Shoutbox






Jumaat, 30 November 2012

sekadar berkongsi rasa






dah lama tak update belog, tebal dengan sawang lelabah. terima kasih sang lelabah. tolong jaga, tolong decorate. semalam perasaan saya tidak menentu. rasa geram, rasa marah. bila terjadi hal sedemikian, saya selalu akan praktik pelbagai teknik agar reda kegeraman itu. antaranya untuk mengurangkan marah kita kepada suatu perkara, letakkan tanggapan yang paling teruk akan berlaku pada sesuatu perkara. 


contoh. saya mengharapkan bungkusan pos laju saya sampai dalam keadaan yang saya inginkan. maka untuk mengurangkan rasa kecewa, saya letakkan persepsi bahawa bungkusan itu akan hadir ke pangkuan saya dalam keadaan yang tidak seperti saya harapkan. malah lebih teruk dari apa yang saya sangkakan.

nasiblah saya letakkan persepsi begitu. dan apabila bungkusan itu sampai. ia tidak seperti yang saya harapkan. rasa geramnya berkurangan.

tidak apalah
sekadar berkongsi rasa. :)


sempit






hujung sem pasti masalah kewangan kan ada
especially buat student yang hanya bergantung pada duit mak bapak
bagi mereka yang berada mungkin takkan paham
rasanya, dah macam macam money management aku cuba
tapi not really succesful
mungkin pengaplikasian tak tepat
dan mind set tak cukup tetap
keperluan tak dapat dipenuhi, apatah lagi keinginan
but mostly keperluan dah cukup
keperluan yang lain maybe boleh beli next sem
ohh dear, why bukan sem ni baucer rm250 tu hade jugak




Ahad, 11 November 2012

sabar






Bila dengar orang mengata kita. rasanya sakit yang amat, lebih-lebih lagi kalau ia di belakang kita. rasa hendak marah, rasa hendak cari kesalahan orang lain.

tapi bila di fikir balik, mungkin Allah nak ajar sesuatu dari mulut-mulut manusia. waktu ni lah nak praktik ilmu. waktu ni lah nak praktik sabar. lepas fasa ini, insyaAllah.


bila ini jadi, baru kita sedar. kita lemah, banyak kurang. terima kasih teman. ini nikmat bersahabat.





Ahad, 4 November 2012

u touch me with ur sincerity





saat buka kotak hadiah pemberiannya, hati girang tak terkira
bila dapat cium bau jersi kesukaannya,
pegang pen yang selalu menemaninya,
suddenly air mata bergenang
menitis tanpa sedar
and then im realize.. i miss him.. too much




addittion: one of my fren asked me, how could we still together until now without seen and meet each other even once. i'm also have no idea & didn't get the real answer yet how our relationship still survived. almost 5 years. alhamdulillah. 






Rabu, 31 Oktober 2012

bimbang







sesungguhnya apa yang dirancang tak berjalan dgn baik
sepanjang cuti ni
tapi baik untuk mama
kalau aku tak balik rumah sapa nak jaga mama kt hospital
sapa tahu bila aku balik mama sakit
glad to be here.. glad can take care her
bila plan nak balik awal pun tak menjadi
hati bertambah bimbang
risau 4 assignment yang perlu di submit belum berjalan sedikit pun
dalam msa 3 hari?
nak baca buku utk midterm lagi
bertenanglah bertenanglah...

Sabtu, 13 Oktober 2012

super duper keinginan






satu hari ni
hati kerap menjerit
nak follow! nak follow!
seriously nak!
tapi dia takda pun kata
"syg follow abg k."
forget it mija T__T





Selasa, 9 Oktober 2012

doa






dia actually baik
tengok cara dia pun tahu
cuma dia nakal
nakal sebab dia punya kawan yang nakal
dan itu mempengaruhi pemikiran dan gaya hidupnya
i'll pray for him
dia didekati dan mendekati orang-orang yang baik
yang boleh bawa dia ke jalan yang diredhai








Sabtu, 6 Oktober 2012

scene terperanjat

aritu pegi keluar jenjalan seorang. masa tu dah dekat jam 4. ingatkan sempat la solat dah sampai hostel nanti. pasti sangat. so aku tolak pelawaan sang hati untuk just jalan kaki ke terminal. aku naik citybus. tapi percaturan aku salah. naik citybus di wktu jemm sangat sangat la bangang. masa pulak kemain cepat berlalu. jadi masa aku sampai kat terminal 10min lg nak ke jam 5. sedikit lega bila ingt kat terminal pun ada surau. fuhh. so aku mengorak langkah dengan yakin dan senyuman ke surau. sampai sana jenguk.. aikkkk, apehal ada laki lak sembahyang kat dalam.??? aku tengok sign depan pintu PEREMPUAN. yang sembahyang kat dalam laki. eh eh, betul ke dia laki? sekali aku tepuk dahi. dah sah la laki, bukan dia pakai telekung. hadoiiiii.  lama aku berdiri kat luar. berharap dia keluar. aku nampak dalam surau tu ada satu area yang ditutupi langsir. ohh,maybe kt situ ruang perempuan solat. walaupun kelihatan sangat sempit. mungkin hanya muat untuk seorang atau dua. belum sempat kaki ni nak gerak melangkah masuk, seorang budak laki usia 13-15 gitu masuk ke tempat area yang bertutup langsir. aku terpinga lagi. sah, ni dah bukan surau perempuan!!!!!!! what the...

Khamis, 4 Oktober 2012

privasi






"no atleast syg ada privasi syg sendiri kan."



i wonder, jika selama ini dia sembunyikan twitter miliknya atau perkara-perkara lain lagi sebab menginginkan dan memerlukan privasi.. so andaian aku tepat. i admit privasi tu penting untuk seseorang. tapi bagi aku, bila masing-masing bersetuju untuk mengikat hubungan, makna masing-masing bersedia untuk bagi komitmen dan share anything. jangan ada rahsia. dia sendiri pernah kata dulu, jangan ada apa-apa rahsia antara kami. aku akur. bukan saja rahsia, segala rungutan, aduan dan kemengadaan pun aku share. tapi kena fikir jugak kenapa dia mahukan privasi? mungkin dia malu, mungkin dia tidak selasa, tak bebas untuk berkawan dengan ramai orang, tak senang diperhati, takmau isu isu kecil dan salah faham timbul nanti. hmm, bila dia dah buat twitter semula.. maybe.. i shouldn't follow him.. tau dia punya twitter dah ok kan.. sekali sekala berkorban perasaan apa salahnya kan. untuk kegembiraan orang tersayang..


p/s: alhamdulillah, result medical check up bobet positif. terima kasih Allah.


Isnin, 24 September 2012

aku budak psikologi





ROOMATE:  Akak ambil seni kan?

AKU:  Taklah.

ROOMATE:  Jadi akak ambik apa?

AKU:  Ambik psikologi lah. dah dua kali kau tanya.

ROOMATE:  ...kerut dahi...

AKU:  Kenapa?

ROOMATE:  Ambik psikologi tapi belajar seni

AKU:  Hahahahaha


ni mesti pasal dia nampak aku main lukis lukis aritu. dia puji cantek. "pandai akak lukis" start dari kejadian tu, dia asyik kata aku ni budak seni. belajar kat sekolah seni. oit oit, tak nampak ke buku buku aku semua pasal psikologi dan kaunseling. tak percaya sungguh budak nih. dan satu lagi, im not really pandai lukis.


Hadoiii...




Jumaat, 21 September 2012

piss off





if you dont know me, then ask me
if you dont agree with me, then argue with me
if you dont like, then say it to me
but dont start judge me silently
act such a loser dummy
biar miskin duit dik, jangan miskin attitude



Khamis, 20 September 2012

weird name



nama fb pelik?
better aku pertimbangkan nik "mija mija"
hahaha
btw, tQ norlin pasal baru kini kau add aku
kalau aku comel, kau gojes.. heh.



Rabu, 19 September 2012

RIP

pulang kelas tadi, dapat berita kurang baik. my bobobi dah meninggal. tengok tak bergerak dah. sayu hati tengok. sori bobobi.. aku tak jaga korang baik baik. patutlah semalam terasa nak habiskan masa layan korang dua. rupanya nak tinggalkan aku. what a nice farewell. si dampar dulu pun sama. dia menghilang sekian lama. tiba tiba balik. esoknya mati. semuanya just nak ucapkan selamat tinggal. aku harap bobobi tenang kat sana. hmmmmm.

malam ni.. masa aku jemur kain, nampak ramai betul yang tengah bergayut. kat bawah sampai ada yang duduk bersila. amboii, ramai betul orang tengah asyik masyuk bercinta. agaknya diorang ni pun user digi easy kot. kan freeee. aku pun baru je lepas langgan. pengguna digi boleh just tukar pelan ke *128#. user line lain yang berminat nak terai, boleh la beli sim kad dia. tak silap rm16 lebih. dalam tu ada kredit rm8 dan bonus bonus lain lagi. memang best. tapi just untuk 3 buddyz. kire berbaloi la kan. malangnya kekasih hati ada seorang jek. yang simpan skandal 2 3 orang tuh buleh la bergayut sampai lebam. dari pagi sambung ke pagi esoknya pulak. selesai yang sorang, kol yang sorang lagik. keh keh keh. ah, apesal la mama tak guna digi. sekarang puas dapat borak dengan bobet selalu. sehari tak dapat dengar suara dia, jadi rindu sangat. kalau dulu tiap kali kol taktahu apa benda nak cakap. kan jarang kol. jadi taktau bagaimana nak mula. taktau apa topik nak dibualkan. huhu. 

ohh,heiii. aku ada satu benda nak kongsi . barang baik. untuk perempuan je tau. 





tadaaaa
spray starch untuk mengeraskan tudung
ada ni tak payah ambik masa berjam jam untuk betulkan tudung
tak risau tudung di tiup angin. rilek jek
ada baju yang susah nak sterika tu boleh guna ni jugak
rege mahal sikit ar. aku beli kat giant lebih kurang rm7 lebih
yang penting puas hati
boleh jimat masa



Isnin, 17 September 2012

trust




people said
trust takes years to build,
seconds to break
and forever to repair

i guess it true
totally true..



Sabtu, 15 September 2012

muka ketat




orang yang tak pernah mengenali aku.. tak pernah melihat aku sebelum ni.. mesti pikir aku ni sombong. sebab muka aku pesen yang jual mahal gitu. tak friendly. muka ketat. bukan sengaja buat muka cuka pun. natural macam tu. tapi orang pikir macam bengis. sebab tu aku selalu senyum. jumpa sesapa je mesti senyum. maniskan muka. walau tak kenal. supaya orang senang nak dekat. ni mesti masa kecik kecik dulu suka merajuk. muka merajuk mulut muncung tu permanent sampai sekarang. demm!


pasal hostel lagi






dah masuk seminggu duduk hostel. a bit boring la. ahh,dah bizi karang rindu pulak nak time macam ni. manusia memang macam tuh. ada je benda nak dirungutkan. apa pun tak boleyyyy. hubungan dengan roommate? so far so good. i feel goooooodddd. tapi nampak cam diorang segan segan lagi. mebi sebab aku super senior diorang. patutnya aku tak payah gelarkan diri aku ni "akak". guna "aku" "kau" lebih mesra kot. hewhewhew. tapi karang hilang rasa hormat pulak. tak suka tak suka.

hah,lagi satu. sebelum ni bila dapat tau aku seorang jek dapat hostel kat sini, rasa sedikit sedih. yelaaa,sebelum ni ada geng. nak pegi kafe berdua bertiga. nak pegi jenjalan pun sesama. then, kalau dah berasingan tak tahu la macam mana kannnn. mesti sunyi gila. but! jengg jengg jengggg. member dapat rayuan. (guna orang dalam... hampeh) diorang tinggal sini gak. hooreyyyyy! walaupun dah tak serumah, tapi at least boleh berjumpa dan beronggeng bersama. kihkihkih.

dapat tau duit ptptn masih menggunung dalam bank, kemain tinggi selera aku beli banyak banyak makanan. dah tak pandai ikat perut. sebab tau duit still banyak untuk aku mentekedarah. entah dah berapa kilo lemak dalam perut nih pun aku tak tahu. duit dah abeh karang baru beringat nak diet. ah, terpaksa diet. wktu malam je makan nasik. then akan timbul la bebelan bobet. bising sebab tak makan. actually,aku suka buat dia macam tu. comel je kan bila laki risau. hikk. 


Jumaat, 14 September 2012

kemaafan dendam yang terindah





minggu yang penat. memenatkan fizikal dan mental. fizikal kerana bizi mengangkat barang. mental sebab masalah peribadi. aku cuba buang jauh jauh masalah tu. explaination dah dapat. entah benar ke tak. aku just ambil langkah untuk mempercayai. apa lagi yang boleh aku buat. kekadang aku cemburu dengan pasangan pasangan yang ada di laman sosial. meluahkan rasa cinta dan rindu. tapi kami, ada laman sosial tapi disembunyikan. ajak add pun tak. hairan. adakah dia malu untuk bagitau yang dia dah ada gf? from sabah? ada gf yang tak pernah jumpa. atau bimbang takda perempuan yang nak mengenali dia, yang dia nak usik. terkilan bila melihat dia seronok bertweet, sedangkan aku berfikiran yang dia tengah bizi dengan kerja. aku sabar menanti sebarang penjelasan. walaupun tak tahu bagaimana untuk mula. kerana bimbang dia menafikan. namun tak semena-mena, seorang insan muncul. hadir dengan beribu soalan. soalan yang sangat pelik. tanya pasal status aku dan dia, dah kenal berapa lama, nak tahu nama penuh aku la hape la. pelik. kehadiran insan tu membawa kepada penjelasan dia. mendengarkan penjelasan, aku rasa sedikit lapang. dan kembali senyum. really hope takkan ada salah faham yang akan timbul lagi. cukuplah. cukup. entah kenapa, aku rasa semua ni terjadi berpunca dari aku sendiri. mungkin aku yang tak pandai jaga hati dia. mungkin aku yang tiada masa untuk dia. mungkin aku membosankan dia. mungkin aku tak dapat memberi dia kebahagiaan yang sebenar pada dia in real life.. maafkan ayg abg.. ayg tau abg sangat cintakan ayg.. bila text, abg balas cepat. bila ayg merajuk, abg berusaha pujuk. betapa pentingnya ayg buat abg.. maafkan ayg sebab jauh dari abg.. maafkan ayg sebab hadir dalam hidup abg.. ayg terima abg seadanya. segala kesalahan abg ayg sentiasa terima dan maafkan. dan ayg minta maaf kalau ayg tak sempurna untuk abg..




" tak ada kejadian yang terjadi dengan sia-sia, tak ada kebetulan, semua terjadi dengan izinNya, dan pasti penuh dengan hikmah. "

Rabu, 12 September 2012

speechless




wanna play wif someone else?
please dont
just wait till i gone


worried




aku suka bilik aku sekarang. segalanya mudah. beli makanan, cuci baju, jemur baju, line bb pun baik siot. everything become easy. 2 hari aku menghabiskan masa untuk menyelongkar stor. mencari barang kepunyaan diri dan rakan. yeah,at last dapat gak. setelah berhempas pulas.. bermandi peluh. phewww. lama pun sebab tolong cari orang punya barang. aku yang punggah barang, barang orang pulak yang banyak dapat. but then tiba tiba jadik seronok. seronok dapat bantu orang. seronok melihat riak wajah yang girang. seronok dapat tolong mereka angkat beg bersama. simpati pada tuan punya beg dan kotak yang pecah. tak boleh nak buat apa. tak boleh salahkan sesiapa. 


now, tak payah dah pegi kafe beli breakfast. dah dapat heater smola. aku tak pinjam barang room mate. sebab tak suka. aku tak suka pinjam barang orang. kecuali bila keadaan begitu memaksa. dan aku tak suka orang pinjam barang aku. kecuali dia orang yang aku percaya. bila dah ada kat hostel sekarang, aku risaukan mama. sepanjang cuti, mama ada depan mata. aku lihat mama kekadang sehat, kekadang sakit. kondisi mama sekarang tak menentu. apa lagi bila mama ada sakit lemah jantung sekarang. Allah, panjangkan umur kedua orang tuaku. aku ingin mereka lihat aku berjaya. lihat aku bahagia.



duhhh!





apa rasanya bila nampak boipren bermesra dengan pompuan lain
siap kata nak cubet cubet pipi lagi
humphh!



Selasa, 11 September 2012

wahai perantau di kota





phewww, dah packing and repacking semula barang. at hostel now. sekali lagi bersyukur ke hadrat Illahi dapat bilik ground floor. kalau tingkat atas, kena naik tangga tak tahu lah macam mana. dengan kaki yang tengah sakit ni lagi sekarang. huhu. ok, dalam bilik semuanya junior. maknanya aku jadi super senior dan mereka super junior. keh keh. best!!!! dan diorang semua baik baik belaka. baik sebab aku senior ke? hinsssss. *tetap bangga* just bilik macam tak terurus. ya Allah. semua species macam aku masa dolu dolu. bila bertembung, bilik jadi macam sarang tikus. kah kah. but im better than that. no more malas malas kemas. sebab sebelum ni kan dapat room mate yang pembersih. jadi dah biasa kemas dah. bilik kat rumah pun dah kemas tawwwwww. so itu menjadikan meja study aku lah paling tidy. *bangga lagi*


bila tengok bilik baru aku ni macam kedai dobi pun ada. dengan papan sterika dia la. dengan tempat sidai baju la. fuhhhh! jahanam bilik. yang penting tak kotor dan tak busuk. kalau sampai busuk bertikus berlipas memang nak kena la diorang nih. isk isk. laki kalau dapat tau komfem rejek owhhh. my roomate semua asal dari berlainan tempat. dari perak dari jb dari sabah dan aku dari labuan. ngeeee. dan now, aku dah jadi rajin pegi kafe. pagi pagi boleh beli breakfast dengan senang hati. tak payah pikir 2 kali. tak payah pikir penatnya kaki nak turun naik tangga. just jalan goyang goyang pinggul ke kafe. yeahhh! i like. indahnya tinggal di hostel. muhahahaha. 



Jumaat, 7 September 2012

saya ternampak.. saya terjumpa.. saya terlihat


tiba tiba hati rasa tak sedap
tiba tiba rasa hati ni sedang dipermainkan
seperti ada yang disembunyikan
kenapa?

atau itu hanya mainan perasaan
yang suka mengadili tanpa melihat usul sebenar
ikut rasa binasa
so akan tetap ikut kata hati
walaupun mungkin  penghujungnya terpaksa menderita dan mati


episod baru bermula



aku rasa sepanjang cuti, mama selalu kata "anak mama semua gemuk gemuk. pipi bulat." untuk aku ada tambahan sikit. "perut bulat." dun wori mama. soon perut anak mama ni akan ramping and very the model lepas masuk hostel karang. sungguh.

i think dah dekat 3 bulan aku terperuk kat rumah ni. rumahku syurgaku. esok dah nak berangkat ke sabah semula. malasnya nak keluar dari syurga. packing pun malas. ada sapa sapa nak tolong kemas tak? huhu. now 93% done. ada lagi yang tak complete. tak tau nak bawa apa dah. yang penting bobobi akan turut bersama sama aku nanti. masuk UMS. biar pandai. 

belum masuk belajar lagi, aku dah start penat. padahal tak sampai hostel lagi. hoho. senin ni rasmi lah pegang pangkat senior. jadi pelajar tahun 3 di mana aku kena study lebih kuat dan bijak. sem lepas pun dah rasa sukar. siap nanges nanges lagi. sian bobet terpaksa pujuk memalam. padan muke. kah kah. tapi pada saat sukar tu la aku belajar banyak benda. naseb baik jugak pointer aku tak terjejas dengan teruk.

tahun akhir ni aku terpaksa bersendirian di hostel, sebab member-member banyak yang keluar menyewa. tak dapat hostel. poor them. poor me too. sebab akan bersendirian mengharungi liku liku hidup. macam lirik lagu. hinssss. but i know its just po a while. takkan lama. aku pasti dapat sesuaikan diri. harap sangat kawan sebilik dan serumah aku semua baik baik. bersyukurlah dapat penempatan untuk tahun last nie. paling best uols, i dapat bilik paling bawah. tak payah lagi naik tangga bagai. suke mak jemah tawww.



oh menantu!



new paling latest
dalam hidup aku
bila bro aku minta abah tolong merisik anak dara orang
wowww! tak sangka secara drastik ini
sebab setahu aku dorang kenalan di fesbuk jek
kira cinta alam maya la kan kan
jumpa pun idak lagi
tup tup suruh risik
really? seriously bro?
dia kata dia yakin pompuan tu baik
keturunan dia dari keluarga yang elok
agama pun jaga
elehh,tak jumpa lagi mana tau elok
eh eh, tetiba teringat aku dengan bobet pun lebih kurang
terus diam, tak jadi tanya
macam ni jugak ke keadaan aku dengan bobet nanti ek
hahahaha
hah,lagipun bro kata dia takmau kecewa lagi
lama lama bercinta tapi akhirnya tak bersama
bila dah nikah, tak payah nak risau
dah jadi milik yang sah
betul jugak
selepas bro kata macam tu macam macam bermain di kepala hotak
bimbang terlalu terburu buru
banyak yang di persoalkan
ahh, mungkin sebab ni pengalaman pertama buat kitorang
buat mama dan abah
pestaim nak dapat menantu
aku dengan akak pun sama
tapi kalau tanya aku,aku setuju
sebab nak dapatkan anak buah
keh keh keh
dan ada orang yang jaga mama nanti


p/s: pheww, begini rupanya keadaan bila anak sulung nak kahwin. kecohh. 


jum cabut bulu

aku rasa tajuk entry aku macam haram je. haha.. wateber lah. aritu jenjalan dengan member singgah ke kedai guardian. motif? nak beli pencabut bulu. kakkakaka. dah lama nak try benda alah ni. masuk kedai asyik jeling jeling benda ni je. nak beli tapi bukan ada bulu kaki nak kasi botak. belek belek.. ohh,ada untuk bulu bawah lengan. untuk bulu atas bibir pun boleh. alahhh,kan ada perempuan yang ada bulu bulu halus kat atas bibir. bila tengok dekat dekat macam ada misai. 



tadaa.. aku pilih brand veet. ada dua kaler. hijau tuk sensitif skin. pink ni utk normal skin. 
so i choose pink. 




see, sebelah kiri tu wax. tuk lekat atas kulit yang berbulu. hahaha. sikit je kan wax dia. tak penuh. cisss.
sebelah kanan tu dalam ada kertas minyak. untuk hilangkan wax yang melekit lekit kat kulit. guna lepas korang tampal wax dan cabut. ouchhh!



weii, weiii.. korang try la jugak. serius tak sakit wohhhh. tak sakit SAANGATTT.   (T_T)

Ahad, 2 September 2012

antara dua darjat




antara dua dunia yang berbeza.. di mana ada mereka yang suka guna roti sebagai kasut untuk suka suka  kononnya.. sedangkan ada insan lain yang sangat memerlukan roti kerana hidup susah.


satu gambar.. seribu tafsiran..seribu pengajaran.

godek godek encek google

disebabkan takda kerja, tengok youtube malas.. tenet slow macam siput. pastu jumpa
artikel bawah nih. ambik masa layan sekejap




ni isu yang hangat di labuan sekarang. luar labuan memang tak tahu menahu la kan
rakyat labuan minta jambatan dibina dari labuan ke sabah
tak silap kes ni dah lama
orang dah mintak kerajaan buat lama dah
tapi tak buat buat jugak
i dont know why
takmau cerita benda yang aku tak tahu
bagi aku memang bagus pun kalau buat jambatan
senanggggggg... aku nak balik belajar pun senang. keh keh
lagipun feri selalu rosak. dah uzur pun.
pastu senang kalau ada kecemasan nak hantar ke hospital kk tu
sebab kat sini takda doktor pakar
imagine lah kalau ada yang sakit tenat, perlukan pembedahan di hospital sabah
 tiket feri pulak penuh.. terpaksa tunggu esok lusa
tak ke meninggal orang tuh
cara lain naik helikopter
orang sakit naik helikopter??
tsk tsk tsk
itu saja alasan yang aku rasa patut kerajaan pertimbangkan untuk buat jambatan
yang lain aku tak tahu
sometimes rasa pelik
kenapa barangan kat sini mahal
segala-galanya mahal kot
kecuali cokelat arak rokok dan pelacur
sayur ikan mahal
contoh seikat kacang panjang tu tak sampai pun segenggam
harga letak rm2.00
terung yang kecik kecik pun mahal
adakah negeri lain pun macam tu eh?
menurut orang sini, barang mahal sebab banyak barang-barang dari seberang di bawa ke labuan
dan pelik kenapa tak masuk saja melalui labuan
nama labuan sebagai pelabuhan bebas cukai macam tak membawa erti apa apa
mean cokelat arak rokok tu saja yang direct masuk labuan
haaaaa, betul ke?
apa yang penting aku nak pendatang pendatang yang memenuhi labuan pegi berambus ke negara dorang
jambatan boleh tolak tepi
sambutan merdeka dekat dataran baru baru ni pun penuh dengan pendatang
WTH. bukan negara dorang pun.. pi main jauh jauh lah
dah lah suka buat hal. menci tul aku.
aku tak tahu kenapa kerajaan tempatkan pendatang pendatang ke sini
siap buatkan rumah lagi.
haihhh


thinking thinking thinking







sometimes i wonder did i too worried or concerned
did i make him airless
misscall and send a text to him whenever he go outing
not at all times
but maybe i overdoing it
i dont know
i think i should care less than before


mood: lose heart


Sabtu, 1 September 2012

cerita anjing buta

satu cerita yang mengharukan tentang anjing. Lily (anjing kaler putih) telah dibutakan oleh saintis akibat satu percubaan perubatan yang pelik yang memerlukan kedua matanya dibuang. selepas kejadian itu, Madison menjadi matanya. sentiasa mendampinginya ke mana saja. dua ekor anjing ini bagai tidak boleh dipisahkan. Lily dan Madison tidak bertuan dan terbiar. namun setelah cerita mereka tersebar, akhirnya dua anjing ini dipelihara.


lily & Madison

selalu kita manusia yang mulia ni selalu kutuk anjing kan. jumpa anjing rasa nak baling batu je kan. now, bila baca kisah dua ekor anjing ni rasa malu tak? anjing lebih tahu nilai setiakawan dan perikemanusiaan daripada manusia itu sendiri. sedangkan manusia sekarang lebih gemar mementingkan diri sendiri, saling tikam belakang dan suka berkira dalam memberi sebarang bantuan. 


bila kaunselor jadi klien




seminggu sebelum raya ada seorang senior minta bantuan
minta berlakon jadi klien tuk praktikal beliau
ok,aku on
actually memang dah lama nak merasa jadi klien
alah,memang la sebelum ni pernah
tapi dengan bakal kaunselor yang amatur
baru nak belajar
macam aku jugak
then perasaan dan pengalaman tu tak sama kan kan
lagipun aku nampak ni satu peluang
peluang untuk aku belajar dan tahu serba sedikit pasal praktikal
banyak input yang aku dapat dari dia ni
nasihat teguran cadangan semua ada
"jangan dikejar sangat pointer dekan tu. yang penting usaha dan kesungguhan.
tu yang menjamin kejayaan kita bila kat luar nanti."
yeahh! agreed!



tenqiu kak lyn sayang
banyak beri tunjuk ajar.. ngee~



Khamis, 30 Ogos 2012

lukisan hidup

tengok lukisan lukisan kat bawah ni. nampak hidup kan? cool giler. gerenti aku takkan letak gambar macam ni kat dalam rumah. serammm.

note: gambar ke-2 agak 18sx, budak bawah umo sila tutup mata.









pelukis dia Omar Ortiz. dia lukis gambar naked sebenarnya. kalau nak tengok lukisan telanjang bugel beliau sile KLIK SINI


Selasa, 28 Ogos 2012

ini barulah suami




okayy.. im crying. bukan kerana di sakiti orang.. tapi disebabkan oleh sebuah belog ni. belog seorang suami yang menulis mengenai dirinya dan isteri tercinta. but, isterinya sekarang tengah sakit tenat. kesetiaan si suami menjaga isteri sangat mengharukan. ya Allah, ada ke suami yang macam ni lagi. isteri yang dulunya cantik, kini kurus kering menahan sakit.. si suami tetap setia disisi.. menjaga si isteri dengan penuh kasih.. cintanya tak pernah berubah sekalipun si isteri dalam keadaan begitu. tulisan tulisannya sangat ikhlas dan jelas memaparkan cinta dan sayangnya kepada isterinya yang sakit. dan sangat romantik jugak. sobss sobssss.






lapangkan masa singgah ke belog warkah buat isteri . sangat menyayat hati. sangat memberi pengajaran.  moga kasih sayang pasangan ni kekal hingga ke syurga.



Jumaat, 17 Ogos 2012

wut a wonderful week

yosh!! assalamualaikum rakan blogger. update blog jap sebab nak berkongsi cket. minggu ni rasanya minggu paling bertuah dan menggembirakan aku. sebab apa? sebab empat perkara.



1. my sis datang

actually, tiap kali dia ada aku selalu rasa gembira. my best buddy balik. of course im happy. ada teman nak bergurau. nak berkongsi cerita. nak mengada. nak mintak belanja. kehkeh. 



2. my bro in a relationship

ok,itu yang terpapar di wall fb beliau. kenapa ia boleh jadi hal yang menggembirakan? sebab ada harapan dapat membesarkan keluarga kecik nih. teori: abang kahwin -> dapat kak ipar -> dapat anak buah banyak. so keluarga kitorang akan berkembang. akan meriah. then, ada bahan tuk usik my abang. tak kira di mana, lebih best waktu di meja makan. sebab dia takleh lari. dan lagi, aku tak payah risau pasal langkah bendul. boleh kahwin awal. kahkahkah. ahh, hope hubungan diorang berjalan dengan lancar (just if perempuan tu baik)



3. dapat asrama


                                                   


ingat lagi entry pasal mahasiswa UMS tak dapat penempatan? dan masa tulis entry tu aku masih belum tahu result dapat ke tak. walhal member-member aku ramai yang dah ditendang keluar. tapi minggu ni dapat tau yang permohonan aku diterima. yeahh! btw, hairan jugak, bukan aktif mana pun dengan aktiviti hostel. apa yang member aku ikut, tu yang aku ikut. result aku semester lepas pun menurun. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. murah rezeki di bulan Ramadhan. boleh la berjimat. 



4. dapat hadiah lagi



dapat hadiah dari my bobet. hihihi. hampir 5 tahun bersama inilah pemberian dia yang pertama untuk aku. i mean pemberian dalam bentuk stuff.. great stuff. paling suka bila dia bagi barang kepunyaan dia. love it! nampak keikhlasan. tak lupa, dapat duit raya sekali. kekekekeke.




thank you so much.





hah,itu je. ni entry last. sambung pas raya lak.

Sabtu, 11 Ogos 2012

mahasiswa persoal isu kelayakan penempatan kolej




amacam, macam tajuk berita tak? ark ark ark.. ini isu paling hangat yang melanda mahasiswa mahasiswi UMS terutamanya senior tahun 3. ramai yang diterajang keluar.. berambus.. foot loose.. kasi chance itu adik adik junior duduk hostel lak. senior pepandai la pi cari rumah sewa ke kat luar. serius, ramai giler yang tak puas hati espescially bebudak semenanjung yang datang belajar kat situ. mana nak cari tempat tinggal sementara tunggu rayuan? bagaimana dengan isu pengangkutan? macam mana dengan perbelanjaan? yang menjadikan isu ni tersangatlah hangat apabila pelajar rasa di tipu dan tertipu. pihak pengurusan hostel selama ni sering menekankan bahawa kewujudan mysdp boleh menjamin pelajar untuk mendapat penempatan di sem berikutnya. thats why pelajar sanggup berhabis duit untuk aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak hostel. paling mengejutkan aku, isu ni sampai masuk berita harian doe. aku petik sedikit petikan daripada mahasiswa yang berani ini. 


"Saya kesal dengan situasi sebegini dan pihak pengurusan seharusnya membuat pertimbangan wajar dengan mengutamakan pelajar tahun akhir yang aktif untuk tinggal di kolej kediaman, mengambil kira faktor bebanan tugasan pelajar dengan urusan penyelidikan tesis dan latihan industri.

Kami sangat mengharapkan ihsan pihak pengurusan untuk membenarkan kami tinggal di kolej kediaman kerana lebih mudah untuk membuat penyelidikan di makmal serta perpustakaan. Faktor kewangan juga menjadi masalah kerana kadar rumah sewa di sekitar UMS agak mahal selain sukar mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam."

selanjutnya sile lah klik link di bawah ek.

pelajar tahun akhir ums rayu tinggal di kediaman kolej







disebabkan asakan soalan demi soalan oleh pelajar. pengetua kolej akhirnya muncul dengan memberi beberapa kenyataan dan penjelasan. di bawah ini antaranya:



"Pelajar keliru sistem MySDP. yang tahu pelajar aktif di kolej atau tidak adalah pihak pengurusan kolej bukannya MySDP. Kalau pelajar tak aktif di kolej, tapi aktif aktiviti sekolah dan luar kolej, masuk dalam MySDP, dah tentu ada point jugakan..itu mana dikira untuk penginapan kolej sebab tak ada sumbangan kepada kolej. Inilah masalah kalau MySDP dianggap sebagai kelayakan untuk dapat kolej. MySDP itu tiada kaitan dengan kemudahan penginapan kolej!"


hah,ini pula jawapan salah seorang pelajar:

"my sdp mmg bkn kelayakn, tp, seingat sy selama ini kami di war2kan bhwa mysdp bleh membantu kami mendapatkn kdiaman.. maafkn sy Dr., tetapi sy mahu tau, apa y sy dpt tau, ada kawan sy menyertai bbrape aktiviti d kolej e, ttpi tdak mndpt tmpt.. ada kwn sy, kurg aktif, setahu sy, dia tdak begitu menyertai aktiviti kolej.. so, apakah sebenarnya kriteria y dperlukn utk mndptkn kediaman? boleh tlg jelaskn supaya tidak lg berlaku kekeliruan pd masa akan dtg.."



hmm,setakat ni pengetua kolej belum lagi menjawab soalan. bila soal tak dapat hostel sudah diperjelaskan, isu rayuan pula jadi persoalan. sebab pelajar yang tak dapat hostel kalau boleh mahukan penempatan sebelum kembalinya mereka ke UMS. pelajar keliru dengan procedure yang diminta oleh pihak pengurusan. mereka minta bukti yang mengatakan pelajar aktif dengan aktiviti. sedangkan bukti tu semua pelajar pelajar sudah berikan kepada pihak pengurusan sebelum check out. aduhaii. 


i think pelajar tak perlu begitu merungut dengan hal ni. dan perlu ambil positive view. Sebagai seorang pelajar, kita harus bersedia dengan apa jua kemungkinan. Seperti kena tendang kluar. Kena positif. Kena terima hakikat. Mungkin dengan tiada nya penempatan, pelajar akan lebih menghargai kehidupan sebagai seorang pelajar. Menjadi lebih berjimat cermat dan berdisiplin. dah tahun akhir kan? better dihalau masa tahun akhir daripada dihalau masa tahun sebelumnya. betul tak? tiada siapa yang mahu menyalahkan pihak pengurusan. ini bukan salah mereka. bukan salah pelajar jugak. pelajar bertindak demikian kerana pelajar belum tahu jawapan bagi jalan penyelesaian terhadap major problem ni. where will students live especially semenanjung students when the lectures start? some of us dont have cars to go to ums easily. and we are not that rich to search for rents. Yep. mungkin sesetengah pelajar tidak menghadiri sebarang aktiviti. tetapi sebenarnya itu hak pelajar sama ada mengikuti atau tidak. beberapa pelajar mengorbankan waktu-waktu sibuk mereka untuk pembelajaran bagi mengikuti aktiviti-aktiviti  tetapi masih tidak mendapat sebarang tempat di asrama. perkara itu yang membuat pelajar marah. sekali lagi, itu mungkin bukan salah pihak pengurusan. dalam hal ini mungkin bukan pihak pengurusan saja orang yang memberikan keputusan sama ada kita mendapat asrama atau tidak. and to pihak pengurusan, rasanya problem ni memang sering kali timbul kan. patutnya jalan penyelesaian tu dah ada. anyway, hope semua orang boleh bersabar di bulan Ramadhan yang mulia ini. ah, hope aku pun dapat gak la hostel. kalau tak dapat terima je la wahai hati.


Khamis, 9 Ogos 2012

got free pillow



di malam yang hening dan gelap sepi, pintu rumah aku diketuk bertalu-talu. ohh,siapakah? saspen tul. dah lah ketuk pintu orang tak bagi salam. tapi dengan beraninya bukak jugak. ciss! anak kazen aku rupanya. dah besar panjang tapi tak reti reti bagi salam.*sekeh sekeh kepala* tengok dia bawak bungkusan besar. tanya untuk siapa? dia balas tuk kak mija lah. wahhh, ada present! dah lama tak dapat present! terujaaaa! tapi aritu memang kawan ada kata nak pos. tapi tak sangka secepat ni sampai. dia pos semalam tapi hari ni dah sampai. pehhh. cayalah pos laju. nak dekat raya ni laju pulak korang pos kan kan. anyway, thank you my precious fren, ain . ingat jugak kat kawan baik kau yang lama ni. keh keh keh.. next wik my turn pulak bagi. lagipun besdei dia pun tak lama je lagi. ahahh, jatuh pada hari raya. damn nice! beruntungnya dia sambut raya sambil sambut besdei. haih,bila lah hari jadi aku jadi yang istimewa lak. uhuh.  

Rabu, 8 Ogos 2012

me drive like crazy



pertama kali drive di laluan sebenar.. i mean di laluan luar dari tempat biasa aku belajar.. i mean di jalan highway yang besar. konon dah terel la kan. abah pun cam yakin jek aku boleh bawak. mungkin melihat air mukaku seperti setenang air di muara, padahal dalam hati kemain lagi gabra. oit oitt, aku belum redi. tapi still rasa perlu cabar diri. nak tau mampu ke tak. mampu la sangat kannnnnnn. keh keh keh. masa memula start enjin rasa ok lagi. alahh, perkara mudah. selalu buat masa belajar. undur.. ok, cantekkk. jalan semeter dua mati enjin. jalan lagi ke depan sikit once  more mati enjin. damn! bukan perkara baik. tapi teruskan jugak. sampailah dekat nak keluar simpang, nak masuk highway.. kereta banyak tak putus putus.. berdesup laju.. terus rasa seram sejuk. abah pun kejap suruh i kuar kejap kata jangan dulu. ahhhh, tension. abah kata kalau betul betul nak keluar kena bertindak cepat. jangan ragu-ragu. ok,aku yakinkan diri. tekan clutch tekan minyak. jalannnn. tapi dengar abah jerit suruh berenti. sebab kereta dah makan jalan. hampir hampir jugak kereta orang nak langgar. kan higway. abah suruh undur cepat. nasib baik belakang takda kereta. muhahahaha. tapi insiden tu buat aku tambah teruja pulak. bagitau abah nak drive lagi. nak drive nak drive! abah just bagi drive di laluan yang lurus sebab kata aku tak pandai kawal stereng lagi. huh?? pelik macam mana boleh lulus. ahh, pedulikan. biar tak pandai. tak pandai boleh terus belajar sampai pandai. yang penting lesen dah hade. aku bangga. hohh hehh. 


Jumaat, 3 Ogos 2012

at last



alhamdulillah,akhirnya lulus gak ujian JPJ lepas 2 times gagal. terel tak? huhuhu. rasa bersyukur sangat akhirnya boleh lulus. semua gara-gara tiga penjuru. kitorang gelarkan simpang keramat. sebab ramai tul calon kandas kat situ. setelah diteliti, tempat parking tu memang kecik. kalo kancil mungkin boleh senang masuk dan undur. tapi tu la cabarannya. betul tak?





gagal pertama kali masa tu memang boleh handle lagi. but for the 2nd time, rasa down giler. nasib baik bobet ada. dia la yang menenangkan aku. sebenarnya disebalik rasa down tu, ada lagi satu rahsia yang aku simpan. tindakan dan pilihan yang aku buat membebankan perasaan. dan itu aku hanya kongsi dengan seorang rakan yang baik. i lie to my mum. kata dah lulus. teruk kan? aku cuma taknak my mum berhabis duit lagi semata-mata tuk bayar denda gagal test JPJ. semata-mata tuk itu saja. denda tu bukan sikit. banyak. dan tu buat aku rasa salah. aku tau kalau aku bagitau aku gagal lagi, mesti my mum akan bagi lagi duit. kalau aku gagal lagi mesti mama dan abah susah hati lagi. then aku terpaksa ambil risiko sendiri. keluar duit sendiri tuk bayar yuran. dan tanam kepercayaan tinggi untuk lulus test JPJ yang ketiga. mesti lulus! aku tak bagitau bobet bimbang dia marah lak. mesti dia tak setuju. huhuhu. but alhamdulillah, Allah kabulkan doa dan lulus. pegawai JPJ pada masa tu pun baik sangat. masa hantar borang ke pegawai di pondok, siap bagitau tips lagi. sebab nak tengok aku lulus. thanks abang abang JPJ. kekekekke.







hah,dan lagi satu. aku bersyukur dapat pengajar yang baik. ada dua orang pengajar yang ajar aku. hahahaha. lembab kan. tak pandai pandai. sampai dua cekgu tuuu. thanks pada uncle foon sebab selalu bersabar. dan uncle joshua yang sudi tuk ajar tiga penjuru. ajaran uncle joshua memang berkesan. walaupun kekadang rasa tak selesa sikit dengan dia. panggil aku darling bagai. sambil dia berceloteh tangan dia kekadang sentuh tangan aku. naseb baik tengah aku pegang stereng. kalau tak dah lama aku silat cekak kan tengkuk beliau. hinsssss. but i know dia just main-main. dan mungkin tu kebiasaan dia. ramai jugak yang lulus aritu. tu buat aku lagi bertambah gembira. sedih bila kakak-kakak seperjuangan aku tak dapat lulus. mereka selalu beri semangat walaupun dorang pun sama gagal. kekekkekeke. nikmat bila gagal, dapat kawan-kawan baru yang baik. i miss uolsss.



Khamis, 2 Ogos 2012

bila tunang ex datang menyapa

semenjak 2 bulan lamanya tak hap date status fb di wall sendirik, akhirnya semalam aku melakukannya *touched* uhhh! saje nak kongsi rasa gembira dengan kengkawan.. but 1st yang mengomen ialah stranger... no,dia tunang ex aku. totally stranger.. apa kes ni, mau cari gaduh ka?







hahahaha.. dah tentu la tidak. hanya ucapan tahniah. walaupun rasa pelik sebab selama ni tak penah datang komen. dan tak penah saling kenal . masa dia add dulu taktau pun dia tu gf bekas aku. lepas gambar dorang bertunang bertebaran di wall beliau baru tau. ark ark ark.. tapi takda beza pun kalau dia gf or tunang of my bekas bekas. selalu bila bukak fb memang aku offline chat. ianya mengganggu dan kekadang meng'anoying'kan. baru terdetik nak offline fb satu mesej datang menyinggah di inbox. tengok dia yang mesej. hmm,ada apa ya. 







tak pasal pasal kena soal siasat.. hahahahaha. dia tanya dengan baik, jadi aku layan dengan lebih baik. jadi selama ni dia memang dah tau yang aku bekas gf tunang dia. patutla dia add. huhuhu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...