Aku bangun awal. Semangat nak tengok perarakan sempena besday rasul. Walaupun dah lewat. Dah kul 9 pun. Biar ah. Aku nak gak tengok! Nak jugak! Sejak aku pindah ke sini, tak pernah sekalipun aku tengok perarakan besday rasul neh. Aku tak redy lagi nak pergi. Tak tahu baju apa nak pakai. At last,aku pilih baju kurung moden kaler biru. Sebenarnya, aku niat pakai baju kurung moden kaler krim…baju krim tu berseluar. senang nak gerak. tapi baju tu bila aku pakai, dah macam baju pengapit pengantin pulak. Bukan haku yang cakap…orang lain yang cakap. Sebab haku pernah pakai baju tu semasa mejlis rumah terbuka hari raya kat sekolah haku. Jalan2 kat bandar sesak siot! Dekat sejam gak aku duk dalam kereta. Banyak jalan kena tutop le. Dah sampai kat dataran, aku tengok ramai peserta2 perarakan dah duduk menunggu keputusan juri. tunggu bukan main lama. Dah la panas! Sesak pulak! Haih! Kenapa la ko pulau Labuan,asek panas aja la! Patut la aku tak pernah nak putih smola sejak datang sini. huh! apa2 pun,sambutan maulidur rasul memang best. bukan selalu nampak umat islam berkumpul sambil pakai baju melayu dan kurung. meriah gitewww!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan