Shoutbox






Isnin, 21 Februari 2011

lagi lagi hantu.. ada apa dengan hantu ha?



post sebentar. nak share movie latest aku tengok. aku taktau movie ni still ditayangkan kat pawagam ke tak. kalau dah takda nasib korang la. pi la beli dvd atau download kat mana-mana. "SINI ADA HANTU" hasil kerja james lee yang bikin movie "HISTERIA" lakonan liyana jasmey. pernah tengok cerita tuh? takda diam. yang ada tengok cerita tu boleh tahan kan? tapi tak sehebat mana. kalau hebat filem tu mesti david teo dah terkejar-kejar kat james lee nak tolong terbitkan apa-apa filem bikinan beliau selepas tu. ni tak. makna belum cukup umphhhh lagi. mintak maap je la.


start dari scene ni la kelakar. scene Bakri dapat tau Ah Meng sudah mati. kawan dia cerita hantu sudah mati. hahahaha.



cerita ni berkisarkan tentang Bakri dan Ah Meng yang terpaksa menghantar sebuah keranda ke upacara pengebumiaan selepas didesak dan digoda dengan wang overtime yang berlipat ganda daripada Rama,penyelia diorang. apabila Ah Meng bertanya soalan " kau percaya hantu tak?", bermulalah penceritaan hantu di antara mereka. ada hantu pokok pisang, hantu cina, hantu asrama, dan hantu jepun.

komen? boleh la. part depan bosan, part belakang kelakar. best! part depan cerita dia agak slow... itu pasal bosan. anyway, masa aku tau pasa sanda berlakon cerita ni.. aku expect dia watak utama. rupanya cuma watak selingan. watak hantu pulak tuh. dah tu takda dialog apa. tersenyum-senyum gatal je kerja dia. mengoda lelaki tidur setilam dengannya. salah seorang watak utama iaitu Baki Zainal yang kalau aku tak silap dia ni pengacara di 8tv, tak sangka kau pandai jugak berlakon. begitu juga Qhaud AF7. kesimpulannya, korang akan nampak ramai pelakon baru membintangi filem ni. anyway, syabas james lee!



marks: 6/10


banyaknya cerita hantu sekarang... semakin sempit lah pemikiran orang dengan perkara-perkara tahyul. harapnya tidak.


Ahad, 20 Februari 2011

nak kena pujuk eh? tampar nak?



Kau ada kawan yang type tak makan kata dan nasihat tak? Dia pinta pandangan dan nasihat kau, tapi bila kau dah bagi dia tak ambik pun. Still buat perangai.. still dengan cara dia. Pandangan dan nasihat yang kau dah bagi berbuih-buih tadi langsung tolak ke tepi. Aik, ingat senang ke nak lontar pendapat. Guna otak ok. Kena perah baru dapat itu idea. Alih-alih tak pakai lak. So apa ke motif dia datang kat kita mengadu bagai tapi masalah tetap jadi masalah yang tak berkesudahan. Apa raaa... buang karan aje. Anyway,bukan ini the real subject aku nak ketengahkan kat sini. Ada la sangkut pautnya juga pasal ia ada related dengan aduan sorang kawan aku ni. Tentang lelaki yang tak sampai sebulan kenal. Tak penah jumpa. Aku bahasakan kawan aku si P dan lelaki tu si L. Satu malam, aku dengan si P lepak kat bilik. Borak-borak kosong. Borak.. borak... borak... si P mula cerita tentang si L. Betapa bestnya episode perkenalan beliau dengan si L. Betapa merdunya suara si L kedengaran di corong henfon. Kebetulan esok kita orang bercadang nak keluar tengok wayang. Release tension dari assignment yang banyak. So,konon nak bersua muka. Tapi si P masih tak sure nak jumpa ke tak. Masih ada malu di jiwa. Mengada! Si P volunteer nak bagi dengar suara si L pada aku. Nak aku lak berborak dengan dia. Oraitt! No hal.Tanpa menunggu lama, Si P pun kol.



Trutttt truttttt trutttttttttttttt


P: assalamualaikum....

L: ...............................

P: buat apa?

L: ...............................

P: dengan kawan ni. Bincang nak beli apa esok.

L: ...............................

P: ha’ah, ala.... tengok la dulu. X janji.

L: ..................................

P: u pujuk la kawan i, dia nak ke tak ikut i jumpa u. Kalau dia taknak i pun tak.

L: .....................................

P: ok,u cakap dengan dia k.

(err, sorri. Aku tak tau si L kata hapa. kehkehkeh)

Henfon nokia E71 bertukar tangan....

Aku: hello..

L: hello..

Aku: ye?

L: ni kawan P?

Aku: ha, nak apa?

L: ermm... boleh tak setuju nak jumpa saya esok?

Aku: kalau tak boleh?

L: ala,boleh la. Saya nak jumpa dia.

Aku: saya kata... KALAU TAK BOLEH?

L: kalau tak boleh saya tak nak makan, tak nak minum, tak nak tidur.

Aku: ada saya kesah?

L: hmm,ikut suka awak lah..

Tuttt.... tuttt...tutttt


Berkerut dahi aku. Apahal mamat ni. Boleh lak matikan henfon mengejut. Biadap. Si P pun tanya kenapa. Aku bagitau la dia tetiba matikan henfon. Gaya x ubah macam orang merajuk. Laaa,rupanya memang gitu. Tiap kali si P kol, ada perkara yang buat dia kecik ati dia akan buat gitu. Merajuk. Sentap. Off henfon. Kahkahkahakahkah!!! Kelakar kelakar. Ada juga mamat macam ni kat dunia. Haihhh!

Esoknya, aku di inform si P ni jadi nak jumpa si L. Ha,bagus. Aku memang hendak sangat nak tengok muka encik sentap tuh. Dah jumpa, hmmm.... not bad. Encom. Tinggi. Dan aku agak dia ni spesis pemalu. Tak cakap pun dengan aku dan kawan aku yang sorang lagi. Pandang pun kejap-kejap pastu tunduk.

Dah tengok wayang, dah jumpa semua... kitorang balik hostel. Esok punya cerita lak. Si P datang mengadu yang si L ajak kapel malam tu. Hurmm,dah agak. Mesti jadi macam ni. So,apa masalahnya? Kapel jela. Kan encom. Hisy! Tak boleh. Sebab si P ni da ada boifren. Ni la yang aku maksudkan. Dah tau diri tu girlfren orang masih nak layan. Apa aku jawab? Senang. Kata kau dah ada boifren. The end. Apa kata si P? Dia kata taknak. Nanti si L ni taknak kawan dengan dia. Pulak.. Lerrr,kenal sebab nak berkawan ke. Tapi tengok gaya macam nak ajak bercinta. Perihatin sangat. Si P cerita lagi... dia tolak cinta si L. Kata nak berkawan-kawan dulu. Sebab kenal pun tak lama lagi. Itu alasan yang di beri. Lalu,si L pun merajuk. Sentap. Off henfon beberapa hari. (WTH??) Hadoiihhhh! Dia ni jantan ke pondan. Punyaaaa la sensitif. Hahaha. Tak salah merajuk. Sesekali. Kalau selalu, itu dah exaggerate. Baru aku tau, lelaki ni ada juga yang complicated. Kawan aku ni pun satu, dah tau perangai cenggitu, lagi mau pujuk. Manusia.. manusia.. ada-ada saja.






~jangan sesekali bermain api, kelak membakar binasa diri, jangan cuba mencari masalah, kerana bimbang penghujungnya parah~

Selasa, 1 Februari 2011

does i told you my boobs was too big for not shaking it..??


maaf jika telah merobek hati para teruna, duda, hookers, mahupun golongan lesbian yang terpedaya dengan tajuk entry di atas. tak ada kaitan langsung dengan apa yang aku nak tulis. normal kalau lelaki yang datang berkunjung kerana instinct curiousity mereka memang tinggi untuk bab-bab sebegini. untuk lesbianisme, apa kejadahnya kau ke entry nih. kelu jari-jemariku untuk berkata-kata.. ku tampilkan gambar di bawah sebagai pengganti bicara.

sebenarnya aku tulis sebab nak bagitau aku mungkin tak dapat nak update untuk seketika.. mungkin untuk beberapa lama... kenapa dan mengapa?

1. sebab sekarang skrin laptop aku biol. shaking manjang. kena antar repair untuk berapa ari.

2. assignment aku semua tak siap lagi. so aku nak fokus mencari bahan dan mengolah bahan.

3. exam mid term kian mendekat. aku nak buat preparation dari awal. *no last minute anymore. belajar dari yang sudah.

4. takda modal nak tulis. kah kah kah..

bagi yang mengunjungi blog ni, di minta meninggalkan alamat blog korang kat shoutbox agar dapat aku follow mollow blog korang. takda masa tulis blog, tapi punya banyak masa melakukan blogwalking ke merata blog di kala kebosanan di tahap maksima..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...