Aku tau ada makhluk tuhan yang pernah dekat dan mengenali aku merasakan diriku ini pelik. Mereka tak pernah cakap kat aku, tapi aku dapat menangkapnya. Ni antara perlakuan pelik aku yang aku sendiri rasa pelik gak kadang-kadang:
Suka berseorangan.
Mak aku selalu pergi Brunei sebab ayah kerja sana. So,aku sering kena dump duk rumah sorang2 jadi penunggu. Kalo orang lain dalam keadaan ni mesti rasa best kan. Dapat kuar bebas la. Pi pub clubbing,pkai seksi2,buat parti,kuar tengah malam,tertonggek2 jadi minah rempit dan tak kurang jugak ada yang mengambil kesempatan ni bawa budak laki aka bf masuk rumah. Pehh! Best tu. Gila tak best. Tapi bila perut bulat pandai2 la sendirik. Tapi aku tak macam tu. Dulu pernah la aku buat. Aku ambik peluang tu kuar rumah jalan2 waktu malam. Pastu aku tak buat dah. Sebab aku rasa bersalah kat mak bapak aku…(kes kuar tak mintak izin). Korang kena paham la, budak baik kalo buat salah mesti rasa tak kena kan.. macam haku. Hukhuk! Mak aku akan tinggalkan aku paling lama pun 3 minggu. Bila aku beritahu hal ni kat kawan2, ramai yang mengajak aku tinggal rumah mereka, pergi jalan2,tengok band,pi pub la. Tapi aku reject! Di sini orang buat anggapan yang aku ni anti-sosial dan tak suka bercampur dengan orang, tak suka hiburan dan membosankan. What a narrow thinking person!
Senyum dan gelak.
Aku perasan hal ni setiap kali aku duduk bersama sekumpulan orang2 yang rancak bergosip x hengat donia. Hinggalah pada satu ketika mereka buat kelakar. Aku yang duduk sebelah khusyuk dengar cerita mereka pun ikut la ketawa. Tapi aku tak la ketawa sampai kuar anak tekak. Biasa2 jek. Aku kaver2 la sket. Agak2 la kan. Kalo macam tu dah lama la aku kena penampo. So, bila dah aku gelak mereka macam heran kenapa aku ikut gelak sama. Padahal aku bukan join cerita mereka tu. Isk! Dah mereka buat kelakar,mestilah aku gelak. Aku ni jenis yang mudah ketawa. Dengar je lawak yang aku rasa lucu aku gelak la. Paling tak pun aku senyum jek. Satu lagi masa haku tinggal sorang. Ada yang perasan aku gelak sorang2 kat rumah. Yela,dah aku tengok cerita kelakar kat tv,takkan aku nak nanges pulak! Gila ke hape. Lagipun bila aku gelak,aku dapat buang rasa kesunyian aku. Lain orang lain la caranya. Pelik ke tu?
Bercakap dengan binatang.
okay you're weird.
Haha! Ni selalunya jiran2 aku yang nampak. Aku bercakap dengan kuceng. Aku pun tak tau. Tapi aku suka cakap dengan kuceng jiran aku ni. Sampai la sekarang ni kuceng tu makin kerap bertandang ke rumah. Satu hari, jiran sebelah dengar aku semacam cakap dengan seseorang. Walhal aku tinggal sorang kat rumah tu…(ni mesti kes syak aku bawak laki masuk rumah ni). Jadi dia pun tanya. Aku jawab aku cakap dengan kuceng. Aku tengok dia tersenyum dan terus blah. Aku bukan setakat cakap dengan kuceng saja. Dengan binatang lain pun ye gak. Macam semut. Masa tu aku nak mandi. Aku pesan kat semut tu, “Ko jangan nak jalan sini. Kang aku simbah ko dengan air!” pastu aku letak tangan aku suruh dia naik. Bila dia dah naik aku pindahkan dia ke tempat selamat untuk dia jalan. Nampak betul gila bukan? Tapi bagi aku, binatang ni makhluk tuhan yang bukan setakat kita perlu jaga,beri makan minum dan tempat berlindung. Ada masanya kita perlu berkomunikasi dengan mereka. Jangan sengaja bunuh mereka. Siapa tahu, di akhirat kelak mereka bantu kita masuk syurga???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan