Shoutbox






Rabu, 11 Julai 2012

depan mata memang tak nampak kan

Sometimes all we need or I need is a little appreciation. At the same time, let us not forget to appreciate others around us. kita ni sebagai manusia kekadang pandai menghargai dan kekadang macam haram tak pandai nak appreciate orang kan. orang dah banyak tabur budi, beri pertolongan masa susah tapi bila turn mereka pulak susah, korang tak usaha pun nak tolong. hahh hahh, sapa? baik ngaku cepat. ark ark ark. jangan sampai orang taknak bantu kita lagi baru nak menyesal.

menyesal... ya, kita ni bila dah takda nanti baru menyesal. kerja bila dah terlepas baru nak menyesal. kalaulah aku kerja dengan jujur, kalau lah aku tak pecah amanah, kalaulah aku tak main rasuah tentu tak kena buang, baru nak menyesal. istilah melayunya, dah betul betul terhempap atas lantai simen baru nak rasa sakit. kebanyakkan kita gitulah. bila si isteri dan suami meninggal kan kita, baru perasan kebaikan dia. selagi dia ada, tak nampak-nampak pulak kan. dah kantoi exam baru nampak tak berusaha keras. emak ayah meninggal dunia baru nak hargai barang peninggalan mereka. tak sampai hati nak buang. rasa berdosa. yelah, masa mereka hidup jenguk pun tak.


=D


kebanyakkan manusia gitulah. Elvis presly tu, bila dah mati, sibuk orang sebut-sebut, tiru gaya beliau, pakaian dan gaya nyanyian. Micheal jackson bila dah takda, sibuk orang beli album beliau. meletup-letup lebih dari semasa dia hidup. Allahyarham P. ramlee dan Sudirman dah meninggal dunia baru nak bagi tittle Datuk. see, betapa kita ambik mudah benda depan mata dan benda dalam tangan. pasal tu orang terlepas peluang, melepaskan peluang, sebab dia tak nampak peluang tu sebagai peluang, takda usaha, maklum mesti dapat gitu. tahu-tahu, gadis pujaan dipinang dek orang lain, ha baru gelabah, baru nyesal.

nak seru semua orang, tolong hargai apa yang ada di tangan. selalunya kita lebih menghargai benda yang kita susah nak dapat. bagi benda yang senang di dapati juga hargailah. siapa tahu ianya bernilai di masa hadapan. siapa tahu benda tu yang boleh membantu kita. dont take it easy.  kalau kerja hagailah kerja tu sebab ia boleh tak ada besok paginya. jangan buat main. kalau isteri atau suami hargailah dia sebab besok boleh jadi dah tak ada dia. melaung kita kat kubur tak ada maknanya lagi. kalau ada rakan, hargailah sebab diorang jugak yang akan kita cari bila susah nanti. senang cerita macam keretalah. tak payah jaga kalau nak tau resultnya. buat tak reti kerosakkan- kerosakkan kecil, sekali satu hari tu dia tak nak jalan masa nak pergi kerja, ha, macam mana tuh? 


appreciate each moment you have =)


hargailah, hargailah orang lain terutamanya mereka yang dekat dengan kita. yang selalu berbuat baik dengan kita. yang selalu ada untuk kita. kalau tak mampu hargai dengan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan, cukuplah dengan memberi mereka keprihatinan, kejujuran dan kesetiaan. hargai walaupun hanya dengan secebis senyuman. 


Isnin, 9 Julai 2012

can't stop cursing road user





again, todays monday blues. mulakan ari senin korang dengan senyuman. dan akhirinya dengan senang dan perut kenyang. bagi yang duduk rumah macam aku. hahahaha. yang sekolah dan bekerja tuh pepandai la tahan perasaan korang. 


ok, ambik mood serius. nak cakap sikit pasal pengguna jalan raya di malaysia. takmau ambik secara keseluruhan sebab taktau negara lain perangai diorang di jalan raya macam mana kan. tak boleh nak judge semua orang sama. semalam, aku keluar duduk santai waiting for my mum kat terminal. sebelah aku ada seorang makcik. aku rasa dia dari Brunei. kira nak balik ke tempat asal beliau la. tunggu masa feri datang. dia ada tanya kenapa pemandu di malaysia tiada adab. aritu dia jenjalan kat sini, dia lalu di laluan garisan kuning tuk melintas.. "zebra crossing". tapi kereta takmau berenti bagi laluan. selamba badak jalan macam taktau peraturan. dia bandingkan dengan pengguna jalan raya di Brunei yang lebih baik. aku angguk. setuju. sebab aku pun pejalan kaki. paham la apa makcik tu maksudkan. dan aku sendiri penah duduk di Brunei selama 10 tahun. really, jauh lebih bagus. bukan nak bias. tapi tu la hakikatnya. kazen aku yang 1st time bawak kereta pegi Brunei pun puji pemandu pemandu di sana. berhemah. not 100%. pasti ada segelintir yang bangang. but majoriti good. pemandu pemandu di Brunei, nampak orang melintas dari jauh lagi diorang dah berenti, then tunjuk signal suruh lalu. walaupun takda "zebra crossing". how sweet. malaysia?? selagi ada ruang, dia akan jalan. tak maunya diorang berenti. kekadang kaki ni hampir hampir dengan muncung kereta. damn. aku percaya tak semua macam tu. but, sorry to say. majority of us like that.








pada pendapat aku lah kan, tak kisah la korang setuju ke tak.. dua faktor pengguna jalan raya yang membawa kepada kemalangan ialah sikap pengguna tu sendiri dan 'inappropriate state'. sikap utama adalah KURANG sabar. orang yang kurang sabar, mereka tak ambik pertimbangan yang panjang, bertindak melulu dan mementingkan diri. so tak mustahil mereka ni melanggar disiplin jalan raya. contoh? macam yang tadi ler, orang nak lintas tak bagi jalan.. lampu isyarat dah merah still nak jalan.. takda lesen lagi dah bawak kereta. hahh huhh! 'inappropriate state' pulak situasi di mana ianya boleh jadi disengajakan atau tidak. sinonim dengan kecuaian. contoh disengajakan ialah menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan mabuk. yang tidak disengajakan pulak ialah more to mental and body state.. seperti tekanan jiwa dan rabun mata. that's it. malas nak ulas pepanjang. bukan boleh bertambah duit dalam bank. ark ark ark.



Jumaat, 6 Julai 2012

yumm yumm yummm

senin lepas, cubaan membuat biskut lapis cheese berjaya dilakukan. weeeee~ tapi kann, pattern dia nampak lain. kontra dengan apa yg org lain buat. ark ark ark... yg penting rasa sedapp. mabeles. rasanya lagi sedap banding kek cheese yg biasa tuh kot. pattern nampak beza mebi sebab cream cheese kat bahagian atas tak tebal. sebab tak cukup. jadi aku lapis la dengan banyak nestum tuk kaver. kehkehkeh. and lagi satu, kena letak biskut bebanyak ckit supaya senang nak potong. hah,takpun kurangkan bubuh cream cheese kat lapisan bawah. takpa, practice make perfect. 1st trial manade yg sempurna. ehemmm. 


tadaaaaaaaa..!!!! potong pas solat subuh. tengah mamai lagi.


then, pagi ni tak tahu nak buat hape. naik atas dengan muka blur. masuk bilik jumpa buku lama. majalah sekolah actually. senyum sengsorang nengok. ah,zaman sekolah. banyak kenangan. terkenang masa duk fom 1. antara pelajar cemerlang gitew kan. top 10 dalam semua kelas. fom 1 ada 6 buah kelas. jadi bayangkanlah aku jadik top 10. maunya tak bangga. ark ark ark... patutnya dapat no 1 dalam kelas, tapi sebabkan gagal BM jatuh no 4. ark ark ark... 1st time dapat majalah sekolah dulu, teruja nampak banyak gambar muka sendiri tertempek dalam majalah. terasa fofuler. ark ark ark... then fom 2, persaingan sebenar bermula. memasing nak rebut anugerah. dan sekali lagi nama aku tercalon tuk naik pentas. fom 3 zaman jahiliyah. zaman lupa diri. zaman malas. zaman menyibukkan diri dengan aktiviti luar skola. kem sana sini. jatuh no 7 dalam kelas. tak dapat naik pentas. ark ark ark... sebab cemburu, ubah perangai. nak rasa naik pentas smola. fom4 banyak jadi wakil skola. pegi perlis pegi selangor. seronok naik flight. huuuu~ fom 5 berjaya raih 4 matapelajaran terbaik. bangga siut. palingg tak best masuk fom6. kengkawan lama banyak pegi jauh. besties skola tempat lain. semangat runtuh. ponteng kelas banyak. dapat surat cinta pengetua, date dengan pengetua. cekgu pandang rendah. biasa. bila ada student peberet sendirik, student ordinary dipinggirkan. apa lagi student yang bermasalah. dengan pandangan rendah orang, aku tetap dapat masuk U. sempat jugak merasa jadik student jahat kan. tak sesia idop. ark ark ark...


nostalgia.. huehuehue



gelak guling guling layan panggilan hangit hot fm tadi. naseb baik duk sorang. tak nampak gile sangat.
kat bawah ni antaranya. best kan dengar orang terkena. kelakar. yang terkena tu tak tau la. ark ark ark.

Saya nk dia jadi model
FBI - Curi Perfume
AG - Korban Bulu Ketiak
Panggilan Hangit - Kau Apa Hal
Whose Fault???




Ahad, 1 Julai 2012

be a masterchef!




semenjak melayan masterchef di kaca tv kann, tetiba jadi suka lak nak masak memasak. patutla aritu ade dengar makcik makcik tepi jalan kata nak cuba banyak resepi baru pas tengok masterchef. asah kreativiti katenyeee. amboii makcik. hah,baguslah tu. tuk suri rumah memang seswai kan. dari tercongok depan tv layan drama ntah pape. elok masak tuk suami dan anak anak tak gitew. dan aku.. aku lebih interested tuk cuba buat kek. sebab aku gila kek. aku suka raya day sebab boleh ngap ngap variety of cake. dan kek lapis sarawak hanya dapat ku makan percuma tika ari raya. huhuhu. last wik, tengah leka main fesbuk, ade sorg rakan fesbuk ni buat biskut lapis cheese. ahhhh, cheese!!! ailaik cheese kek. sangat sangat suka oke. tengok resepi.. hmm,mudah. paling best tak payah bakar. cuma sejukkan kat peti ais. yeahhh! i ken du it. so esok nak cuba cari cream cheese and biskut. kena gunakan masa mama takda ni sebaik mungkin. kalo mama ade mesti kacau daun. nak tlg buat gak. hinsss. then, arini kat gugel ternampak pulak resepi oreo cheese kek. aummmmmmm. taip ni pun buat aku teguk air liur banyak. tetibe paras gula dalam badan menurun. ark ark ark. oreo cheese kek ni nampak lagi sedap. tapi ada bakar lak. tuk lapisan bawah dia tu. haihhhh. but i will try it someday. bila bajet banyak ckit. huehuehue. see! betapa besarnya pengaruh rancangan tv. jika baik tuk dijadikan ikutan, maka baik lah hasilnya. 


sedapp.. 


Isnin, 25 Jun 2012

best leader. i admire you.




Sem lepas i met someone new in my life. new friend. new person. akmal shukri. dialah ketua aku dalam kumpulan fisiologi. not hensem but gud looking. big but not fat. kenapa aku nak cite pasal dia? sebab bagi aku dia ni something. mula mula jumpa lagi aku dah punya positive impression terhadap beliau. tutorial pertama, sebab aku datang lambat jadi aku tak punya kuasa tuk pilih kumpulan. so aku ditempatkan di kumpulan dua. dia ada dalam kumpulan tu. sebelum ni aku tak pernah nampak dia. sama sekola tapi tak sama kos. aku psikologi kaunseling. dia psikologi hubungan industri dan organisasi. masa tu belaja pasal fisiologi. dipendekkan cite la kan, tutor tanya satu soalan. aku tau jawapannya but not sure. tutor mintak wakil daripada kumpulan kami tuk explain. memasing taknak. tak berani. dan diorang semua saling pandang aku. ahh, benci. nak taknak aku kena explain. selesai aku duduk. aku dengar ada suara yang ucap terima kasih. dia lah akmal. aku angguk. dalam hati rasa kagum. pertama kali aku jumpa orang sebegini. rasa dihargai.

assignment pertama kami tak sama kumpulan. assignment kedua kami bertemu lagi. kekaguman aku pada dia bertambah tambah. aku nampak karisma yg ada pada dia. sebagai seorang ketua. ketua yang baik. cara dia arrange tugasan.. pehh. bibir dia tak penah lekang berterima kasih pada semua anak buah. masa bentang kat depan pun, dia siap tanya.. mizah ok, ok? mizah bole? alahaii, caringnya. buat laki bagus nih. hakhakhak. dia beri semangat pada semua ahli. semua dilayan fair and square. hasilnya, lecturer sangat puas hati dan kami di beri peluang untuk bentang masa kuliah. dpt extra mark. yeayy! selesai semua tugasan, dia say thanks lagi pada ahli sebab beri komitment yg terbaik. see,betapa baiknya beliau. betapa considernya beliau. huehuehue. last jumpa dia masa paper mandarin. baru tau dia pun ambik mandarin. ok,dia pandai macam aku. huehuehue. tengah tunggu masa mula nak jawab, he text me and wish me luck. but i cant do better. poor me. -__-" habis paper dia gtau dia pun rasa susah. ok,paper tu memang susah. damn mandarin! wish i can be ur teammate again. the best leader i ever had. 

story of the day

my home my paradise. sedar tak sedar dah seminggu lebey aku kat rumah. terasa lambat masa berlalu. kenapa eh? sebab duduk rumah aje kot. but aku suka lagi begini. kat luar tu panas. aku kan puteri lilin. mana boleh kena panas. ark ark ark.




planning packing, angkat barang masuk stor, checkout hostel all berjalan dengan lancar. takda masalah. cuma paper last bikin panas. giler susaahh. sengaja nak bagi aku mengulang ke hape. salah sendirik tak belaja awal. cuma pentingkan subjek sekolah. selalu ponteng lagi. ilmu tak berkat. ark ark ark. bila masuk keta myvi akak, aku dah dapat cium bau syurga. sukanya aku. bebas. boleh enjoyyy. walaupun takda duit. ark ark ark. destinasi pertama pegi 1B. survey baju raya kat situ. cantek. sangat cantek. rege pun cantek. siuttt. pas makan, pergi KK, masuk hotel. tido kejap. jam 5 lebey, jalan lagi. cari baju raya. pusing pusing sampai kepala naik pening. plan nak beli baju pokaldot dis year. tgk org pakai comel. mana tau aku pakai lagi comel. ark ark ark. tapi semua baju pokaldot mahal lak. so tukar plan B. cari baju kaler hitam. boleh match dengan apa apa kaler kan. dah dapat baju kitorang pi CP tengok wayang. yihaaa! dah lama tak tengok. pilihan madagascar 3. besttt. besttt. BEST!! semua bintang di langit aku bagi pakej taik bintang sekali. ark ark ark. tegang muka gelak awal sampai akhir. tak nyesal uols. 


habis wayang, singgah karok lak. karok 30 menet jek. ok la tuk lepas gian. 30 menet pun banyak lagu kitorang nyanyi. bermula lagu ella sembilu sampai la lagu kak jiana anggapanmu. tarik suara sampai nak terkeluar anak tekak. ada beberapa orang melintas mengintai. mungkin kerana kelunakan suara aku yang membuatkan dorang punya ingin tahu yang kuat. ark ark ark. esoknya kena balik. jam 10 dah turun makan kedai mamak. selesai terus gerak. pasang radio kuat kuat. angguk angguk kepala. jalannnnnnnnn.  perjalanan jauh memang menekankan. bagi pemandu le. kete depan lambat sebab banyak lori. kete belakang pulak bagai nak mencium bontot kete. bodoh. tau la kete besar. jadi akak ambik keputusan berenti tepi jalan. chill sambil minum air kelapa. buang panas. ark ark ark. sampai menumbok, kena angkat barang banyak. tengok muka akak dah mencuka. mungkin dah mula stress pluss penat. dalam keadaan macam ni, seorang kena maniskan muka. kalau dua-dua masam tak best la kan. sebabkan kapal express takda,jadi kitorang terpaksa naik speedbot. takpa la. lagi cepat sampai. sampai rumah, masuk bilik, landing atas tilam tidoo.



bila dah duduk labuan, maknanya aku kena selesaikan belajar pemanduan kete. kena dapatkan lesen. kena lulus. seriously, aku tak sabar nak tamatkan lesson mandu kete. now aku dah tau kelemahan sendiri. lemah kalo bab praktikal. lemah kalo org ajar main mulut. yelah,aku lembab. kena ajar banyak kali baru boleh masuk.  lemah kalo asyik bergantung dgn org. aku mesti buat sendiri. mesti. tapi pengajar tu taknak bagi lepas. haihh. tak yakin lagi le tu. mungkin dia lupa beli insurans nyawa. ark ark ark. untuk kesekian kalinya harini,harap aku dapat ingat. takla org sebelah aku bising. its ok mija, pelan pelan. nanti pandai la. anyway,syukur dapat pengajar yg tak meroyan. walopun dia mulut tak reti diam, at least dia tak marah tak tentu pasal. bila dia bising, aku just ketawa. ketawa dengan kebodohan sendiri. hahahaha. sori tau uncle foo. i'll try my best! btw, semalam besdei aku. hepi besdei to me. seperti biasa takda apa yang menarik di hari jadi aku. but much better daripada thn lepas. ramai yg wish. but no present. huhuhu. tak kesah. dah biasa. org ingat aku dah rasa cukup gembira. rasa dihargai. moga pada usiaku yang ke 22 ini pintu kejayaan, rezeki dan kebahagiaan lebih terbuka. again, hepi besdei mijaaa!!!!




Khamis, 14 Jun 2012

last paper.. plizzzz be good to me ;)

aku nak balik dah.. anyway,esok ada paper lagi. pastu terus kena kutip oleh akak. tak dapat bayangkan betapa penatnya esok. malam ni penat kemas barang... terussssss bawak simpan pegi stor. Tuhanku, Kau kuatkanlah tulang belakangku. then,esok sibuk cari baju rayeeeeeeeeee. tahun ni main beli je. tahun lepas orang jahit tak bagus. tak pasal pasal takda baju raya nak pakai. now dah trauma. serik. beli je la. ada duit ma. orang sponsor maaa. mueheeeheee. malamnya mesti akak singgah funfair. tapi terasa nak ajak akak tengok wayang gak. hinssssssss. apa pun aku gumbira nak balik. paper paper sem ni pun kemain mudah aku jawab. apesal ntah. buat aku lebih senang hati nak balik. kalau rajin mebi nak buat keje sambilan lagi. dengan my bestiessss. yeahhh!! 



lagu ni besttttt.. aku suka lagu lagu aizat. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...