Shoutbox






Isnin, 20 Jun 2011

unconscious..



tersungkur jatuh rebah tidak berteman

di hina, di pandang rendah, di perlekehkan

tanpa sedar membantu diri untuk bangkit teguh mendaki puncak impian




Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next success. Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.

Khamis, 16 Jun 2011

sebersih air di sungai jangan sangka tiada taik


based on true story




hari ni aku terjumpa sum1 yang aku kenali
tak pernah bertegur sapa namun senyuman di bibir sentiasa menjadi pengganti bicara
ku lihat dirinya sebagai lelaki yang baik
berketerampilan kemas dan murah senyuman
namun semua itu dusta semata
kau mendekatiku kerna ingin meragut kesucian yang ada padaku
kau mengekoriku tanpa mempedulikan amaranku
kau terus menggesa dan mendesak memintaku menyerahkan tubuhku demi kepuasanmu
ahh,kau memang setan
silap diriku menilai dirimu
rupanya kau berselindung di sebalik paras rupamu yang super inesen ituh
kau biarkan aku terkontang kanting setelah kau dapat apa yang kau mahu
dasar jantan tak guna you!
hey,girls. if uols jumpa jantan ni dont ever care tau
bcoz he such a hell guy who loves to stalker
no wonder his name like dat.."stalker"

present by -p0c0-


now wut? ar u talking bout me?

Sabtu, 11 Jun 2011

nak kulit cerah? baca ni.



okay,i like to share to uols new product yang i guna.
gambar atas ni ialah Whitening Gluta Soap (WGS)
nak tau khasiat gluta ni uols boleh survey sendiri kat tenet
sangat memuaskan
sekarang dah guna near 2 months
ada nampak perubahan
muka nampak cerah
berjaya memudarkan parut jerawat
nak lebih berkesan uols kena pandai jaga makan
terutama yang kulit bermasalah
dan jangan terlalu lama terdedah dengan panas terik matahari
nanti hasil dia lambat lah
1 bar boleh guna lama
but make sure 1 bar kerat dia jadi 4 or 5
supaya boleh guna lebih lama dan lebih jimat
sebab rege dia rm48
mahal tapi berkesan
cakap banyak pun tak guna
uols torai sendiri okay




sila2 klik link di bawah kalau nak WGS:




p/s: testimoni biasaa tunjuk gambar bukan. baru nampak meyakinkan. but, im sorryyy. (sambil buat gaya amir RL) i pemalu.. auwww.


Jumaat, 10 Jun 2011

sabar itu nikmat,hikmah itu hadiah


"setiap perkara itu terjadi ada hikmah." selalu dengar ayat ni? selalu. tapi selalu ke kita mengingatinya? sebab manusia ni pandainya merungut tanpa sudah. komplen itu ini. cket2 mengeluh. cket2 buat muncung itik. kekadang manusia ni juga tak sedar apa yang mereka dah lakukan. tak sedar bahawa mereka dah mempertikaikan apa yang Allah tentukan untuk mereka di dunia.


hari ini aku merenung banyak hal tentang diri sendiri. kebetulan time ni aku sakit. batuk, dada sakit. pedih jer rasa. tapi bila pikir semula, semua tu ada hikmahnya. kenapa? supaya lepas ni aku perlu menjaga diri dengan lebih baik dan juga peringatan untuk aku minum air suam lebih banyak. sebotol kecik mineral tu mana cukup maa. keluarga aku pula kena musibah. hasil buatan orang. tapi kami redha. semua tu takkan jadi tanpa izin Allah. kami sekeluarga sabar saja walopun orang berkenaan sering melakukan banyak kezaliman kepada kami. entah apa yang buat beliau sakit hati sangat. nantikan pembalasan yang Maha Kuasa. kalau bukan di dunia, di akhirat kau dapat. mungkin dia pikir dengan ilmu menyimpang dia tu dia boleh buat kami menderita dan takut kepadanya. maaf, rezeki kami lebih mencurah2 sekarang. dan kami sekeluarga maintain bahagia. sekarang aku bekerja, dapat la aku rasa bagaimana peritnya mencari rezeki. so aku tau how my parents work very hard for their three kids. aku tau juga betapa penatnya Bobet spend most of his time to work untuk support familynya. dengan gaji cket yang aku dapat, i know betapa susahnya nak bahagikan duit belanja dan duit simpanan. belum masuk lagi hutang PTPTN and other bills yang kena aku langsaikan kelak. fuhh! memang tak lah. this experience allow me to study more hard and serious, so i can get better job and payments. muehehehehe!


begitu juga ketika di U, ada satu ari tu aku terpaksa jalan kaki pi kuliah. sebab aritu ada kempen jaga alam sekitar. so bas hanya ada pukul 6-8pagi. start dari pukul 9-5 ptg bas tak kena bagi masuk. ok, i know, its my own fault sebab lambat turun. padan muka aku. tak pasal2 kena jalan kaki sejauh 4km. penat? ohh,tak. seronok ada. dont know why. but im enjoy it. mungkin kerana aku dah biasa. masa kecik2 dulu, pi sekolah rendah memang jalan kaki. abah just ambik masa aku dok tadika. pastu pepandai le balik sendiri. see? jika aku tak pernah jalan kaki sejauh tu sebelum ni, mungkin aku terpaksa ponteng kuliah. bukan sekali hal ni terjadi. semasa sekolah menengah pun sama. masa tu ada kelas tambahan bahasa Arab. tunggu punya tunggu bas tak timbul2. nak naik bas awam duit takda. no choice. terpaksa jalan kaki balik rumah. takkan aku nak nangis guling2 atas jalan raya minta simpati orang. gila hape. dengan beg galas yang super duper berat, aku ringankan kaki untuk melangkah. pantang jumpa bus stop, aku akan berhenti. duduk rehat kat sana. jarak sekolah dengan rumah kemain jauh lagi. tapi aku gagahkan jua kaki. sambil berjalan aku menyanyi. bagi hilang rasa takut di hati. jalan sorang2 mana tak takut. lebih2 lagi masa tu baru form1. balik rumah mama tanya kenapa muka merah. aku yang dah tak mampu nak cakap apa terus cium tilam. uhukk!!!

hampir setiap perkara yang terjadi tu ada hikmah, setiap tingkah laku kita dan setiap tindakan kita. oh,tak. bukan hampir. tapi kesemua perkara yang terjadi ada hikmah. kalau nak cerita semua memang tak boleh. Allah bagi kita susah sekarang sebab Dia nak kita senang kemudian. ^^ kau orang amacam? pernah terpikir mengenai hikmah yang kau orang dapat tak?




~People are not happy today because they are not thankful~

Ahad, 5 Jun 2011

bangsat punya cucu.


‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.



ini antara berita yang menyebalkan di hari minggu. sebagai seorang yang tidak pernah menerima kasih sayang seorang atok dan nenek, aku sangat terkesan membaca berita ini. buduh punya cucu. mereka dah tua. kau pukul buat hape. bangang.


baca berita selanjutnya di myMetroCucu hati iblis



manusia la ni, lebih jahat dari iblis. binatang nampak lebih mulia.
padahal manusia itu sebaik-baik kejadian Allah ciptakan..~

Selasa, 31 Mei 2011

bila poket kosong bersuara minta diisi.


ahh! lama gila aku tak post. semua gara-gara nak fokus belajar. now aku cuti. wuhuuu! 3 bulan lebih tuh. dah penat belajar bagai nak gila, sekarang masa tuk berehat. Bobet aku kata, kalau tak dapat anugerah dekan tak tahulah. sebab kat sana masa banyak diisi dengan belajar. harap masinlah mulut dia. belajar bagai nak rak, kalau dapat result hampeh gak aku tejun kolam kekanak. kahkahkah.. balik kampung halaman, duk rumah seminggu. bosan dowh. terus pikir mau cari kerja. cari kerja yang boleh dapat cuti, bos baik hati, gaji tinggi. muehehehe.. aku cari dengan teman rapat aku. susah juga cari kerja ni. lagi-lagi time cuaca terik. cepat je rasa putus asa tu datang menerjah sanubari. merata tempat kitorang pergi, banyak kedai juga kitorang masuki. kaki dah penat, kepala dah berat. so kitorang pergi ke satu lokasi yang dijangka lokasi terakhir untuk pencarian kerja. Alhamdulillah, usaha yang tak sia-sia. bagai rezeki mencari tuan. kami berdua diterima bekerja di tempat yang sama. bos pun baik. cun dan putih gebu. mix melayu cina. tapi maaf bebanyak. dah tittle bini orang yer. laki dia pun orait. cuma gaji tak seberapa. tapi tu bukan menjadi masalah. pengalaman tu lebih berharga bukan. so tak payah lah demand sangat kalau cari kerja. bagi mereka yang kat luar sana, yang takdak kerja tu mai lah kerja. tak rugi, untung pasti, jika ikhlas di hati. tak kesah gaji tak seberapa tinggi, yang penting poket terisi. he he he..


Isnin, 21 Februari 2011

lagi lagi hantu.. ada apa dengan hantu ha?



post sebentar. nak share movie latest aku tengok. aku taktau movie ni still ditayangkan kat pawagam ke tak. kalau dah takda nasib korang la. pi la beli dvd atau download kat mana-mana. "SINI ADA HANTU" hasil kerja james lee yang bikin movie "HISTERIA" lakonan liyana jasmey. pernah tengok cerita tuh? takda diam. yang ada tengok cerita tu boleh tahan kan? tapi tak sehebat mana. kalau hebat filem tu mesti david teo dah terkejar-kejar kat james lee nak tolong terbitkan apa-apa filem bikinan beliau selepas tu. ni tak. makna belum cukup umphhhh lagi. mintak maap je la.


start dari scene ni la kelakar. scene Bakri dapat tau Ah Meng sudah mati. kawan dia cerita hantu sudah mati. hahahaha.



cerita ni berkisarkan tentang Bakri dan Ah Meng yang terpaksa menghantar sebuah keranda ke upacara pengebumiaan selepas didesak dan digoda dengan wang overtime yang berlipat ganda daripada Rama,penyelia diorang. apabila Ah Meng bertanya soalan " kau percaya hantu tak?", bermulalah penceritaan hantu di antara mereka. ada hantu pokok pisang, hantu cina, hantu asrama, dan hantu jepun.

komen? boleh la. part depan bosan, part belakang kelakar. best! part depan cerita dia agak slow... itu pasal bosan. anyway, masa aku tau pasa sanda berlakon cerita ni.. aku expect dia watak utama. rupanya cuma watak selingan. watak hantu pulak tuh. dah tu takda dialog apa. tersenyum-senyum gatal je kerja dia. mengoda lelaki tidur setilam dengannya. salah seorang watak utama iaitu Baki Zainal yang kalau aku tak silap dia ni pengacara di 8tv, tak sangka kau pandai jugak berlakon. begitu juga Qhaud AF7. kesimpulannya, korang akan nampak ramai pelakon baru membintangi filem ni. anyway, syabas james lee!



marks: 6/10


banyaknya cerita hantu sekarang... semakin sempit lah pemikiran orang dengan perkara-perkara tahyul. harapnya tidak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...