Shoutbox






Sabtu, 11 Ogos 2012

mahasiswa persoal isu kelayakan penempatan kolej




amacam, macam tajuk berita tak? ark ark ark.. ini isu paling hangat yang melanda mahasiswa mahasiswi UMS terutamanya senior tahun 3. ramai yang diterajang keluar.. berambus.. foot loose.. kasi chance itu adik adik junior duduk hostel lak. senior pepandai la pi cari rumah sewa ke kat luar. serius, ramai giler yang tak puas hati espescially bebudak semenanjung yang datang belajar kat situ. mana nak cari tempat tinggal sementara tunggu rayuan? bagaimana dengan isu pengangkutan? macam mana dengan perbelanjaan? yang menjadikan isu ni tersangatlah hangat apabila pelajar rasa di tipu dan tertipu. pihak pengurusan hostel selama ni sering menekankan bahawa kewujudan mysdp boleh menjamin pelajar untuk mendapat penempatan di sem berikutnya. thats why pelajar sanggup berhabis duit untuk aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak hostel. paling mengejutkan aku, isu ni sampai masuk berita harian doe. aku petik sedikit petikan daripada mahasiswa yang berani ini. 


"Saya kesal dengan situasi sebegini dan pihak pengurusan seharusnya membuat pertimbangan wajar dengan mengutamakan pelajar tahun akhir yang aktif untuk tinggal di kolej kediaman, mengambil kira faktor bebanan tugasan pelajar dengan urusan penyelidikan tesis dan latihan industri.

Kami sangat mengharapkan ihsan pihak pengurusan untuk membenarkan kami tinggal di kolej kediaman kerana lebih mudah untuk membuat penyelidikan di makmal serta perpustakaan. Faktor kewangan juga menjadi masalah kerana kadar rumah sewa di sekitar UMS agak mahal selain sukar mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam."

selanjutnya sile lah klik link di bawah ek.

pelajar tahun akhir ums rayu tinggal di kediaman kolej







disebabkan asakan soalan demi soalan oleh pelajar. pengetua kolej akhirnya muncul dengan memberi beberapa kenyataan dan penjelasan. di bawah ini antaranya:



"Pelajar keliru sistem MySDP. yang tahu pelajar aktif di kolej atau tidak adalah pihak pengurusan kolej bukannya MySDP. Kalau pelajar tak aktif di kolej, tapi aktif aktiviti sekolah dan luar kolej, masuk dalam MySDP, dah tentu ada point jugakan..itu mana dikira untuk penginapan kolej sebab tak ada sumbangan kepada kolej. Inilah masalah kalau MySDP dianggap sebagai kelayakan untuk dapat kolej. MySDP itu tiada kaitan dengan kemudahan penginapan kolej!"


hah,ini pula jawapan salah seorang pelajar:

"my sdp mmg bkn kelayakn, tp, seingat sy selama ini kami di war2kan bhwa mysdp bleh membantu kami mendapatkn kdiaman.. maafkn sy Dr., tetapi sy mahu tau, apa y sy dpt tau, ada kawan sy menyertai bbrape aktiviti d kolej e, ttpi tdak mndpt tmpt.. ada kwn sy, kurg aktif, setahu sy, dia tdak begitu menyertai aktiviti kolej.. so, apakah sebenarnya kriteria y dperlukn utk mndptkn kediaman? boleh tlg jelaskn supaya tidak lg berlaku kekeliruan pd masa akan dtg.."



hmm,setakat ni pengetua kolej belum lagi menjawab soalan. bila soal tak dapat hostel sudah diperjelaskan, isu rayuan pula jadi persoalan. sebab pelajar yang tak dapat hostel kalau boleh mahukan penempatan sebelum kembalinya mereka ke UMS. pelajar keliru dengan procedure yang diminta oleh pihak pengurusan. mereka minta bukti yang mengatakan pelajar aktif dengan aktiviti. sedangkan bukti tu semua pelajar pelajar sudah berikan kepada pihak pengurusan sebelum check out. aduhaii. 


i think pelajar tak perlu begitu merungut dengan hal ni. dan perlu ambil positive view. Sebagai seorang pelajar, kita harus bersedia dengan apa jua kemungkinan. Seperti kena tendang kluar. Kena positif. Kena terima hakikat. Mungkin dengan tiada nya penempatan, pelajar akan lebih menghargai kehidupan sebagai seorang pelajar. Menjadi lebih berjimat cermat dan berdisiplin. dah tahun akhir kan? better dihalau masa tahun akhir daripada dihalau masa tahun sebelumnya. betul tak? tiada siapa yang mahu menyalahkan pihak pengurusan. ini bukan salah mereka. bukan salah pelajar jugak. pelajar bertindak demikian kerana pelajar belum tahu jawapan bagi jalan penyelesaian terhadap major problem ni. where will students live especially semenanjung students when the lectures start? some of us dont have cars to go to ums easily. and we are not that rich to search for rents. Yep. mungkin sesetengah pelajar tidak menghadiri sebarang aktiviti. tetapi sebenarnya itu hak pelajar sama ada mengikuti atau tidak. beberapa pelajar mengorbankan waktu-waktu sibuk mereka untuk pembelajaran bagi mengikuti aktiviti-aktiviti  tetapi masih tidak mendapat sebarang tempat di asrama. perkara itu yang membuat pelajar marah. sekali lagi, itu mungkin bukan salah pihak pengurusan. dalam hal ini mungkin bukan pihak pengurusan saja orang yang memberikan keputusan sama ada kita mendapat asrama atau tidak. and to pihak pengurusan, rasanya problem ni memang sering kali timbul kan. patutnya jalan penyelesaian tu dah ada. anyway, hope semua orang boleh bersabar di bulan Ramadhan yang mulia ini. ah, hope aku pun dapat gak la hostel. kalau tak dapat terima je la wahai hati.


6 ulasan:

Unamn berkata...

adat belajar di mana-mana kena bersedia.. eh btw.. lagu blog ni sedap.. sorry saya tak reti nk tinggal jejak di shoutbox awak :')

adham ismail berkata...

banyaknya kucing....haha. :D

jA_ae(N) berkata...

izzati, yup. as student we must think further. ;)

jA_ae(N) berkata...

adham, hahaha. kucing tomel maaa

Sya Chot .. berkata...

pape pun good luck ok..:)

jA_ae(N) berkata...

thanks chot. nah coki coki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...