Shoutbox






Jumaat, 31 Disember 2010

terkenang yang dah pergi

semalam tengok rancangan tv majoriti tayang imbasan-imbasan episod yang dah diorang siarkan sepanjang tahun 2010. (nampak sangat aku kaki tv cuti ni...tsk tsk) oraitt,berbalik kepada motif mengupdate.. banyak-banyak rancangan, yang paling mengsentuh hati ialah apabila rancangan "jangan tidur lagi" menyiarkan episod di mana achik spin sempat memenuhi undangan mereka untuk hadir sebagai artis jemputan bersama siti nurdiana. (lebih kurang 2 or 1 week sebelum arwah pergi) pada malam itu mereka berduet bersama menyanyikan lagu "memori berkasih" (antara lagu yang aku suka time sekola menengah) tengok arwah menyanyi tetiba kelopak mata berair. sebak dan hiba. i yang takde kena mengena langsung dengan arwah pun boleh sedih sampai macam ni sekali, apatah lagi keluarga arwah. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah. this is one of his song dat i love to hear and sing along with my BFF...

6

6

6

6

6



Sabtu, 25 Disember 2010

komik jenaka

mari kita cerita pasal darah. tahu golongan darah sendiri apa? tak tahu? sila ambil tahu. sebab ianya agak penting. but now nak cerita pasal keperibadian mengikut group darah korang. ni sangat fofular dikalangan masyarakat jepun dalam membuat sesuatu perhubungan terutama bab memilih jodoh. mereka percaya jenis-jenis darah yang mengalir di tubuh manusia mampu memberi gambaran terdekat terhadap peribadi seseorang. kita tengok hasil kajian mereka mengenai darah dan peribadi manusia..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri..


ok,menurut ilmuwan psikologi.. keperibadian tidak mampu ditentukan oleh jenis darah. namun, mari kita tengok komik strip ni. anyway,kelakar gak. ntah kenapa gambaran golongan darah AB begitu dekat dengan aku. adakah teori jenis darah ni ada kebenarannya?? wallahu a'lam. walopun bahasa indon. ala,korang paham punya. kan selalu nonton sinetron. kok ngak bisa sih..! kehkehkeh. layannnn.....

































Jumaat, 24 Disember 2010

be creative to be fantastic

sepanjang cuti ni otak rasa kosong manjang. terasa bodoh lak kalo x belajar. bosan pi tengok tv.. surf tenet. buku yang tinggi bak gunung kinabalu langsung tak toleh.

kat tv pagi ni tonton "pop corn". rancangan mengenakan orang. aku memang suka tengok rancangan genre macam ni. rancangan lain seperti "wakenabeb", "bang-bang boom", " boiling point" dan sebagainya. bukan apa, kekadang cara diorang kenakan orang tu langsung tak terlintas di fikiran. kalo ada pun tak tahu bagaimana ianya boleh berjaya. bila fikir memang la nampak senang kenakan orang ni kan. saiko cket... buat marah cket... lakon cket... dah mengena jerat. tapi kalo cara yang diguna tu orang banyak buat... ia dah jadi cliche. dah tak menjadi. orang dah boleh aspect. ada camera hidden ke hape ke... orang dah boleh nak agak. misalnya kejutan hari jadi. bagi orang yang sentiasa ingat hari jadi dia bila, kejutan tu takkan menjadi. boleh jadi menjadi kalo dia pura-pura surprise padahal dah tau pon. tak semua orang tu bendul. senang dipermainkan. so bila aku tengok rancangan "pop corn" tu tadi, aku rasa diorang sangat kreatif!

hey,bila sebut pasal mengenakan orang ni automatik otak kita akan fikir secara kreatif kan. perasan tak... bila kita nak kenakan orang macam-macam idea timbul.. selalunya idea yang jahat-jahat la... yang nakal-nakal giteww. orang yang kreatif ni begitu mementingkan reaksi orang ramai berkenaan hasil kerja mereka. sudah tentu otak ligat memikirkan sesuatu yang gempak dan semestinya lain dari lain... yg luar biasa. patutla group engineer dan art ni kreatif belaka eh. damn!



mari selongkar sedikit peribadi orang kreatif. hope boleh bagi sedikit rangsangan dan motivasi..

1) fleksibel (mampu sesuaikan diri mengikut persekitaran)


2) bertindak secara spontan (tidak menyembunyikan perasaan,pikiran-pikiran mereka atau tingkah laku yang dibuat-buat)


3) berani hadapi kegagalan (berkemampuan untuk bertahan dan mengabai cemuhan)


4) open mind (punya otak yang gila-gila)


5) rendah hati (mengakui kesalahan)

u all rasa kreatif? ada ciri seperti di atas?? ha,kira hebat le tuh. hehehe.

Khamis, 23 Disember 2010

usir blackhead

ni,saja nak kongsi benda alah satu ni... agak berkesan tuk menyingkir blackhead terutama sekali kat area hidung. sgt best dan mudah. tempek kat hidung... buat ala masker. tunggu 15-20 menet dah boleh tanggal dan tengok apa benda ni dah buat dengan blackhead kat hidung u all. rege pun murah. maklumat lebih lanjut jenguklah http://beauteeconcern.blogspot.com/2010/10/blackhead-remover-update.html
nak tau kenalah beli. beli x rugi pun..
p/s: ingat ank bubuh pic testimoni. tapi camera digital takda lak. nak harap snap camera hp.. alahaiiii.






Selasa, 14 Disember 2010

camat ari ulang tahun!!





14hb dis... tarikh mama diteran kuar oleh nenek aku. epi besdeii mama!!! sori,tahun ni adiah lambat nak bagi. mesti mama ingat aku takda adiah nak bagi. No.. No... No.. mesti ada punya la. sengaja plan lambat bagi. bagi mama tak aspect dapat adiah dari anak bongsu dia tahun ni. kekekeke.. hmm,ingat nak beli mama dompet la. cian, tahap darurat dah dompet mama aku yang sekarang ni. anyway, ija sayang mama sampai bila-bila. mmuuaaahhhhhh!!! nanti ija beli adiah yang lebih grand bila dah kerja nanti okeyyyy!

Isnin, 13 Disember 2010

pissed off!!!!

Hari ni aku tengok dua tajuk berita utama yang menyebalkan. Pertama, berita tentang budak OKU yang kena kerat 4. Kedua, berita tentang seorang ayah yang kerat kemaluan anak sulung beliau yang baru berusia 4 tahun. Budak OKU kena kerat 4... ntah apa la dosa arwah tu sampai kena kerat-kerat. OKU pun nak bunuh. gila babi punya orang. mentaliti orang gila saja yang puas bila bunuh orang. sama la macam berita kedua tu. bapak silake... aku tengok bahana kegilaan dan kebangangan manusia semakin menjadi-jadi. macam teruk sangat lak hidop kat dunia ni. bukan ke dunia ni teruk sebab diorang sendiri yang jadikan ianya teruk. bukan siapa-siapa. bukan keadaan yang memaksa. itu diorang la punya engkara. diorang punya pasal sebab diorang tak pandai buat pilihan bijak. pasal diorang sendiri le diorang jadi gila dan stress bagai. jangan nak salahkan orang lain. jangan nak sakiti orang lain. apa kejadahnya bunuh OKU. nguk ngek tul.


Sabtu, 11 Disember 2010

This is true........

1. (Tak kesah)

Lelaki: Apa yang patut kita makan untuk dinner?
Perempuan: Tak kesah la yang ..
Lelaki: Apa kata kita try mexican?
Perempuan: No.. not mexican. kali terakhir i makan jerawat tumbuh kat muka i tau. taknak ok!
Lelaki: Alright, so kita makan chinese food.
Perempuan: Semalam kan kita dah makan, hari ini juga?
Lelaki: Hmm ..... i suggest we have seafood.
Perempuan: I taknak seafood. i ada allergic.
Lelaki: Dah tu, u nak dinner apa?
Perempuan: Tak kesah ..

2. (Apa saja)

Lelaki: Jadi kita nak buat apa sekarang?
Wanita: Apa-apa je.
Lelaki: Tengok wayang nak? Dah lama tak tengok wayang kan?
Perempuan: Tengok wayang tu tak elok la. Its a waste of time.
Lelaki: Kita pergi main bowling ok tak? or some exercise?
Wanita: Exercise tengah-tengah hari panas ni ke?
Lelaki: Kita pergi lepak kat cafe je la. Minum kat sana.
Perempuan: Im off caffeine.
Lelaki: So nak buat apa ni?
Wanita: Apa-apa je

3. (You decide)

Lelaki: Dah lambat ni. Kita balik je la eh?
Wanita: Ikut awaklah..
Lelaki: Jom naik bas. Saya teman awak.
Perempuan: Isk, takmau. Bas kotor dan penuh orang dalam tu. Tak suka.
Lelaki: Ok kita akan ambil teksi.
Wanita: Tak berbaloi la nak naik teksi... bukan jauh sangat pun.
Lelaki: Alright, kita jalan kaki je la. Boleh menikmati cuaca.
Perempuan: Lapar la... tak laratttt.
Lelaki: So nak balik naik apa?
Wanita: Ikut awaklah
Lelaki: Apa kata kita makan dulu?
Perempuan: Tak kesah...
Lelaki: Makan apa?
Wanita: Apa-apa je
Lelaki: ................



woman soooo complicated, isnt it?




whateverrrrr.....!!!

Ahad, 5 Disember 2010

tarian cuti-cuti 1 malaysia

sebelum baca tengok gambar dulu.. mehh cuci mata tengok gambar kalerful.




tarian cuti-cuti 1 malaysia yang pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Record pada 2009 ini secara langsung berjaya mencapai matlamat diorang untuk menarik pelancong-pelancong luar untuk berseronok di Malaysia dan diharapkan pelancong-pelancong itu akan kembali semula ke Malaysia. secara tidak langsung pula pesta tarian ini berjaya memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. two thumbs up 4 Kementerian Pelancongan Malaysia.

tengok gambar pun dah boleh cam mcm mana suasana dia kan? look so happening!!! dengan tees yang warna warni. ni dr tuah iskandar mesti suka. entah-entah ada join. hehehehe..

ahhhhh! teringin sangat nak ikuttt! menari ramai-ramai...enjoy saja. takda nak malu-malu. sebab masing-masing buat.. masing-masing berseronok.. masing-masing bersuka.. masing-masing dapat release stress.. masing-masing merasai penat dan berpeluh... masing-masing jadi sehat.. kan bagus tu. sambil-sambil dapat kawan baru dan dapat belajar tarian secara percuma! ada tarian zapin... tarian sumazau.. joget... tarian india dan cina.... dalam berita tengok ada yang datang dari jauh sebab nak join pesta ni. impresss!

kalau aku ada kat situ mesti aku tak lepas peluang nak ikut gak. selalu nari-nari kat bilik air je. (private stuff.. huhuhu) Haihh! frustnya aku. (T.T)


p/s: tengok ramai lagi orang separuh abad dan yang berkeluarga join.. syabas! golongan muda-mudi mana?


Jumaat, 3 Disember 2010

punyaaa malassss!

tenung-tenung blog sendiri,
mata meliar ke kanan ke kiri,
eh,apa yang pelik ni?

>Disember
>Oktober
>May

aik,dis year 3 bulan ni aje aku ada update??
nampak benau malas..
ahakhakhak!

pizza huutttttt

semalam saya nampak iklan pizza,
saya nampak pizza cambest camsedap,
tapi saya tak suka makan pizza,
walaupun kekadang hati ni meronta nak makan,
tapi tu gara-gara iklan pizza yang camsedap,
namun saya tetap tak suka makan pizza,
makan pizza sekali satu tahun saja dalam hidup saya,
kerana saya betul-betul tak suka makan pizza,
tunggu pizza sampai punya lama,
sampai air saya habis,
makan sekeping boleh dah kenyang,
saya tunggu lama tu,
saya betul tak suka makan pizza,
pizza bukan sedap pun,
saya tertipu,
saya tertipu,
saya takmau makan pizza lagi,
saya dah cuba,
saya dah cuba,
tiap kali saya nampak pizza nampak sedap,
mesti nak cuba makan,
tapi bila makan tak sedap pun,
saya betul tak suka makan pizza.


apa la aku merepek ni..

Rabu, 1 Disember 2010

sinetron yang tak boleh blahhh.

bertemu lagi aku dengan blog bersawang ni. brapa lama x update daaa. bz dengan exam. kononnya!

hari ini mood sangat baik. amat2 baik. senyuman x lekang dibibir. boleh bayangkan betapa gumbiranya makhluk ini. tak dapat? tu tanda imaginasi lemah. imaginasi lucah melucah boleh pulak. harap tidak.

mood yang amat baik ni spoil bila aku tiba kat rumah. haduiii! apehal lah aku tengok benda ni. ntah kenapa ia sungguh bikin hati ni panas. apa la yang best sangat tang sinetron indon ni ya. dulu,ya. memang aku pernah mengikuti beberapa sinetron indon dan sampai sekarang aku menyesal tengok cerita2 tu. hahahaha... tengok pun tak pernahnya habis. nak tengok macam mana kalo dah sampai 200-400 episod. ouwhhh,takda masa makk tawww! kalo bukan sebab nak temam mama, takda aku nak hadap sinetron ni. seriusss! aku dah insafff! walopun korang rasa cerita melayu mengarut, aku rasa cerita indon ni lebih mengarut,putar belit,dan tak best. drama ke movie sama saja. nak tau kenapa?

1. banyak sangat monolog. cerita jadi lembab macam kekura. contohnya macam cite safa dan marwah. adegan jawab panggilan.

kringgggggg!!! (bunyi telefon beliau)

"eh,mama? benar ini mama yang telifon. bermakna mama udah sadar. tapi ngapa ya mama telifon aku? ada hal apa ya?"

haihhhh, jawab je la bodohhhhh. kau nak bermonolog lagi buat apa!

dalam drama ketika cinta bertasbih juga sama. secara tidak sengaja tertengok adegan yang serupa. waktu telefon berdering. pelakon-pelakon dia sempat berdialog panjang membincangkan siapa yang menelefon. sampai telefon tu berhenti berdering. nak tau sapa yang call kau kena jawab ar. tanya orang sebelah kau buat apa! adehhh.

2. pegi ke muvie hantu indon lak. dahsyat... memang dahsyat. sapa taknak tengok pelakon-pelakon dia yang seksi-meksi ituh. tapi masalahnya watak hantunya cuma keluar dalam masa 15menet je dalam cerita. tapi scene perempuan pakai baju tutup 1/4 badan saja nak dekat sejam. yang tak pakai apa-apa pun banyak. dengan adegan yang panas. perghhh! ni porn ke cerita hantu... aku pun tak tau.

3. bab fokus, diorang memang hebat. tip top! kalo perasan la...bagi peminat sinetron memang perasan punya ni, waktu-waktu yang cemas diorang akan fokus sorang-sorang pelakon. kalo masa tu scene ada 20 orang, 20 orang tu la diorang fokuskan... dengan slow motion gituu... termasuklah tukang kebun yang muka nampak sebelah je... pastu mesti ada bunyi suspen. seiring la dengan riak wajah terkejut diorang. lambat... sangat lambat. tak heran cerita makan setahun nak abis. bukan tika waktu cemas saja, masa berdialog biasa juga. misalnya 4 orang berjumpa dengan watak utama nak ucap tahniah. 4 orang tu semua buka mulut. isi nak disampaikan lebih kurang sama aja pun.


so,kesimpulan dia bukan saja sinetron tu bosan malah menyampah nak tengok. ending pun dah boleh nak agak. so,apa yang menariknya? tapi kalo korang nak suka juga apa boleh buat. macam mama,kata malas dah nak tengok. tapi esok lusa tulat tengok gak. eh.. eh.. apa la mama ni. tapi bagi suri-suri rumah tangga memang diorang ni kerja tengok sinetron kan. tak boleh nak kata apa. huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...