa dia sorang

nak lebih faham sile lah klik sini. jangan malas. nengok dengar dan salin.

sejam lebih layan video ni,
baru aku perasan
selama ni aku ingat orang perempuan je ranking atas bab umpat mengumpat ni
yelah, dah dalam kajian sehari orang perempuan bercakap 7 ke 8 ribu patah perkataan
rupanya orang lelaki pun lebih kurang sama
and they more tu mengeji mengutuk dan menghina yang mana sinonim dengan mengumpat jugak

how did i know
mungkin ini analisis peribadi secara rambang
selama setahun lebih aku berkerja dikelilingi orang lelaki ni (almost 95% of them)
aku tau cane komunikasi dorang bila sembang mambang dengan kengkawan
sebab diorang kalau bercerita memang tak cover langsung. direct jek. tak plastik.
kalau ada orang diorang tak suka memang %$&*# yang akan keluar dari mulut diorang
bukan setakat cakap belakang, siap cakap depan

ada seorang exec india dalam department aku
and dia ni seusia dengan aku
sebabkan dia muda, tech2 yang dah lama keja situ memang pakat buli dia
tak takut langsung, walhal pangkat diorang lagi rendah
Diorang panggil "keling keling"
Allahu Akhbar.. racist.. begitu ke cerminan seorang islam
bila exec india tu takda, start la diorang cakap dia bodoh la apa la
sedih aku dengar
im the witness for anything happened there
they should respect him more

of course tak semua orang lelaki suka keji dan maki orang
sama macam orang perempuan
bukan semua
but i think hanya segelintir (about 37%) cuma
memandangkan orang perempuan ni memang fitrahnya banyak mulut
hakhakhak
apapun, sentiasalah bermujahadah lillahi taala
be a better person day by day
ok?


Isnin, 19 Januari 2015

2 weeks

still feelin awkward with this new relationship

lover to just friend

lover to bro and sister

hmm,

sampai sekarang aku taktau nak guna kata ganti nama apa

saya, aku, i, mija

bila rasa nak bahasakan diri dengan perkataan atas ni, rasa pedih je hati

sedih

we're not in such a beautiful relationship anymore

aku rindu nak borak dengan dia

dengar suara dia

fortunely, aku ada save voice note yang dia bagi kat wechat

dia bagi sebab aku paksa dia nyanyi. hahaha

susah sangat nak dengar dia nyanyi tau. tapi bila dah biasa, tak payah request. dia akan nyanyi dengan sendirinya. 

sebab lagu yg dia nyanyi rata-rata aku pun tau, so aku pun ikut nyanyi sama. hehe. best.

voice note yg aku save ni dia nyanyi lagu suci dalam debu

suka bila dia lenggokkan lagu. sedap.

dalam sehari mesti aku ada dengar. lepaskan rindu.


yang peliknya, tiap kali aku dengar mesti air mata aku mengalir


Allahu Akhbar, berat rasa rindu ni hanya Engkau saja yang tahu


i missed him a lot..




Isnin, 12 Januari 2015

Nightmare

last night feelin like a nightmare, 

rasa tak selesa, 
walaupun ngantuk tapi tak boleh lelap,
mungkin sebab aku baring kanan,
so aku try baring hadap kiri lak,
tambah tak selesa.

kepala pening,
rasa nak muntah,
sesak nafas,
badan tiba-tiba rasa seram sejuk,
sangat sangat seram sejuk,
Allahu Akhbar,
takutnya hanya Allah yang tahu,
terfikir adakah ajal aku dah tiba,
kenapa rasa lain macam.

aku mula doa dalam hati tanpa henti,
minta dilanjut usia,
belum puas rasanya diri ni bertaubat,
kalimah syahadah diulang,
bila tersedar, rupanya dah subuh.
siap on time,

Alhamdulillah,
Allah dengar,
aku tau itu bukan mimpi,
puncanya mungkin sebab tak makan malam,
actually, sometimes its happened bila badan banyak angin.
tapi yang luar biasanya semalam ia jadi masa aku baring tido,

anyway, its greatest reminder for me.


Rabu, 7 Januari 2015

Day 3


"Day 3. and its going well."

is it?

but why im still crying?

my heart still feel pain and my head hurt. not well at all.

please.. please stop thinking. i just wanna sleep..




Isnin, 5 Januari 2015

its so hard

hi mr. blog.. im back. sorry, i dont know where i should speak out my true feeling without jugdement. i thinks this is the right place.

today aku half day. so bosan bosan boleh la karang mengarang kat sini. exec aku dengan baik hati suruh aku balik. tengok muka cam org tak sehat. teruk sgt agaknya rupa aku. takpela. so as your requested, aku balik.

you know what.. aku baru saja putus cinta. ditinggalkan or meninggalkan? neither of them. its more to pengorbanan. kalau dah nama pengorbanan, semestinya ianya amat pedih untuk ditelan. lebih-lebih lagi saat kami still sayang menyayangi dan mekar cinta. even dah 7 tahun. Allahu Akhbar. 7 tahun bukanlah tempoh yang singkat. terlalu banyak kenangan yang indah. sungguh aku belajar untuk redha but its so hard..

sebab bukan ini yang ku inginkan. bukan perpisahan ini.

sememangnya mama dan abah memang lebih suka kalau calon menantu mereka dari arah yang dekat. but i know, they still can respect my decission. maybe im just too stress by many question of everybody. the one is much better.. the one is good.. oh, the one is superb nice... when he will be come and bla bla bla. dengan kerja yang tiba-tiba banyak. asyik kena suruh suruh pulak. and lately, line digi buat hal. how i really missed him.. nak mengada-ngada dengan dia.. bermanja.. mengadu bagai..bergelak ketawa.. menyanyi bersama.. i missed all of him.

really, i actually wish dia takkan mengalah. but lain pula jadinya. dan aku terpaksa akur dengan pilihan yang dia dah buat. i know bukan mudah untuknya. and i should respect that. ..

and know.. i think.. more than 100 times aku jeling jeling skrin hp dalam sehari. menanti mesej dia yang aku tau tak mungkin akan sama dan sekerap dulu.. dan tiap kali itu jugak air mata aku mengalir deras..

Mungkin ini sebahagian daripada perancanganMu.. sungguh, Dia maha mengetahui segalanya.. mungkin terpendam kenikmatan disebalik perpisahan. tetap aku bersyukur kami masih boleh keep in touch kini.. alhamdulillah.. segala pujian hanya untukMu.


sememangnya dia bukan milikku dari awal mulanya lagi.. dia milikmu ya Allah.. Engkau berhak menarik kebahagianku tatkala aku sering lalai dalam mengingatiMu sewaktu bersamanya..


tp alhamdulillah, seems dia semakin menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. before this, memang kelihatan kejahilan. of course, me too. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. gitu lah sebaliknya. remember that. but bersamanya jugak, aku buat perubahan slowly. and i know he did the same things. ingin menjadi yang lebih baik. tak silap pertengahan 2013, 1st time dia tanya aku dah solat ke belum. Allahu.. rasa nak menangis. terharu, bagai doa dikabulkan. thats mean dia ambil berat dengan kehidupan akhiratku kelak. after that, kami sentiasa ingat mengingati perihal solat. rasa sangat bahagia.. sangat bahagia..


i dont know, perpisahan ni bersifat sementara atau kekal.. yang pasti ingatan dan doaku akan sentiasa bersamanya.. sampai bila-bila..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...