Shoutbox






Jumaat, 20 Mac 2009

huhu haha


tak tau nape aku suka lagu ni... tp cube tgk lirik dia. agak sweet bukan...??? huhu!




Korus:
Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbangku tetapkau yang punya



Verse 1
Bertukar pandangan,
senyumbersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputikah,
tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya,
telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas,
kadangkala terkurungkita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembalikembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi,
tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan,
aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop



Korus



Verse 2
Kerjayaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope


Korus


Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil,dua buang
kenapa mengeluh?dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasidi depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersamaku
bersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya
Korus
Kuhanya punya kau
dan hip hop


Outro
Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya




p/s lagu ni ku harap si dia bg haku. sebab dia byk kawan pompuan... katanyaaaaa..... kekekeke!

Ahad, 15 Mac 2009

af7 bermula!!!

Semalam konsert af pertama. Ramai yang beri spekulasi yg bermacam2… rungutan ntah hape2. Aku peng’skodeng setia kat @15. Aku tgk secara langsung kat sana. Tak tengok kat skrin besar (astro ria) Sebab aku nak tengok reaksi dorang neh tentang af musim ni. Belum lagi budak2 af tu buat persembahan, orang dah komplen macam2. Bayangkanlah… dari konsert mula…. Sampai abes konsert. Macam2 ketidakpuashatian chaters aku baca.

1. Pentas af suram la n rs mcm xmenarik spt musim2 yg lalu.
2. Pelajar af7 nih takde tagline… mcm mana nak ingat nama dorang?
3. Tak paham le. Transformasi apa ke benda ni. Lemau semacam jek.
4. Transform mende! Sound system pun murah!
5. Apa busan konsert af niey. Bj takde sponser ke? Pentas kecik macam tiru pentas 1 in million.
6. Woi…. Sound system beli kat chow kit ke? Macam bunyi konsert fun fair.
7. Pakaian dorang sempoi semacam. Macam nak pergi shopping jerk.
8. Aperaaa… ramai pelajar pakai bj bundle jek. Mana nk sedap nyanyik… huahua.
9. Asal bj simple sgt? Konsert cm suram je…boring la…
10. Apsal la bj bdk2 af ni mcm sebu je. Bj pi audition lg gempak.
11. Nak kasi transformasi konon. Pentas tak Nampak live. Sempit. Suram. Itam. Af7 teruk!
12. Audio dan stage paling hancus dlm sejarah af.
13. Ni konsert af ke anugerah era…ade tagline pelajar ke takde….tarian menuju puncak oleh pelajar ke oleh penari


Ha,see! Ni baru sket… kalo aku senaraikan semua,mau beratus2 komplen ni! Dan ramai yg tidak puas ati tang stage, sound dan baju. Adoih! Kalo pentas besar bagai nak rak pun korang komplen gak. Kalo baju meletop letop pun korang kutuk gak! So tipikal la pemikaran org melesia neh. (eh,aku pun org melesia gak. Masuk aku sekali le tuh. Tukar2) tipikal sgt la pemikiran manusia neh! Huhuhu! Bagi can la yek. Bagi ruang sket… kan baru konsert pertama. Jangan la kecoh sesangat. Bagi la can sampai konsert ke 3. Kalo dah konsert ke 5 pun tak ok gak, memang la… memang terok! Dengan aku sekali ikut kutuk kang. Hakhakhak!

p/s: wei,kembalikan jasmi rejab! Makcik tu reka baju memang tak leh blah!

Khamis, 12 Mac 2009

U & i... best!

Hari sukan sekolah,banyak pulak cekgu tak hade. Bosan giler…. Hari ni,pagi2 lagi aku dah cerita dengan kawan aku bab #$@%5. Isk! Bukan apa. Kawan2 aku kat fom6 skrg ni memang otak nguk2 sket. huhu! Masa pertama kitorang tak belajar. Cekgu ajak layan cite u & i. ha?? Apa tu? Ala,upin & ipin ah! Kekekeke. Aku dengar cite upin & ipin kat pawagam tu meletop. Tiket habis jual. Bila aku tengok sendiri…. Pehh! Memang best ah cite tuh. Kelakar. Lagi2 muka katun2 kat upin & ipin cute2 belaka. Tapi aku heran… apa hal dorang buat upin& ipin tu kepala botak ek? Apa motif?

Hari ni jugak aku dapat tengok dak2 lepasan spm ambik result. Dengar kata ramai yang dapat A tahun ni. Tahniah le… Masa aku pegi koperasi( masa tu rehat time!) aku terkejut tba2 ada budak ni jerit. Dekat dengan aku pulak tu. Rupa2nya dia dapat 5A. Lerrrr, ingat kena hysteria ke hape! Boleh aku tolong bacakan yassin. Dapat 5A pun nak kecoh. Bukan dapat 20A pon! Tapi kan,mungkin dia tak guess yang dia kan dapat 5A. sebab tu nampak eksaited sesangat. Aku tak pernah la nak jerit2 macam tu… hepi2 bagai nak rak bila dapat result. Sebab result aku… err…result aku kan…. ermm.. Hehehehe! :-P

Isnin, 9 Mac 2009

hepi besday!!

Aku bangun awal. Semangat nak tengok perarakan sempena besday rasul. Walaupun dah lewat. Dah kul 9 pun. Biar ah. Aku nak gak tengok! Nak jugak! Sejak aku pindah ke sini, tak pernah sekalipun aku tengok perarakan besday rasul neh. Aku tak redy lagi nak pergi. Tak tahu baju apa nak pakai. At last,aku pilih baju kurung moden kaler biru. Sebenarnya, aku niat pakai baju kurung moden kaler krim…baju krim tu berseluar. senang nak gerak. tapi baju tu bila aku pakai, dah macam baju pengapit pengantin pulak. Bukan haku yang cakap…orang lain yang cakap. Sebab haku pernah pakai baju tu semasa mejlis rumah terbuka hari raya kat sekolah haku. Jalan2 kat bandar sesak siot! Dekat sejam gak aku duk dalam kereta. Banyak jalan kena tutop le. Dah sampai kat dataran, aku tengok ramai peserta2 perarakan dah duduk menunggu keputusan juri. tunggu bukan main lama. Dah la panas! Sesak pulak! Haih! Kenapa la ko pulau Labuan,asek panas aja la! Patut la aku tak pernah nak putih smola sejak datang sini. huh! apa2 pun,sambutan maulidur rasul memang best. bukan selalu nampak umat islam berkumpul sambil pakai baju melayu dan kurung. meriah gitewww!


Ahad, 8 Mac 2009

cinta aku???

Aku suka kat sorang laki ni. Sekarang aku jalin hubungan dengan dia. Walaupun tahu percintaan alam maya ni mungkin tidak menjanjikan cinta yang lama…tapi aku pasrah. Sebab aku dah jatuh sayang dengan dia. Sayang betul2 ni! Seyes! Dulu aku banyak main bila bercinta. Tapi bila break, meleleh gak la ayor mata. Dari pengalaman cinta munyet aku sebelum ni, aku dapat detect macam mana perangai2 org laki sesetengahnya. So,sebelum aku kenal dengan kerel,aku memang berhati2 dalam memilih cinta. Kerel aku kenal dari YM…sebagai krazee_designer. Kerel ni, aku tak tau la. Dia ni something ah. Ada sesuatu tarikan yang kuat buat aku suka kat dia. Nak terus berkawan dengan dia.. sampai sekarang dah hampir setahun lebih kenal kerel. Aku bahagia. Aku hepi. Walaupun ada gado2 sket. tapi disebabkan ada saling persefahaman dan tolak ansur,ok terus. Kita sendiri dah sedia maklum,dalam setiap percintaan kepercayaan tu tersangat la penting. Hape lagi buat kitorang yang jauh ni. Memang kena saling percaya. Aku tak tau apa dia buat kat sana. Dan dia tak tau apa aku buat kat sini. Bila2 saja boleh curang. Boleh buat skandal giteww! Trend la kan sekarang. Dan sebab tu la ada satu kes aku selisih faham dengan dia. Kes kepercayaan ni la. Tapi naseb baik cara yang aku gunakan baek. Bukan terus suspek dia. Tapi aku tanya dia elok2. Walaupun aku tau dia sedih sebab pk aku tak percayakan dia mula2,tapi akhirnya dia paham jugak. Fuhh!

ha ni dia. korang dapat tengok mata cukop ah. huahua!


Kerel tak ensem, tak kacak, gemok pulak tu,pkai spec ala2 budak nerd…tapikan bagi aku dia comel. Huhuhu! ß(‘angau!’) Dulu aku kadang2 suka gak ngata orang yang kapel dengan laki gumuk. Last2 aku pun sangkut. Padan muka haku! Tapi sikap dia sebenarnya la yang buat aku sayang. Baik,caring,sweet,romantic…suka mengusik. Hee! Aku dah suka dah ni. Bgtau lebey2 kang orang ingat aku syok sendiri pulak. Hakhak! I love him. Just the way he are. That’s it. Sayang, I may not to see you often, I may not get to hold you in my arm all through the nights, but deep in my heart I truly know you the one that I love…(^.^)v

i'm not weird, i'm given!

Aku tau ada makhluk tuhan yang pernah dekat dan mengenali aku merasakan diriku ini pelik. Mereka tak pernah cakap kat aku, tapi aku dapat menangkapnya. Ni antara perlakuan pelik aku yang aku sendiri rasa pelik gak kadang-kadang:

Suka berseorangan.



Mak aku selalu pergi Brunei sebab ayah kerja sana. So,aku sering kena dump duk rumah sorang2 jadi penunggu. Kalo orang lain dalam keadaan ni mesti rasa best kan. Dapat kuar bebas la. Pi pub clubbing,pkai seksi2,buat parti,kuar tengah malam,tertonggek2 jadi minah rempit dan tak kurang jugak ada yang mengambil kesempatan ni bawa budak laki aka bf masuk rumah. Pehh! Best tu. Gila tak best. Tapi bila perut bulat pandai2 la sendirik. Tapi aku tak macam tu. Dulu pernah la aku buat. Aku ambik peluang tu kuar rumah jalan2 waktu malam. Pastu aku tak buat dah. Sebab aku rasa bersalah kat mak bapak aku…(kes kuar tak mintak izin). Korang kena paham la, budak baik kalo buat salah mesti rasa tak kena kan.. macam haku. Hukhuk! Mak aku akan tinggalkan aku paling lama pun 3 minggu. Bila aku beritahu hal ni kat kawan2, ramai yang mengajak aku tinggal rumah mereka, pergi jalan2,tengok band,pi pub la. Tapi aku reject! Di sini orang buat anggapan yang aku ni anti-sosial dan tak suka bercampur dengan orang, tak suka hiburan dan membosankan. What a narrow thinking person!



Senyum dan gelak.



Aku perasan hal ni setiap kali aku duduk bersama sekumpulan orang2 yang rancak bergosip x hengat donia. Hinggalah pada satu ketika mereka buat kelakar. Aku yang duduk sebelah khusyuk dengar cerita mereka pun ikut la ketawa. Tapi aku tak la ketawa sampai kuar anak tekak. Biasa2 jek. Aku kaver2 la sket. Agak2 la kan. Kalo macam tu dah lama la aku kena penampo. So, bila dah aku gelak mereka macam heran kenapa aku ikut gelak sama. Padahal aku bukan join cerita mereka tu. Isk! Dah mereka buat kelakar,mestilah aku gelak. Aku ni jenis yang mudah ketawa. Dengar je lawak yang aku rasa lucu aku gelak la. Paling tak pun aku senyum jek. Satu lagi masa haku tinggal sorang. Ada yang perasan aku gelak sorang2 kat rumah. Yela,dah aku tengok cerita kelakar kat tv,takkan aku nak nanges pulak! Gila ke hape. Lagipun bila aku gelak,aku dapat buang rasa kesunyian aku. Lain orang lain la caranya. Pelik ke tu?



Bercakap dengan binatang.







okay you're weird.





Haha! Ni selalunya jiran2 aku yang nampak. Aku bercakap dengan kuceng. Aku pun tak tau. Tapi aku suka cakap dengan kuceng jiran aku ni. Sampai la sekarang ni kuceng tu makin kerap bertandang ke rumah. Satu hari, jiran sebelah dengar aku semacam cakap dengan seseorang. Walhal aku tinggal sorang kat rumah tu…(ni mesti kes syak aku bawak laki masuk rumah ni). Jadi dia pun tanya. Aku jawab aku cakap dengan kuceng. Aku tengok dia tersenyum dan terus blah. Aku bukan setakat cakap dengan kuceng saja. Dengan binatang lain pun ye gak. Macam semut. Masa tu aku nak mandi. Aku pesan kat semut tu, “Ko jangan nak jalan sini. Kang aku simbah ko dengan air!” pastu aku letak tangan aku suruh dia naik. Bila dia dah naik aku pindahkan dia ke tempat selamat untuk dia jalan. Nampak betul gila bukan? Tapi bagi aku, binatang ni makhluk tuhan yang bukan setakat kita perlu jaga,beri makan minum dan tempat berlindung. Ada masanya kita perlu berkomunikasi dengan mereka. Jangan sengaja bunuh mereka. Siapa tahu, di akhirat kelak mereka bantu kita masuk syurga???

tamat minggu ujian

minggu exam minggu memecahkan kepala!
minggu lepas dan hari2 sebelumnya, proses kepeningan kepala haku melanda. biasa la,ujian awal tahun. tu baru ujian. pasni nak exam pertengahan pulak. hadoii! sepanjang minggu ujian,haku memang dah set nak datang. yela,tak pernah aku full kan kedatangan aku bila exam dah fom6 neh. aku tengok soklan dia boleh la tahan. belum tahap mencabar keupayaan kepala hotak geliga aku ni lagik. tapi pening gak la nak jawab. mana tak,belajar last menet. memang cari nahas sendirik. tapi paling aku frust,aku tak sempat nak siapkan satu soklan tamadun dunia. sah2 la aku score rendah subjek tu. arggghhhh! gerammmmm! aku mati2an belajar sejarah. bila tak sempat jawab soklan yang haku target dapat score tinggi,memang haku rasa nak hempuk kepala kat dinding la! kecewa abes.
psstt2..haku nak cerita. sebelum ujian aritu aku kena panggil dek pengetua. kira ada date la dengan dia. apa kes?? sebab tak datang skolah ah.! mula2, takut jugak. tapikan, selepas selesai date pengetua tu,persepsi aku kat dia dah laen. aku jadi suka pulak. pengetua saharrr....ailebiuuuu! hakhak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...